Rezeki Kucing dapat RM1Juta...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam post pada kali ni saya nak kongsikan satu lagi kes Study iaitu tentang pencinta Kucing..

Kita semua sedia maklum, seorang pencinta kuncing ni biasanya terdiri daripada mereka yang cukup pemurah dan penyayang.

Setuju tak?

Saya ada dua orang kenalan yang cukup menyayangi kucing. Kedua-duanya ada memelihara banyak kucing di rumah. 

Asalkan jumpa kucing di jalanan, akan sedaya upaya memberi mereka makan. Malah ada yang dibawa balik ke rumah samada untuk dirawat (sekiranya kucing sakit) atau terus dipelihara di rumah.

Kedua-dua kenalan saya ni tak berkira langsung tentang duit untuk membeli makanan kucing atau menampung kos rawatan kucing. 
Hasilnya, rezeki kedua-dua kenalan saya ni melimpah ruah...
Ada sahaja rezeki yang mereka perolehi daripada pelbagai sumber... Alhamdulillah...

Itu kisah dua orang kenalan saya yang mencintai dan menyayangi kucing dengan sepenuh hati...

Kali ni saya nak kongsikan pula sebuah kisah....

Bagaimana pencinta kucing Boleh hasilkan pendapatan sebanyak RM1juta melalui Kucing peliharaan mereka?

Boleh tengok pada gambar di bawah

Sumber : Klik Di Sini

Gambar tersebut merupakan Video beberapa ekor kucing yang dipelihara di rumah.

Video berdurasi 4 minit 23 saat itu telah dimuat naik di Youtube 6 tahun yang lalu, dan sehingga kini telah mendapat 261 juta tontonan.

Berdasarkan polisi Youtube.. setiap video yang diupload di Youtube berpeluang untuk menghasilkan pendapatan dengan syarat telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan iaitu:
  1. Perlu mempunyai 1,000 Subscribers
  2. Perlu mencapai 4,000 jam tontonan video-video yang telah kita upload dalam tempoh 12 bulan
Jom tengok Video sebenar di bawah ini


Sumber : Klik Di Sini 

Simple sahajakan Video ini kan?...
Sesiapa sahaja boleh buat video simple seperti ini..

Tapi, walaupun simple, video ini boleh memberikan pendapatan (anggaran) sebanyak RM1juta.

Untuk makluman anda, biasanya pihak Youtube akan bayar pada kadar USD1 untuk setiap 1,000 tontonan.

Video ini telah mendapat 261 juta tontonan (261,000,000), jadi bermaksud anggaran pendapatan yang diperolehi melalui video ini ialah USD261 ribu

Atau sekiranya kita convert kepada Ringgit Malaysia, kita akan dapat

USD261,000 X 4.20 = RM1,096,200

Lebih RM1juta...

Itu baru sebuah Video perihal Kucing yang diupload di Youtube..

Untuk makluman anda, saluran Funny PLOX ini telah memuatnaik banyak video berkaitan dengan haiwan-haiwan peliharaan sejak dari 28 Nov 2010 lagi, dan telah mempunyai hampir billion tontonan setakat ini (1,972,382,064 tontonan).


Sumber : Klik Di Sini
 

Jadi, anggaran pendapatan keseluruhan Channel ini dalam tempoh hampir 10 tahun ialah:
USD1,972,382.06 X 4.20 = RM8,284,004.65

Inilah potensi pendapatan di Youtube yang semua orang perlu tahu..
Ia boleh menjadi sumber pendapatan pasif dalam satu tempoh yang lama.

Selagi Video tersebut masih disiarkan di Youtube, dan selagi ada orang yang menontonnya, selagi itulah kita masih berpeluang memperolehi pendapatan melalui video tersebut.

Untung ke untung?

TAPI..
Masih ramai yang belum memulakan langkah pertama... Terutamanya rakyat Malaysia.

Faktor utama yang dikenalpasti ialah Tak ada idea nak buat video tentang apa?

Sebenarnya terdapat banyak idea nak buat Video ni, sebagai contoh:
Nak tahu dengan lebih detail lagi, anda boleh klik pada gambar di bawah untuk mendapatkan 107 Idea Konten Youtube.

Sumber : Klik Di Sini

Bukan setakat 10 idea ye! Tapi ada 107 idea Konten Youtube, dan saya percaya sekurang-kurangnya 10 daripada idea-idea tersebut sangat sesuai dengan jiwa anda. 

Kenapa anda perlu mula menghasilkan pendapatan di Youtube?
Boleh tonton video di bawah...

Sumber : Klik Di Sini

Semoga bermanfaat..

Ikhlas daripada saya

Muhamad Anuar Bin Marsib


Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) Beli Rumah Lelong (24) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) Ebook Senarai Homestay (3) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Hotel (5) IPOH PERAK (2) Ilmu Kewangan (5) Ilmu hartanah (17) Ilmu pelaburan (7) Ilmu pelaburan saham (3) KWSP (5) LPPSA (15) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) PELABURAN HARTANAH (37) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya homestay (9) Pelaburan (10) Pelaburan Saham (29) Perak (7) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay Melaka (1) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1) Taman Desa Harmoni (1) beli rumah busuk (3) beli rumah pertama (1) ebook percuma (3) ebook rahsia homestay (1) emas (4) hARTANAH (32) harga emas (2) hotel murah (1) ilmu pelaburan hartanah (15) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) lelong (20) pelaburan emas (5) pendapatan pasif (3) rahsia homestay (2) rumah di seri manjung (4) senarai Rumah (2) senarai homestay di Malaysia (8)