Cara nak Tentukan Harga Sewaan Homestay dan Kadar Keuntungan Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sejak akhir-akhir ni ramai pengusaha homestay rasa serba salah nak letakkan kadar sewa homestay yang sepatutnya mereka kenakan kepada penyewa.

Nak letak harga murah, risau tak balik modal. Rugi!

Nak letak harga mahal, risau tak ada orang nak sewa homestay.

Serba Salah...


Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit info yang telah saya perolehi melalui pembacaan.


Pertama sekali : pada asasnya dalam mana-mana perniagaan, sudah tentu kita mengharapkan keuntungan. Betul kan?

Kalau kita berniaga tapi tak untung. Buat apa berniaga? betul tak?


Kedua : Bila kita berniaga, kita perlu letakkan satu matlamat berapa peratus keuntungan yang kita nak capai dalam tempoh satu bulan


Ketiga : Bila kita dah set matlamat keuntungan yang kita nak capai, kita kira pula kos yang perlu kita keluarkan dengan mengambil kira target jualan yang realistik berapa boleh dicapai dalam tempoh 1 bulan


Merujuk kepada ebook Jutawan Homestay, terdapat dua kos yang perlu dikenalpasti iaitu kos tetap dan kos berubah.


Kos tetap ialah kos yang wajib dibayar pada setiap bulan/tahun dengan nilai bayaran yang sama. Tak kisahlah langsung tak ada penyewa ke dalam masa sebulan? Cuma ada satu malam sahaja ke penyewa sebulan?, Dua malam sahaja ke penyewa sebulan? atau 30 hari penyewa sebulan. Walau berapa pun jualan yang diterima, kos ini tetap sama. Tidak berubah. Contoh kos tetap ialah kadar ansuran bulanan rumah, bil internet, Maintanance charge, Bil Pembentungan, Bil Astro, dan lain-lain.


Kos berubah ialah kos yang akan dibayar bergantung kepada berapa kali homestay kita di sewa dalam tempoh sebulan. Lebih banyak jualan (sewa harian) lebih tinggi kos yang perlu dikeluarkan. Kos akan berubah bergantung kepada bilangan jualan. Contoh kos berubah ialah bil elektrik, bil air, dobi, sabun dan tisu tandas, upah pekerja dan lain-lain.


Sebagai contoh, katakan homestay saya boleh capai anggaran sewa 8 hari sebulan. Jadi, kita kira berapa kos yang kita akan keluarkan dalam tempoh 8 hari tersebut.

(Boleh rujuk pengiraan jumlah kos 8 hari operasi homestay seperti dalam jadual di bawah)



Sumber Rujukan : Klik Di Sini


Dalam contoh di atas, saya set keuntungan yang ingin dicapai ialah sebanyak 20% sahaja dalam tempoh sebulan.


Dengan mengambil kira kos operasi homestay (upah pekerja) yang semakin meningkat disebabkan kesan daripada Pendemik Covid-19, kos keseluruhan homestay ialah sebanyak RM2290 (operasi 8 hari).


Keuntungan yang ingin dicapai ialah sebanyak RM458 sebulan dengan kadar sewa homestay ialah RM357.81 semalam.

Tinggikan kadar sewa homestay tu?

Banyak tak untung yang kita dapat? Tak banyak mana pun kalau nak dibandingkan dengan perniagaan-perniagaan lain.


Macamana nak dapatkan lebih banyak untung, tapi dalam masa yang sama dapat kurangkan harga sewaan homestay?


Caranya ialah dengan meningkatkan jualan (bilangan sewa harian) dan kekalkan peratus keuntungan.

Sebagai contoh boleh tengok dalam gambar di bawah:

Sumber Rujukan : Klik Di Sini


Apabila bilangan hari yang disewa meningkat kepada 24 hari dan kadar keuntungan dikekalkan kepada 20%, kadar sewa harian akan jadi RM219.27 sahaja. Keuntungan pula akan jadi RM842 sebulan.


Macamana pula nak dapatkan lebih banyak untung, tapi dalam masa yang sama dapat kadar harga sewa homestay berpatutan?


Caranya ialah dengan meningkatkan jualan (bilangan sewa harian) dan tingkatkan juga peratus keuntungan.

Sebagai contoh boleh tengok dalam gambar di bawah:

Sumber Rujukan : Klik Di Sini


Apabila bilangan hari yang disewa meningkat kepada 24 hari dan kadar keuntungan dinaikkan kepada 40%, kadar sewa harian akan jadi RM292.36 sahajaKeuntungan pula akan jadi RM1684 sebulan.


Jadi, sebagai pengusaha homestay anda perlu merancang dengan sebaiknya berapa sasaran jualan dalam sebulan dan berapa keuntungan yang ingin diperolehi.


Seperti kata Mat Salleh:

 

"If You Fail to plan, You plan to fail"

 

"Jika anda gagal merancang, anda sebenarnya merancang untuk gagal"


Dapat sesuatu yang bermanfaat dalam perkongsian pada kali ini?


Sekiranya anda rasakan info ini bermanfaat, anda boleh kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda.


Info lain yang perlu anda tahu berkaitan dengan homestay:


Iklan Khidmat Masyarakat:

Sumber : http://yup.la/Komitmen30September


Kita masih ada masa beberapa hari lagi sebelum tiba 30 September 2020.


Tarikh yang begitu mendebarkan untuk melihat tahap sebenar kemampuan kewangan kita.


Marilah kita sama-sama berdoa dan terus berdoa supaya dapat melalui hari-hari tersebut dengan semangat dan kecekalan yang tinggi

http://yup.la/Komitmen30September


Aamiin.. Aamiin.. Aamiin..

Ya Rabbal Alamin..

Ikhlas daripada admin


Info Berkaitan:




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) Beli Rumah Lelong (24) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) Ebook Senarai Homestay (3) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Hotel (5) IPOH PERAK (2) Ilmu Kewangan (5) Ilmu hartanah (17) Ilmu pelaburan (7) Ilmu pelaburan saham (3) KWSP (5) LPPSA (15) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) PELABURAN HARTANAH (37) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya homestay (9) Pelaburan (10) Pelaburan Saham (29) Perak (7) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay Melaka (1) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1) Taman Desa Harmoni (1) beli rumah busuk (3) beli rumah pertama (1) ebook percuma (3) ebook rahsia homestay (1) emas (4) hARTANAH (32) harga emas (2) hotel murah (1) ilmu pelaburan hartanah (15) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) lelong (20) pelaburan emas (5) pendapatan pasif (3) rahsia homestay (2) rumah di seri manjung (4) senarai Rumah (2) senarai homestay di Malaysia (8)