#HikmahPKP : Kenapa Saya Tak Promote homestay di website milik OTA seperti Airbnb, Agoda, dan Booking.com??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya harap semua pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam tempoh Perintah Kawal Pergerakan, PKPB-COVID19.


Di "dinding" facebook saya semalam, saya ada menulis satu post tentang Kenapa saya tak Promote homestay di website milik agensi pelancongan online (OTA) seperti Airbnb, Agoda, Booking.com. 

Dan Post tersebut telah mendapat perhatian beberapa orang rakan, termasuk pengusaha-pengusaha homestay.

Baiklah! hari ni saya akan kongsikan jawapannya...
Jawapannya ialah LIST!
Seperti kata mat Salleh, LIST Is a Money!


Jawapan yang lebih detail saya ada terangkan dalam ebook "Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay".
Sumber : Klik Di Sini

Dalam Ebook tersebut saya menyarankan kepada pengusaha homestay supaya tidak Promote homestay di website milik agensi pelancongan online (OTA) seperti Airbnb, Agoda, Booking.com sebaliknya promote homestay di blog sendiri supaya kita dapat mengumpul database pelawat yang berkunjung ke blog kita.

Sekiranya anda promosikan homestay anda di website milik agensi -agensi pelancongan online (OTA) seperti Airbnb, Agoda, Booking.com, List homestay anda akan menjadi milik administrator laman-laman web tersebut bukan menjadi milik anda..

Nak tahu betapa pentingnya mempunyai list perniagaan anda, anda boleh lihat beberapa situasi seperti berikut:
  • Kenapa Air Asia boleh "buang harga" tiket penerbangan?. Salah satu sebabnya ialah dengan penjualan tiket murah tersebut membolehkan syarikat Tambang Murah Tersebut mengumpul list yang besar dalam masa yang singkat. Hari ini (sebelum PKP), Air Asia menjadi syarikat penerbangan utama Malaysia yang jauh mengatasi MAS.
  • Anda tahu syarikat UBER? Sebelum UBER meninggalkan Asia Tenggara, UBER telah menjual database (LIST) mereka kepada syarikat Grabcar dalam satu angka yang besar (Saya lupa berapa Juta/Billion US Dollar)
  • Usahawaan Online terkenal Malaysia berjaya menjual sebuah laman web yang mempunyai 200,000 LIST (Database) kepada syarikat dari luar negara pada harga USD300,000.

Inilah RAHSIA syarikat-syarikat besar seperti Shopee, LAZADA, AirBNB, Lelong, Agoda, AirBNB dan lain-lain boleh menawarkan pengiklanan percuma di laman web mereka.

Sebab tujuan UTAMA mereka ialah untuk mengumpul database (LIST).


Kenapa Saya Tak Promote homestay di website milik OTA seperti Airbnb, Agoda, dan Booking.com??

Sebab saya nak mengumpul LIST saya sendiri seperti dalam gambar di bawah.

Contoh : Database ("LIST") pelanggan blog ini sudah hampir mencecah 4000 orang. ;)


Sistem database pelanggan ("LIST") ini sebenarnya dapat menyelamatkan bisnes homestay saya sewaktu berhadapan dengan masalah "ketiadaan pengunjung ke homestay" seperti sekarang. 

Sebab saya boleh menghubungi LIST saya secara serentak pada masa-masa tertentu dengan menggunakan kaedah Blast SMS ataupun menghantar email secara pukal kepada semua list yang saya ada. 


Sejak Bila Saya Mula Mengumpul LIST?

Sejak saya menyertai TIM INFOKERJAYA pada tahun 2014.

Masa tu saya dah mula mengumpul List seperti yang dicadangkan oleh otai-otai Tim Infokerjaya seperti Tuan Zeo Unic, Tuan Shamsuriyadi, Tuan Suhairi dan Bos Besar Tim Infokerjaya sendiri iaitu Tuan Muaz Hadi.

Sumber : Klik Di Sini

Ya! Merekalah yang telah menyedarkan saya tentang kepentingan untuk mengumpul LIST dalam apa juga perniagaan Online yang kita lakukan.

Salah satu Hasilnya yang dapat saya kongsikan.. 

Alhamdulillah.... Saya pernah mendapat hampir 500 email "ucapan tahniah" dalam tempoh 3 hari. 😄...  



Sumber : Klik Di Sini


Dalam tempoh 3 Hari (30 Nov - 2 Dis 2016) seronok tengok email-email yang masuk ke inbox dengan membawa perkhabaran berita demi berita gembira...

500 Email ucapan Tahniah bermaksud ada 500 komisyen yang berjaya saya perolehi dalam tempoh 3 hari tersebut...

Nampak tak kelebihan memiliki Database (List) sendiri?

Sebab tu bermula dari tahun 2014, apa sahaja perniagaan online yang saya nak buat Tujuan Utamanya ialah untuk mengumpul database pelawat/pelanggan.


Manfaatkan Database pelanggan dengan sebaik mungkin

Bila anda promote homestay di website milik OTA seperti Airbnb, Agoda, dan Booking.com, anda tidak berpeluang untuk mengumpul database homestay anda.

Bila berlaku situasi seperti sekarang, anda mempunyai masalah untuk menghubungi database pelanggan anda.

Contoh databse pelanggan Myhomestay4u.net

Setakat ini database pelanggan yang saya ada masih terlalu sedikit. Baru ada 3880 list (orang). Untuk lebih selamat sebaiknya perlu mempunyai lebih daripada 10,000 database orang (list).

Sistem database pelanggan ini sebenarnya yang dapat menyelamatkan bisnes homestay anda. Sebab anda boleh menghubungi mereka secara serentak pada masa-masa tertentu dengan menggunakan kaedah Blast SMS ataupun menghantar email secara pukal kepada semua list yang anda ada. 

Bagaimana cara nak mengumpul List?

Saya ada kongsikan cara mengumpul list dalam ebook Belajar Buat Blog dan Real Case Study : List Kecil Income Besar. Boleh rujuk semula ebook tersebut. Kepada yang belum pernah lagi membaca ebook tersebut, saya syorkan anda dapatkan ebook tersebut dan gunakan masa yang ada sekarang ni untuk membacanya.


Cara paling mudah nak mengumpul List ialah dengan memberikan sesuatu yang berharga secara Percuma kepada pengunjung blog anda, sebagai contoh anda boleh klik link ini -> https://myhomestay4u.onpay.my


Hasil Pendapatan Saya Dalam Tempoh PKP-COVID-19 

Berapa pendapatan bersih yang boleh anda perolehi melalui sewa homestay anda sehari?

Kalau kadar sewa homestay anda sehari RM300, keuntungan yang berjaya anda perolehi mungkin dalam RM200 sahaja sehari selepas anda menolak kos-kos lain seperti kos pembersihan, kos dobi, bil api, bil air dan sebagainya. 

Itu belum lagi termasuk kos masa yang perlu anda luangkan untuk menunggu penyewa datang (check In). Orang putih juga kata TIME IS A GOLD!

Sebenarnya kalau anda kira betul-betul keuntungan yang kita dapat melalui homestay tidaklah sebanyak mana. 

Sebab tu bila dah alang-alang anda buat HOMESTAY, nak tak nak anda WAJIB gunakan homestay anda untuk mengumpul LIST (Database).
Jangan biarkan LIST (Database) homestay anda dimiliki oleh pihak lain.

Dengan database yang anda miliki, anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan terutamanya dalam tempoh PKP ini...

Sebagai contoh, anda boleh tengok hasil jualan berikut:


Dalam tempoh 1 hari, saya berjaya membuat 86 jualan.

Jumlah jualan sehari ialah sebanyak RM8,755.00 dan komisyen sebanyak RM2,266.00

Saya mula mendaftar jadi ejen jualan "produk X" pada hari Isnin (6 April 2020). Saya mulakan aktiviti mempromosi pada malam tersebut. dan berterusan selama satu hari pada (7 April 2020).

Bagi sesetengah orang mungkin Komisyen yang saya dapat ni tidak sebanyak mana.. 

Tapi Alhamdulillah... bagi saya ia sangat-sangat memadai. Masih boleh digunakan untuk "Survive" sepanjang Tempoh PKP-COVID19.

Sila lihat masa jualan yang terhasil.


Apa yang dapat anda lihat dalam transaksi di atas?
  1. Kebanyakan Jualan terhasil pada 7 April 2020
  2. Hanya ada satu jualan sahaja yang terhasil pada 6 April 2020


Cuba anda scroll sekali lagi dan semak masa-masa seperti berikut:

16:39:58
16:39:23
16:39:09
Dalam tempoh masa 41 saat 3 jualan terhasil.

16:30:10
16:30:03
Dalam tempoh masa 7 saat 2 jualan terhasil.

16:29:12
16:29:01
Dalam tempoh masa 11 saat 2 jualan terhasil.

16:24:33
16:24:33
Dalam tempoh masa 0 saat 2 jualan terhasil.

15:13:24
15:13:20
Dalam tempoh masa 4 saat 2 jualan terhasil.

Boleh tak bisnes homestay anda sekarang menghasilkan jualan seperti itu tanpa bantuan database?

Tentu mustahil bukan...

Jadi kita perlu ubahsuai sedikit strategi pemasaran homestay kita supaya boleh menjadi serampang 2 mata. Sambil promote homestay, sambil mengumpul database pelanggan yang boleh digunakan untuk menghasilkan lebih banyak lagi jualan di platform yang lain. Caranya adalah seperti berikut:
  1. Kumpul list (Subscriber) pelawat/pelanggan
  2. Blast Email
  3. Blast SMS
Sepanjang saya jadi ejen Affiliate Tim Infokerjaya, saya dapati ramai yang berjaya dapat komisyen yang lumayan..

Alhamdulillah setakat ini dah ada 9 orang Top Affiliate Tim Infokerjaya yang berjaya dapat jumlah komisyen terkumpul sebanyak 6 Angka!

Manakala Jumlah komisyen Top Affiliate setakat ini dah hampir RM900 ribu.

Sumber : Klik Di Sini

Sebab tu memang rugi siapa yang buat apa juga bisnes online, tapi tak gunakan peluang tersebut untuk mengumpul Database (list) pelanggan/pelawat yang berkunjung ke laman web mereka...

Dekat mana nak belajar Ilmu Database/List ini dengan betul?

Ramai orang berniaga secara online. Tapi tak semua orang buat dengan cara yang betul. Berkemungkinan hanya 1% sahaja yang buat cara yang betul. Mereka termasuklah pemilik-pemilik website seperti Airbnb, Agoda, dan Booking.com.

99% lagi hanya bergantung harap kepada pemilik-pemilik laman web seperti di atas.


Antara sebab utama kegagalannya adalah disebabkan, tiada ilmu serta skill yang betul di dalam menjalankan promosi secara online. Mungkin sebab tidak tahu di mana mahu belajar ilmu berkenaan.


Jadi, saya ada satu berita baik bagi anda yang ingin mendalami ilmu berkaitan perniagaan online/"affiliate marketing".

Big bos saya, Tuan Muaz Hadi dari Tim Infokerjaya, telah menghasilkan sebuah panduan untuk affiliate yang diberi nama  "Affiliate Kickstart"

Sumber : Klik Di Sini

Panduan ini sebenarnya adalah khas untuk affiliate-affiliate under Tim Infokerjaya sahaja.

Namun begitu, setelah saya meneliti isi kandungan panduan ini, saya dapati... segala ilmu dan tips yang terkandung di dalamnya, adalah sesuai dan boleh digunapakai juga untuk mempromosikan sebarang produk affiliate.... termasuk produk-produk online dari program yang lain.

Basicly, ia adalah ilmu "core" yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang mahu menjadi peniaga online/ejen affiliate berjaya!

Jadi, saya amat rekemenkan anda dapatkan panduan ini!

Harganya pun tidaklah mahal mana pun... hanya RM25 sahaja!
Ya! RM25 sahaja.

Boleh klik butang dibawah untuk dapatkan panduan "Affiliate Kickstart" ini!


P/s:- Oh ya! Panduan "Affiliate Kickstart" ini hanya dijual sehingga hari Khamis ini sahaja (21 May 2020), selepas itu, jualannya akan dihentikan. Jadi, pastikan anda tidak terlepas untuk dapatkan panduan terbaik ini dengan harga yang sangat murah!


Sumber : Klik Di Sini




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (32) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (7) ilmu pelaburan hartanah (15) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (20) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (37) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)