5 Cara Hasilkan Pendapatan Sampingan TANPA MODAL Dengan Kadar Segera.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada hari ini ramai orang terjejas sumber pendapatan berikutan Pendemik Covid-19. Tak kira siapa juga diri kita samada CEO Syarikat, Pengarah Syarikat, Pegawai Eksekutif, peniaga, dan sebagainya. Hampir semua orang merasai kesan kejatuhan ekonomi yang sedang berlaku pada ketika ini.

Sumber : Laporan Berita Toni Jual Rumah Agam Di Scotland (Klik Di Sini)

Bukan sahaja peniaga-peniaga kecil yang merasai kesannya. Malah, syarikat-syarikat besar seperti Air Asia, MAS, syarikat-syarikat perhotelan, syarikat-syarikat pelancongan, syarikat-syarikat yang menawarkan pakej pelancongan dan sebagainya turut merasai kesannya.

"Penularan pandemik Co­vid-19 benar-benar menghimpit prestasi Air Asia X apabila pendapatannya turut menjunam kira-kira 94 peratus kepada hanya RM59.91 juta antara Julai hingga September 2020 berbanding RM1.01 bilion tahun lalu." - Utusan Malaysia-

"Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia X memberitahu, kerugian operasi bersih pada suku ketiga pula meningkat kepada RM498 juta daripada hanya RM69 juta tempoh sama 2019." - Utusan Malaysia- 


Jadi, pada hari ini orang sanggup buat apa sahaja untuk terus survive, demi meneruskan kelangsungan hidup. Ada yang sanggup jual rumah, ada yang sanggup gadaikan tanah, ada yang jual kereta, ada yang pajak emas, ada yang rumah kena lelong dan sebagainya.

Cara paling mudah seperti yang disyorkan oleh pakar-pakar ekonomi, pada waktu ini semua orang perlu : 
  1. Down grade Life Style  
  2. Berusaha Untuk Tambahkan Pendapatan Sampingan   

"Tapi, macamana nak buat tu?"
-Nitizen-

"Cakap memang lah senang! Tapi, macamana nak buat?"
- Nitizen-

Baiklah, disini saya kongsikan 5 Cara Hasilkan Pendapatan Sampingan TANPA MODAL Dengan Kadar Segera.



1) Jual barang-barang yang Sedia Ada dekat rumah Kita

Salah satu cara nak Down Grade Life Style ialah dengan cara menjual barang-barang yang sedia ada dalam rumah kita. Terutamanya barang yang masih elok tetapi jarang digunakan atau dah lama tidak digunakan. Daripada barang tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan, lebih baik dijual kepada mereka yang lebih memerlukan.

Sebagai contoh kaum perempuan suka kumpul koleksi Tudung, Beg Tangan, set Tupperware, buku-buku dan sebagainya. Tengok tudung dalam almari bertimbun sampai tak cukup ruang penyimpanan. Tengok dekat kabinet dapur penuh dengan set-set Tupperware, tapi jarang digunakan. Tengok dekat rak buku, penuh buku bersusun sehingga sampai tak muat rak. Tapi jarang dibaca.

Inilah masa yang terbaik untuk anda jual barang-barang tersebut pada harga preloved (Barang terpakai).

Tanpa kita sedar, sebenarnya barang-barang preloved ini ramai orang cari terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan atau mereka yang memang menjadikannya sebagai satu koleksi.

Nak beli pada harga barang baru tak mampu. Jadi, mereka akan beli sahaja pada harga preloved yang jauh lebih murah daripada harga baru.


Contoh Tudung Isteri saya yang berjaya saya jual secara Preloved dekat Shopee

Boleh tengok contoh barang preloved lain yang saya jual dekat Shopee, menerusi pautan berikut:

Jual barang secara Perloved ini terbukti 100% tanpa modal. Barang pula dah Ready Stock pada kita. Tak perlu nak beli daripada mana-mana ejen atau supplier. Mudah bukan!


2) Jual Barang secara Dropship

Cara yang kedua ialah jual barang secara Dropship dekat Shopee. Tak perlu susah-susah nak pergi cari barang jauh-jauh. Cari sahaja kedai-kedai yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Kita kena kenal pasti, setiap kali orang datang ke tempat kita barang apa yang mereka selalu beli untuk di bawa balik? 

Sebagai contoh:
  • Orang yang pergi ke Melaka biasanya akan membeli cencalok Melaka, Dodol Melaka, Gula Melaka, Keychain Melaka, Belacan dan lain-lain
  • Orang yang pergi ke Terengganu biasanya akan membeli Keropok Lekor Ghanu, keropok Losong, Pes Nasi Dagang Terengganu, dan lain-lain
  • Orang yang pergi ke Kelantan biasanya akan cari Toto Narita, Baju Batik, dan sebagainya
  • Orang yang pergi ke Perak akan cari Ikan Bilis Mata Biru Pulau Pangkor, Rendang Tok, makanan hasil laut Pangkor, Labu Sayung dan sebagainya.
  • Orang yang pergi ke Sarawak akan cari Kek Lapis Sarawak, Pes Laksa Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Tikar Sarawak, Gambir Sarawak, Umai, Ambuyat, Sagu dan sebagainya.
  • Orang yang pergi ke Johor akan cari kerepek-kerepek, Pes Mee Bandung Muar, Pes Asam Laksa Johor, dan lain-lain.
  • Orang yang datang ke negeri Perlis akan cari Emping, Pelam Harum Manis (Sekiranya sampai musim) dan sebagainya
  • Orang yang pergi ke Sabah akan cari Ikan Bilis Sabah, Kuih Cincin, Noonsom, Amplang, dan sebagainya.

Pada waktu musim PKP dan PKPB ini ramai orang tak boleh merentas negeri. Mereka tidak boleh nak pergi beli sendiri barang-barang tersebut semasa sedang bercuti seperti sebelum ini.

Jadi, inilah peluang anda untuk menjual barang-barang ini secara dropship dengan cara pergi ke kedai-kedai yang berkaitan. Minta izin kepada pemilik kedai untuk ambil gambar barang-barang tersebut dan beritahu secara jujur anda nak tolong promote barang-barang dekat kedai ini di Shopee atau mungkin juga di Lazada.

Saya yakin pemilik kedai tersebut tentu akan bersetuju! Lebih-lebih lagi bila tengok barang-barang yang mereka jual tidak laris seperti biasa disebabkan tidak ramai pembeli yang datang ke kedai mereka.

Contoh proses Dropship

Bila anda mendapat oder di Shopee atau Lazada, anda pergi semula ke kedai tersebut untuk bayar pada harga borong/harga asal yang dipersetujui. Untung anda ambil dan anda poskan barang kepada pelanggan. 

Kelebihan menjual secara Dropship dekat Shopee:
  • Anda tak perlukan modal untuk membeli dan menyimpan stok
  • Dapat oder, baru anda hantar barang
  • Sekiranya pekedai ada menyediakan servis pembungkusan dan penghantaran akan lebih menjimatkan masa anda
  • Anda boleh fokus kepada kerja-kerja pemasaran sahaja
  • Anda boleh menyenaraikan seberapa banyak produk di Shopee tanpa terikat dengan modal
  • Dalam banyak-banyak produk yang anda senaraikan di Shopee, kemungkinan salah satunya akan menjadi HOT produk dalam akaun anda

Sekiranya anda ingin mendapatkan contoh lebih 20,000 barangan yang boleh dijual secara Dropship di Shopee, anda boleh -> Baca Di Sini


3) Jadi Ejen Affiliate PPL

Daftar jadi ejen affiliate Pay Per Lead (PPL)

Kelebihan menjadi ejen affiliate PPL ialah:
  • Pendaftaran adalah Percuma
  • Tidak perlu menjual sebarang produk
  • Cuma perlu promote link affiliate sahaja di media sosial seperti facebook, Instagram, Tweeter, Whatsap, email, sms dan sebagainya.
  • Bila orang berminat untuk mendapatkan "produk"/kelas online, mereka akan mengisi borang online dengan memberikan email/nombor telefon.
  • Anda akan dapat bayaran untuk setiap email/nombor telefon yang mendaftar masu melalui link affiliate anda

Mudah bukan!

Sebagai contoh, boleh tengok program PPL RM3 per lead kepunyaan Cikgu Hafis yang sedang berjalan pada ketika ini.

PPL RM3/lead Cikgu Hafis


Ramai Ejen yang dah berjaya dapat Komisyen 3 angka

Tapi, setiap ejen affiliate perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak admin sebagai contoh seperti berikut:

Syarat dan Peraturan Program Affiliate

Selain program Affiliate PPL Cikgu Hafis, terdapat program Affiliate PPL lain yang juga tak kurang menarik hebatnya. Sebagai contoh:

1) PPL RM1-RM3/lead
3 Ebook Percuma : 50 Kompilasi Kisah Jutawan Barat, Asia dan Malaysia

2) PPL RM1/lead
Rahsia Buat Duit Secara Online Di Klikjer

3) PPL RM1/lead
Ebook Senarai Homestay di Malaysia


Berikut pula merupakan link pendaftaran sebagai ejen Affiliate:


Jangan risau! Pendaftaran adalah percuma sahaja. Tidak dikenakan sebarang bayaran.

Tapi, ada syarat yang ditetapkan untuk membolehkan anda mendapat komisyen!
Sila baca syarat dengan teliti. Dan jangan sesekali melanggar syarat yang ditetapkan.

In Shaa Allah, sampai masanya anda boleh mendapat komisyen.


4) Jadikan Hobi Sebagai Sumber Pendapatan

Sekiranya anda mempunyai hobi tertentu, boleh jadikan hobi tersebut sebagai sumber pendapatan. 

Caranya ialah dengan mempromosikan hobi anda di media sosial. Setiap kali anda menghasilkan sesuatu melalui Hobi anda, update di media sosial supaya rakan-rakan, kenalan dan follower anda tahu dan berminat dengan hobi anda.

Sebagai contoh, hobi isteri saya ialah berkaitan dengan seni dan lukisan.

hobi isteri saya berkaitan dengan seni dan lukisan

Setiap kali beliau menghasilkan seni dan lukisan, beliau akan update di Instagram dan facebook. Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh tengok hobi isteri saya di link berikut:

Atau, anda boleh juga tengok hobi kami yang lain yang saya kongsikan di Youtube:

Video Koleksi Kereta Lumba Hot Wheels

Video Koleksi Watak Komik One Piece, Dragon Ball, Naruto dan Lego

Syukur Alhamdulillah!
Melalui perkongsian hobi ini telah membuka satu lagi pintu rezeki kepada isteri saya dan anak-anak.

Apa sahaja hobi anda samada anda minat kepada kereta, rumah, pakaian, memancing, memasak, melukis, menyanyi, bermain game, dan sebagainya boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada anda kalau anda tahu caranya.


5) Rajinkan diri buat Perkongsian melalui Video atau Content di Media Sosial

Cara Hasilkan Pendapatan Sampingan yang terakhir ialah dengan cara rajinkan diri buat perkongsian melalui video atau content di media sosial.

Lebih banyak content dan perkongsian yang anda hasilkan, boleh mendatangkan lebih banyak rezeki kepada anda. In Shaa Allah.

Contoh Video-video yang saya kongsikan di Youtube yang telah memberikan pendapatan sampingan kepada kami setakat ini:


Syukur Alhamdulillah..

Bila keadaan ini berlaku akan menyebabkan kita lebih bersemangat untuk menghasilkan video demi video yang boleh mendatangkan rezeki.

Buat sahaja perkongsian Percuma.
Buat sahaja perkongsian Tanpa Modal.
Berkongsilah dengan seikhlas hati.

In Shaa Allah, melalui perkongsian tersebut ada rezeki yang tidak disangka-sangka akan datang dalam hidup anda.

Sebagai contoh, anda boleh baca perkongsian demi perkongsian tersebut:

Semoga kita dapat sama-sama lakukan yang terbaik dalam menghadapi Fasa Pendemik Covid-19 yang sedang kita lalui sekarang dan juga Fasa Virus Kewangan yang akan berlarutan dalam satu tempoh yang lama mungkin menjangkau sehingga ke 5 tahun. 

Dapat sesuatu melalui perkongsian ini?

Kalau dapat sesuatu, boleh kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda supaya lebih ramai yang mendapat manfaat melalui perkongsian ini.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (32) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (7) ilmu pelaburan hartanah (15) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (20) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (37) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)