Peluang Nak Beli Rumah Bawah Harga RM150 Ribu di KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekiranya anda nak beli rumah murah-murah, jangan lupa ikuti perkongsian demi perkongsian daripada pakar-pakar hartanah seperti Abang EnsemShafie Bustan (aka Pie 2020)Dr Azizul Azli AhmadDato' Nazri MustafaZali AhmadFaizul RidzuanAhyat Ismail, dan lain-lain di media sosial mereka.  
Peluang Nak Beli Rumah Murah pada Bulan Oktober 2020

Sumber : Youtube

Peluang Beli Rumah Bawah RM150 Ribu di KL

Soalan : "Masih ada ke peluang Nak beli Rumah Murah Bawah RM150K di KL?"

Jawapan : "Ada...."

Soalan : "Kalau ada bagaimana caranya? Tengok rumah dekat KL sekarang semua mahal-mahal belaka.."

Jawapan : "Beli Surat Khabar Berita harian, tengok pada bahagian rumah Lelong atau dapatkan panduan macamana nak beli rumah lelong (KLIK DI SINI)

Sebagai contoh : Boleh tengok pada Iklan rumah Lelong di bawah

Harga Rizab Rumah Lelong di KL RM120,000 
(Dalam akhbar berita Harian Bertarikh 25 Julai 2020, Sabtu)

Untuk beli rumah lelong, anda perlu sediakan paling kurang 30% daripada harga maksimum rumah yang anda nak bida.

Contoh harga rezab rumah adalah RM120,000. Nilai pasaran pula adalah RM250,000. Dan anda target maksimum nak bida pada harga RM150,000.

Maka anda kena sediakan RM150,000 x 30% = RM45,000.

Pecahan 30% tersebut adalah seperti berikut:
  • 10% untuk downpayment
  • 5% untuk legal fee
  • lagi 15% standby untuk repair kerosakan dan kos yang anda perlu tanggung untuk keluarkan pemilik rumah lama daripada rumah tersebut.

Boleh tengok contoh-contoh rumah lelong yang lain di kawasan KL..

Sumber Maklumat : Klik Di Sini

Sumber Maklumat : Klik Di Sini
 
Kalau pandai cari boleh dapat harga RM88K, RM100K, RM95K, RM112.5K dan lain-lain..

Ataupun kalau nak cari rumah-rumah lelong yang lebih murah, boleh tengok dalam iklan di bawah..


Sekarang ni ada banyak rumah Lelong di Rawang, Selangor.
Tinggal pilih sahaja nak Rezab Rumah Lelong yang mana satu?

Ada yang RM30K, RM35K, RM40K, RM60K dan lain-lain..

Tapi sebelum "berjuang" masuk dalam Dewan Lelong, sebaiknya kena ada ilmu terlebih dahulu supaya anda tak menanggung kerugian pada kemudian hari..

Dalam pembelian rumah lelong ni biasanya ada 2 kemungkinan sahaja
  1. Samada Untung Besar - Sekiranya ada ilmu
  2. Atau Rugi - Sekiranya tiada ilmu
 
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/39
Sumber : Klik Di Sini

KENAPA RUMAH DI LELONG

Rumah dilelong disebabkan pemilik rumah tidak dapat nak meneruskan bayaran pinjaman perumahan kepada bank. Sehingga ke satu tempoh yang diberikan oleh pihak bank, sekiranya tuan rumah masih gagal membayar pinjaman perumahan (bulanan) kepada bank, rumah akan dilelong.

Dalam keadaan ekonomi sekarang ini ditambah dengan serangan virus covid-19 akan menyebabkan lebih banyak rumah yang akan dilelong. Ini disebabkan ramai orang hilang pekerjaan dan tidak mampu untuk membayar pinjaman perumahan mereka di bank. 

Sebelum ni ramai yang beranggapan rumah lelong ni rumah rosak, Rumah yang teruk/buruk, Rumah tempat jin bertendang, rumah yang dah nak roboh dan lain-lain. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah salah. Kebanyakan rumah lelong rumah yang elok lagi. Malah ada rumah lelong yang sedang didiami oleh tuan rumah atau penyewa. Tapi, disebabkan tuan rumah tidak mampu nak bayar pinjaman rumah, menyebabkan rumah tersebut di lelong oleh pihak bank.

Sebagai contoh, dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Julai 2020. Pihak LPPSA telah mengeluarkan senarai rumah Lelong. Boleh rujuk dalam senarai di bawah:



LPPSA telah iklankan 6 halaman bercetak rumah rumah untuk di lelong.

Dalam senarai tersebut saya lihat, harga rumah lelong paling rendah adalah RM10,000 sahaja!

Ya RM10,000 sahaja.

Lelongan awam akan diadakan pada 15 Ogos 2020 ini. Masih ada masa untuk membaca dan belajar.
  1. Langkah 1 - Beli akhbar Berita Harian
  2. Langkah 2 - Baca panduan LENGKAP SERTAI LELONG (Klik di sini)


Kelebihan membeli Rumah Lelong
  • Beli rumah yang dah siap (Tiada risiko Rumah Terbengkalai)
  • Beli Rumah harga yang lebih rendah daripada harga pasaran
  • Banyak Pilihan Harga Rumah
  • Penjimatan dari segi Kos SNP (TIADA kos guaman yang melibatkan SNP)
  • Hartanah tersebut telah sedia ada (Sempurna)
  • Proses pertukaran hak milik yang cepat kerana tidak memerlukan persetujuan pemilik seperti rumah Subsale
  • Lokasi rumah yang pelbagai
  • Tidak perlu membayar Fee Egen Hartanah
  • Boleh memiliki rumah siap di ubah suai pada harga yang rendah
  • Boleh beli rumah murah (below 50% MV), kemudian jual semula pada harga murah (Below 20% MV) dan dapat untung 30% daripada harga rumah
Nota : RPGT (real property gain tax) dikecualikan bagi penjualan hartanah bermula dari 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Point yang terakhir tu merupakan point yang paling penting sekali.
Siapa boleh sediakan cash dalam RM100,000 pada masa sekarang boleh convert duit tu jadi RM1 juta dengan cara beli rumah lelong kemudian jual semula dalam tempoh antara 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021.


Real Case Study Bertarikh 28 Julai 2020 : Menang Rumah Lelong 50% Di Bawah Harga Pasaran (Market value)


Ini cerita benar.. Baru berlaku pada hari ini (28 Julai 2020)...

Sahabat kita masuk ke dewan lelong dengan semangat yang berkobar-kobar dengan berbekalkan ilmu yang terdapat dalam PANDUAN LENGKAP BELI RUMAH LELONG (Klik di sini).

Harga Rizab yang tertera ialah RM425,150.00

Harga Pasaran semasa rumah tersebut ialah RM950,000.00

Dalam sesi lelongan seperti biasa akan berlaku pembidaan harga.

Alhamdulillah... Rumah tersebut berjaya dimiliki pada harga RM460,000.00
Kurang 50% daripada harga pasaran (Market Value)

Menang rumah Lelong pada harga RM460K (50% di bawah harga pasaran)
Harga Rezab Rumah Lelong RM425,150.00

Mudahnya menjadi Jutawan segera sekiranya mempunyai ilmu yang betul..
Memang untung sangat-sangat ni... 
Beli rumah di Pusat bandar KL berharga RM950K pada harga cuma RM460K.
Untung RM460K

Kalau dapat jual rumah ni, hasil jualan rumah tersebut boleh gunakan untuk beli beberapa buah rumah lelong lagi....

Sebab tu kata orang, ilmu tu penting...
Ilmu akan dapat mengubah hidup kita.. 
Ilmu akan dapat menambahkan/menggandakan rezeki kita..


BERUSAHALAH DAPATKAN ILMU YANG DAPAT MENGUBAH HIDUP KITA
Muhamad Anuar Bin Marsib

Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (32) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (7) ilmu pelaburan hartanah (15) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (20) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (37) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)