Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...
Semalam baru sahaja saya kongsikan satu post bertajuk Peluang Berniaga Dari Rumah Dengan Komisyen Sehingga 70% Per Jualan. Kemudian kira-kira pada jam 5.00 pagi tadi (19 Oktober 2020), Astro Awani pula terbitkan satu artikel bertajuk "COVID-19: Ekonomi negara 'sakit', 100,000 peruncit bakal gulung tikar - SME Malaysia"
Sumber : Klik Di Sini
Seakan-akan post yang saya tulis ada berkaitan dengan keadaan ekonomi semasa yang sedang SAKIT pada ketika ini.
Ya Betul!
Ekonomi negara kini dalam keadaan SAKIT. Bukan untuk menakut-nakutkan, tetapi ianya adalah hakikat yang perlu kita hadapi.
Laporan Astro Awani mengatakan 50,000 hingga 100,000 peruncit akan tutup kedai dalam beberapa BULAN INI menurut SME Malaysia.
Mengulas lanjut, peruncit terutamanya yang berniaga di pusat membeli belah melalui detik 'perit' ekoran peningkatan kes COVID-19 secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Ini bukan lagi masa untuk tunggu dan lihat, tetapi untuk lebih berhati-hati dan siap sedia.
Bak kata orang tua-tua "Sediakan payung sebelum hujan".
Impaknya bukan sahaja kepada usahawan, tetapi mereka yang bekerja juga.
Pada hari ini, seorang pilot mengeluh tentang industri penerbangan dan ura-ura dirinya yang mungkin akan diberhentikan kerja.
Walaupun kita sedia maklum, seorang pilot mempunyai pendapatan yang tinggi sebelum ini, dan juga simpanan yang mungkin banyak juga turut terkesan dengan Pendemik COVID-19.
Inikan pula kita yang berpendapatan sederhana, dan tidak mempunyai simpanan wang yang banyak untuk menampung keluarga, tetapi menghadapi masalah pendapatan. Tidak kira bekerja atau berniaga.
Penyelidikan menyatakan bahawa ramai antara kita (lebih 90%) tidak mempunyai simpanan yang secukupnya untuk menampung diri dan keluarga walaupun untuk 3 bulan jika terputus pendapatan.
Perkara ini sangat merisaukan, dan juga sudahpun berlaku sejak beberapa bulan yang lepas.
Ramai sahabat kita yang sebelum ini merupakan usahawan yang berjaya, tetapi tidak pandai menguruskan wang. Gaya hidup mereka adalah agak tinggi berbelanja pada barangan mewah, kereta mewah dan rumah juga mewah.
Ketika Covid-19 melanda, perniagaan mereka terkesan sehingga ada yang terpaksa menjual rumah dan kereta..
Doakan semoga musibah sebegini tidak terjadi kepada kita!
Sememangnya, Covid-19 mengingatkan kita untuk sentiasa berjaga-jaga dengan perbelanjaan kita dan berjimat cermat. Namun hakikatnya, berjimat macam mana pun, jika tiada pendapatan atau pendapatan tidak meningkat, ia akan turut memberi kesan kepada kita.
Kos hidup bukanlah rendah ketika ini. Dan masalah juga dihadapi dari segi pendapatan.
Saya pasti anda juga pernah dengar atau mengenali seseorang yang berada dalam keadaan ini.
Tidak kira apa sahaja keadaan kita kini, apa yang boleh kita lakukan adalah "sediakan payung sebelum hujan". Kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh lagi sekadar tunggu dan lihat.
Salah satu skill yang penting ketika keadaan krisis sebegini adalah skil memulakan perniagaan di internet. Dengan mempunyai skil ini, pada bila-bila masa sahaja anda dapat memulakan perniagaan baru untuk menjana pendapatan tambahan.
Untuk peringatan kita bersama:"Sebanyak 865 kes positif COVID-19 dicatatkan pada hari ini (Isnin, 19 Oktober), 871 kes positif COVID-19 dicatatkan semalam (Ahad, 18 Oktober), dan pada hari Sabtu (17 Oktober) sebanyak 869 kes. Melihat kepada statistik-statistik terkini yang cukup membimbangkan, sudah pasti akan memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi negara"
Saya rasa cukup setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
#KitaJagaKita
Perkongsian akhlas daripada saya
- Anuar -
Info Berkaitan:
- Peluang Berniaga Dari Rumah Dengan Komisyen Sehingga 70% Per Jualan.
- Formula Lengkap Dan Step By Step Untuk Gandakan Jualan
- Top 10 E-Commerce Paling Popular Di Malaysia Pada Tahun 2020
- Jadi Ejen Affiliate 100% dari rumah
- Panduan Menjual Produk Digital 100% dari Rumah
- Panduan menjalankan Bisnes Makanan 100% dari rumah
- Panduan Jadi Youtuber 100% dari rumah
- Melabur dalam pasaran Saham (100% dari rumah)
- Aneka Pilihan Kerja Part Time (Ada yang 100% dari rumah)