266 kes Orang Bunuh Diri Dilaporkan Dalam Tempoh 18 Mac hingga 30 Oktober 2020

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Dalam akhbar KOSMO bertarikh 18 November 2020 melaporkan berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.


Sumber : Keratan Akhbar Kosmo, 18 November 2020


Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din berkata, sebanyak 25 peratus daripada 266 kes bunuh diri berpunca daripada bebanan hutang yang tinggi, diikuti masalah keluarga (24 peratus) dan kes rumah tangga (23 peratus).


Menurutnya, selain tiga motif itu, bunuh diri atas faktor cinta turut mencatatkan 15 peratus dalam tempoh sama.


"Punca bunuh diri yang lain termasuk bebanan kerja, halusinasi, mental, media massa serta dadah pula direkodkan sebanyak 13 peratus," katanya.


Sumber : Keratan Akhbar Kosmo, 18 November 2020

Keadaan ini dilihat sangat membimbangkan disebabkan secara purata lebih 30 orang bunuh diri sebulan atau seorang setiap hari dalam tempoh berkenaan.

Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan (25%) dan masalah keluarga (24%) menjadi punca utama seseorang nekad meragut nyawanya sendiri ketika negara dilanda pandemik COVID-19.


Membunuh Diri Hukumnya Adalah Dosa Besar


Sebagai seorang muslim, kita tahukan tindakan bunuh diri (mengambil nyawa sendiri dengan sengaja) adalah haram dan dosa besar hukumnya.  


Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa ayat Al-Quran seperti berikut:


Firman Allah SWT Dalam Surah al-Baqarah ayat 195:


وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ


Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 155:


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ


Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.


Pelajaran yang dapat kita perolehi daripada 2 ayat Al-Quran di atas ialah:

  • Kita tidak boleh dengan sengaja mencampakkan diri kita dalam bahaya dan kebinasaan seperti mencederakan diri sendiri atau dengan lebih teruk lagi membunuh diri sendiri.
  • Kita kena bersabar dengan setiap ujian daripada Allah S.W.T walau dalam apa jua keadaan sekalipun samaada sedang berhadapan dengan musuh, sedang kelaparan, kehilangan harta benda serta hasil tanaman. 
  • Setiap hambanya pasti akan menerima ujian daripada Allah S.W.T untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang
  • Setiap orang yang bersabar ketika menghadapi ujian Allah S.W.T akan mendapat berita gembira samada di dunia ataupun diakhirat.


29% rakyat Malaysia kini mengalami depression dan kecelaruan


"Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati 29% rakyat Malaysia kini mengalami depression dan kecelaruan. DEPRESSION MENINGKAT berbanding hanya 12% pada tahun 2011."

Sumber : https://graphology.com.my


Populasi terkini rakyat Malaysia ialah 32.73 juta. 

29% daripada 32.73 juta bersamaan dengan 9.49 juta orang rakyat Malaysia kini mengalami Kemurungan dan kecelaruan. 


Kenapa keadaan ini boleh berlaku?


Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh kegagalan individu untuk menguruskan masalah dan tekanan yang dihadapi di tempat kerja dan di rumah. Masalah ini akan menjadi besar apabila tiada sokongan dari ahli keluarga atau keluarga terdekat.



Dalam laman web https://graphology.com.my juga ada menyatakan bahawa antara kesan atau symptom yang dihadapi oleh mereka yang sedang menghadapi masalah tersebut adalah:


1. TAK BOLEH MOVE ON

Pengalaman dan masalah yang dihadapi menyebabkan individu tersebut terbelenggu dan buntu untuk mencari jalan keluar.


2. PENING KEPALA

Stress juga akan menyebabkan sakit kepala yang berpunca dari tekanan emosi dan ketengangan fikikan. Ini akan mengganggu prestasi dan aktiviti harian kita.


3. KEMURUNGAN

Rasa sedih yang berpanjangan, gangguan tidur, hilang tumpuan, hilang minat terhadap perkara yang diminati antara gejala yang dihadapi oleh mereka yang stress.


4. MASALAH KONSENTRASI

Tidak dapat fokus pada tanggungjawab dan aktiviti harian. Ini akan menyebabkan orang sekeliling kita memandang rendah kepada kita.


5. PENYAKIT

Pelbagai penyakit akan mula datang. Sakit jantung, gastrik, darah tinggi dan perbagai penyakit kerana Emosi yang tidak tenang telah memberi implikasi kepada tubuh badan.


Punca utama masalah-masalah ini boleh berlaku kerana kita tidak mempunyai ilmu pengurusan emosi yang betul semasa sedang menghadapi tekanan seperti: 

  • Tekanan menghadapi musim PKPB
  • Tekanan semasa berada di rumah dengan pasangan 
  • Tekanan dalam menguruskan anak-anak
  • Tekanan di tempat kerja 
  • Tekanan di buang kerja
  • Tekanan kena potong gaji bulanan
  • Tekanan disebabkan Bisnes tak jalan
  • Tekanan akibat masalah kewangan
  • Takanan akibat berhutang
  • Tekanan disebabkan masalah kesihatan
  • Tekanan disebabkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi oleh insan-insan tersayang seperti ahli keluarga, pasangan dan anak-anak.
  • dan lain-lain tekanan lagi.


Untuk meredakan tekanan yang sedang kita hadapi, sebaiknya kita senaraikan tekanan-tekanan tersebut. Daripada tekanan yang paling berat kepada tekanan yang paling ringan.


Cuba luahkan tekanan tersebut kepada orang lain supaya kita tidak rasa keseorangan dalam menghadapi tekanan tersebut.


Atau, sekiranya anda merasakan tekanan tersebut tidak akan dapat diredakan setelah berkongsi dengan orang-orang disekeliling anda.. Cuba carikan mereka yang lebih pakar supaya dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. 


Sekiranya perlu, cuba dapatkan sesi konsultansi! 


Saya rasa cukup setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


#KitaJagaKita


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (32) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (7) ilmu pelaburan hartanah (15) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (20) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (37) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)