Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Single Day Sales 11.11 menjadi satu fenomena diseluruh dunia apabila terdapat syarikat-syarikat gergasi e-Commerce mengadakan jualan murah secara besar-besaran dalam tempoh satu hari tersebut.
Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, apabila dua syarikat gergasi e-commerce iaitu Shopee dan Lazada pada ketika ini sedang mempergiatkan usaha promosi dalam pelbagai sosial media seperti GoogleAds, Youtube ads, Facebook ads, Instagram ads, email, notifikasi apps, pengiklanan di television dan sebagainya.
Pasti ramai penganalisis ekonomi nak tahu sejauh mana pencapaian hasil jualan kedua-dua syarikat gergasi e-commerce tersebut dalam tempoh 1 hari pada 11.11.2020, dengan mengambil kira beberapa faktor seperti ramai rakyat Malaysia yang terkesan berikutan Pendemik Covid-19 dan keadaan ekonomi negara yang terjejas pada ketika ini.
Berdasarkan bilangan trafik yang diperolehi dalam post bertajuk Top 10 E-Commerce Paling Popular Di Malaysia Pada Tahun 2020 menunjukkan bilangan trafik yang mengunjungi laman web Shopee terlalu jauh berbanding bilangan trafik yang mengunjungi laman web Lazada iaitu 38,259,300 klik berbanding 16,076,700 klik. Ini merupakan statistik yang direkod dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Julai 2020
Sumber : Klik Di Sini
Analisa Jualan Shopee dan Lazada semasa berlangsungnya Single Day sales 11.11.2019
Berdasarkan Prestasi jualan kedua-dua laman web ini semasa berlangsungnya Single Day sales 11.11.2019, menunjukkan pencapaian laman web Lazada sangat memberangsangkan berbanding Shopee.
Laman web e-commerce Lazada berjaya mencapai jualan 1 juta item dalam jam pertama Single day sales 11.11, dengan pesanan pertama dihantar seawal jam 1.20 pagi. Lazada mengambil masa 13 jam untuk melepasi rekod jualan 11.11 pada tahun 2018.
Sumber : Klik Di Sini
Sementara itu, Shopee pula berjaya mencatatkan jualan tiga kali ganda lebih banyak pada jam pertama 11.11 berbanding jangka masa yang sama pada tahun 2018. Platform membeli-belah dalam talian paling HOT di negara ini berjaya mencapai jualan 1 juta item menjelang jam 2 petang.
Jualan 1,001,100 pada tahun 2018
Sumber : Ringgitplus.com
Berdasarkan kepada pencapaian tersebut, dapat dirumuskan bahawa pencapaian terbaik e-Commerce di Di Malaysia semasa berlangsungnya Single Day sales 11.11.2019 berpihak kepada Lazada.
Tentu ada yang tertanya-tanya, apa kelebihan Lazada berbanding Shopee? Sedangan pada hari ini populariti Shopee jauh mengatasi Lazada.
Jawapannya ada pada Banting di bawah.
Sumber : Klik Di Sini
Banting ini menunjukkan pencapaian Platform Alibaba pada Single Day sales 11.11.2018. Dalam Banting tersebut ada Logo Alibaba di bawah sekali, dan ada juga Logo Lazada di atas peta Asia Tenggara. Anda tentu faham maksud saya kan.
Untuk makluman anda, acara membeli-belah dalam talian 11.11 pertama kali dipopularkan oleh syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba, yang memiliki kepentingan dalam Lazada.
Dalam Festival Membeli-belah Single Day sales 2019, Alibaba mencatat jualan USD$ 13 bilion (sekitar RM53.8 bilion) dalam tempoh satu jam pertama. Kemudian melepasi rekod pencapaian sendiri tahun 2018 sebanyak USD$ 30.8 bilion (RM127.6 bilion) dalam tempoh 16 jam setengah.
Rekod Jualan Alibaba pada Single Day sales 11.11.2017 dan 11.11.2018
Kemudian setelah cukup 24 jam, AliBaba berjaya mencipta rekod jualan Single Day sales 11.11 yang baru iaitu sebanyak USD$ 38 bilion (2019)
(Boleh tonton video di bawah)
Disebalik Kisah Fenomena Jualan Sempena Single Day 11/11
Pada hari ini, fenomena jualan Single Day 11.11 telah menjadi trend dan ikutan syarikat-syarikat ecommerce lain di seluruh dunia..
"Fenomena penjualan sempena Single Day ilham daripada tarikh 11 November atau 11.11 yang menjadi hari sambutan di kalangan orang muda yang masih bujang di China yang diperkenalkan di Universiti Nanjing pada tahun 1993.
Alibaba telah menukarkan hari tersebut menjadi hari festival membeli belah terbesar dalam industri e-commerce mengalahkan jualan Black Friday."
Pada hari ini, fenomena jualan Single Day 11.11 telah menjadi trend dan ikutan syarikat-syarikat ecommerce lain di seluruh dunia..
Berbalik kepada persoalan di atas. Apa kelebihan Lazada berbanding Shopee semasa berlangsungnya Single Day sales 11.11.2019? Sedangan pada hari ini populariti Shopee dilihat jauh mengatasi Lazada.
Jawapannya ialah pengaruh (database) dan skil pemasaran e-commerce yang dimiliki oleh syarikat AliBaba boleh digunapakai untuk buat sales di Lazada. Sekiranya anda perasan, semasa berlangsungnya Single Day sales 11.11.2019, Lazada ada menganjurkan Konsert Countdown yang menampilkan barisan artis-artis terkemuka tanah air. Pada ketika itu juga, terdapat jualan secara live mula dilakukan.
Strategi tersebut ternyata membuahkan hasil.
Tapi, itu cerita pada tahun 2019. Bagaimana pula pada tahun 2020?
Anda boleh tengok pada banner Shopee di bawah. Shopee cuba menggunakan strategi yang sama seperti yang dilakukan oleh Lazada pada tahun 2019.
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang berhasrat nak dapatkan rezeki tambahan melalui perniagaan, inilah peluang terbaik untuk memulakan perniagaan secara online di kedua-dua platform tersebut.
Sebaiknya anda perlu memasukkan barang-barang jualan di kedua-dua platform tersebut sebelum 11.11.2020, supaya ada terselit rezeki anda semasa seluruh rakyat Malaysia buat Window Shoping secara online pada hari tersebut.
Saya rekemenkan anda masukkan sahaja barang-barang dropship.
Bukan barang-barang anda yang anda perlu beli stok dan jual!
Tapi barang milik peniaga lain yang anda tolong jual di kedua-dua platform online tersebut. Apabila dapat tempahan, anda bayar kepada owner barang pada harga ejen, kemudian duit selebihnya jadi milik anda.
Kerja membungkus dan menghantar produk akan dilakukan oleh pemilik produk.
Tugas anda hanya perlu menyenaraikan barang jualan di platform Shopee/Lazada dan hubungi penjual sekiranya terdapat pembelian. Mudah bukan?
Macamana anda nak dapatkan senarai ejen Dropship untuk berniaga di kedua-dua platform online tersebut?
Anda boleh layari kedua-dua laman web di bawah:
Semoga dapat membantu.
Sekian sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini.
Semoga dapat memberi manfaat kepada anda.
Info Berkaitan:
- [Ebook Percuma] 10 Produk Yang Boleh Dijual Secara Dropship Dan Jana Pendapatan Dalam USD
- Top 10 E-Commerce Paling Popular Di Malaysia Pada Tahun 2020
- Ekonomi Negara SAKIT : 100,000 Peruncit Bakal Gulung Tikar - SME Malaysia
- Komisyen Affiliate Klikjer Dah Capai RM1 Juta. Tahniah!!
- Peluang Berniaga Dari Rumah Dengan Komisyen Sehingga 70% Per Jualan.
- Pulangkan Semula Deposit Homestay Atau Tukar Tarikh?