Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kenapa Ramai Orang Nak Sewa Homestay pada 10.10.2020??
....
Haah... Kenapa yer?
Boleh tak anda bantu saya bagi jawapan?
Kenapa Ramai Orang Nak Sewa Homestay pada 10.10.2020?? |
Tapi realiti.. Memang ada ramai orang hubungi saya bertanyakan tentang homestay pada tarikh tersebut.
Tapi jangan salah sangka..
Mereka bukan mencari homestay disebabkan ada majlis kenduri kahwin. Walaupuan ramai yang dijangka akan menamatkan zaman bujang pada 10.10.2020 disebabkan tarikh tersebut cantik dan kebetulan jatuh pada hari Sabtu.
Kalau saya masih bujang dan dah ada calon untuk dikahwini, kemungkinan saya juga akan memilih tarikh tersebut untuk menyatukan 2 hati.
Tapi, Hati ini sudah pun dimiliki.. Pemilik hati ini adalah intan payung, permaisuri, ratu hati, peneman di kala susah dan senang..
Walaupun pemilik hati ini membenarkan sekiranya saya nak kahwin lagi satu..
Malah, beliau sendiri sanggup untuk meminangkan isteri kedua, sekiranya saya sudah ada calon yang berkenan di hati..
Tapi bukan semudah itu untuk hati ini terpaut pada hati yang lain...
Cukuplah jaga satu hati dulu buat masa ini...
..
Eceh.. Ceh.... Ceh.... ceh...
Melalut pula saya kali ni... Hehehe..
Oklah... Berbalik semula kepada tajuk Kenapa Ramai Orang Nak Sewa Homestay pada 10.10.2020??
Sebenarnya disebabkan adanya pendaftaran pelajar baru untuk masuk ke Universiti Awam (UA). Atau dengan lebih tepat lagi nak masuk ke UiTM Seri Iskandar Perak disebabkan jarak Pak Ya Homestay Seri iskandar Perak dalam lingkungan 6 km sahaja dari UiTM Seri Iskandar.
Pencari Homestay 1 pada 10.10.2020 |
Pencari Homestay 2 pada 10.10.2020 |
Pencari Homestay 3 pada 10.10.2020 |
Pencari Homestay 4 pada 10.10.2020 |
Pencari Homestay 5 pada 10.10.2020 |
Pencari Homestay 6 pada 10.10.2020 |
Pencari Homestay 7 pada 9.10 - 11.10.2020 |
Pencari Homestay 8 pada 10.10.2020 |
Pencari Homestay 9 pada 10.10.2020 |
Nampak kan... Ada terlalu ramai yang mencari homestay pada tarikh tersebut.
Kalau ikutkan, saya nak tolak kesemuanya.. Saya tak nak menerima mana-mana penyewa..
Tapi disebabkan ada yang terlalu mengharap, sehinggakan rasa tak sampai hati saya nak tolak.. Jadi saya anggap sebagai salah satu ehsan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan...
Jadi, dalam ramai-ramai tu saya terimalah seorang penyewa...
Sebelum-sebelum ni.. Kalau ada ramai yang hubungi saya bertanyakan tentang homestay, saya akan offer mereka tinggal Pak Ya Homestay di Perak (Rumah Teres 1 tingkat) atau Pak ya Homestay di Perak (Rumah Coner Lot) .
Tapi pada kali ini, disebabkan kedua-dua homestay tersebut tak nak menerima sebarang penyewa.... Jadi, saya tak offer mereka untuk tinggal di salah satu homestay tersebut.
Kalau mereka perlu juga homestay, saya akan syorkan mereka dapatkan senarai tersebut dalam ebook Senarai Homestay di Malaysia. Dalam ebook ini mengandungi lebih 2000 senarai Homestay yang terdapat di Seluruh Malaysia
Selain pada 10.10.2020, ada juga orang yang nak tempah homestay pada 8.10.2020, 9.10.2020 dan 11.10.2020
Pencari Homestay 1 pada 08.10.2020 |
Pencari Homestay 1 pada 09.10.2020 |
Pencari Homestay 2 pada 09.10.2020 |
Pencari Homestay 1 pada 11.10.2020 |
Tapi kesemuanya saya lambat respond disebabkan untuk mengelak daripada menerima penyewa yang seterusnya. Jadi, serakat ini saya dah "tolak" kesemuanya.
Terukkan saya ni menolak rezeki??
Sebenarnya bukan saja-saja saya nak tolak rezeki tu, tapi ada sebab disebaliknya.
Sekarang ni bilangan kes baharu Covid-19 semakin bertambah sehingga dah mencecah 3 angka sehari.
Masih ingat lagi tak kata-kata Perdana Menteri kita beberapa minggu yang lepas, sekiranya kes baru kembali kepada 3 angka sehari kemungkinan besar PKP akan dilaksanakan semula.
Sekiranya PKP dilaksanakan semula, ada kemungkinan besar kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) juga boleh ditangguhkan.
Walaupun menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad telah memaklumkan tidak akan bercadang untuk menangguhkan kemasukan pelajar baru ke Kolej atau Universiti di seluruh Malaysia pada bulan Oktober ini. Tapi keputusan tersebut masih bergantung kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan berdasarkan kepada keadaan kes Covid-19 semasa.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga saya juga cuba nak mengurangkan sebarang risiko.
Lebih baik saya tidak menerima penyewa sekarang, daripada terpaksa memulangkan semula deposit sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku.
Anggaplah sahaja tak ada rezeki saya pada kali ini untuk mendapat penyewa selama 4 hari berturut-turut. Setakat ini saya cuma berani nak ambil penyewa satu malam sahaja. Itu pun masih berada dalam keadaan yang membimbangkan dan berharap sangat supaya segalanya berjalan dengan lancar.
#KitaJagaKita
#KitaMasihBelumMenang
#Covid19MasihAda
Iklan Khidmat Masyarakat:
Sumber : http://yup.la/Komitmen30September
Doakan semoga penularan Covid-19 ini semakin menurun supaya seluruh rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenang.
In Shaa Allah...
Aamiin... Aamiin... Aamiin...
Ya Rabbal Alamin..
Ikhlas daripada admin
Info Berkaitan:
- Boleh Beli Banglo Secara Tunai Setiap Bulan dengan Pendapatan Melalui Youtube
- Bermula 1 Oktober 2020 Dah Kena Bayar Semula Semua Pinjaman Bank. Apa Exit Plan Anda?
- Ebook Terbaru! PKP : Poket Kian Pokai? atau Poket Kena Penuh!
- Pengajaran kepada kita Akibat Membeli Rumah di Luar Kemampuan...
- Suri Rumah Selesai Hutang Setengah Juta
- Pengelasan Baharu Isi Rumah Berdasarkan Pendapatan (2020)
- Rujukan Ilmu Pengurusan Kewangan dan hartanah
- Rujukan Senarai Kerja PartTime
- Cara Nak Selesaikan Hutang kad Kredit
- Cara Bijak Menguruskan Wang
- Cara Bijak Merancang Wang
- Rahsia Rezeki mengalir Tanpa Henti