Pendapatan Alternatif Kepada Pengusaha Homestay semasa PKPB Dilaksanakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Ramai Pengusaha Homestay hilang sumber pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ditambah pula dengan tempoh pelaksanaan moratorium yang tamat pada 1 Oktober lalu, cukup memberi kesan kepada pengusaha-pengusaha homestay terutamanya mereka yang menjadikan rumah kepunyaan sendiri sebagai homestay.

Pendapatan Alternatif Kepada Pengusaha Homestay semasa PKPB Dilaksanakan

Sudah tentu menjadi satu dugaan untuk mencukupkan keperluan bayaran komitmen bulanan (pinjaman bank/LPPSA) rumah yang dijadikan sebagai homestay.

"Nak cekau dari mana duit nak bayar pinjaman rumah kalau langsung tiada penyewa?" Pengusaha Homestay

Sebagai salah seorang pengusaha homestay, saya juga turut merasa kesannya.

Selepas tamat Pendemic Covid-19 nanti jemputlah tinggal di ketiga-tiga homestay di atas yer. ;)
Terima kasih

Pendapatan Alternatif Kepada Pengusaha Homestay semasa PKPB Dilaksanakan

"Hidup tetap perlu diteruskan walau Covid-19 melanda di seluruh dunia."

Sebagai pengusaha homestay, pada waktu ini kita perlu usahakan pendapatan alternatif untuk membolehkan kita membayar sekurang-kurangnya pinjaman perumahan kepada pihak bank/LPPSA, untuk mengelakkan rumah kita daripada kena lelong.

Di sini saya senaraikan pendapatan alternatif yang boleh dilaksanakan oleh pengusaha homestay.

1) Berniaga di Shopee

Pada pendapat saya, inilah cara paling mudah nak menjalankan perniagaan dengan kadar segera.

Sumber : Klik Di Sini

Nak jual apa dekat Shopee?

Sebenarnya ada terlalu banyak "barang" yang boleh kita jual dekat Shopee.

Sebagai contoh, sepupu saya seorang engineer yang tinggal dekat Johor Bahru tetapi bekerja di Singapura.

Sepanjang PKP dilaksanakan pada bulan Mac lalu, beliau tidak dapat nak masuk ke Singapura untuk bekerja di sana.

Jadi, apa yang dia buat?
Dia buka satu akaun (kedai) dekat Shopee yang menjual ikan Bilis dari Sabah.

Pada setiap hari oder yang diterima antara 50 sehingga melebihi 100 bungkusan sehari.

Beginilah keadaan di rumah sepupu saya setiap hari bersama dengan ikan-ikan bilisnya

Sehingga ada masanya beliau tak menang tangan hendak membungkus ikan bilis tersebut.

Sekarang ni setiap kali ambil stok ikan bilis dari Sabah (melalui pos) main ratus-ratus KG. Itupun sekejap sahaja dah habis.

Siapa sangka, jual ikan bilis sahaja pun boleh laku keras dekat Shopee. UnExpected pada mulanya. 
Tapi hari ini sepupu saya berasa lega sebab dengan hasil jualan ikan bilis tersebut telah dapat membantu beliau menampung keperluan hidup beliau sekeluarga.


Contoh hasil jualan peniaga lain di Shopee

Pada pendapat saya, kalau dapat 50 oder sehari pun sudah mencukupi. Kalau setiap oder boleh memberi keuntungan RM10 darab dengan 50 dah boleh dapat RM500 sehari. Tapi, kalau boleh dapat lebih banyak daripada itu, ia dah dikira sebagai bonus.

Sebagai pengusaha homestay, mungkin anda boleh jual Bantal Hotel Hilton yang Gebu gebas tu...

Bantal Hotel Hilton yang Gebu gebas

Ramai orang berminat untuk mendapatkan bantal ni...

Ada ramai seller jual bantal ni dekat Shopee. Terlalu ramai!
Dan lihat hasil jualan mereka. Ada yang dah berjaya jual bantal ni melebihi 20 ribu unit.

Jualan Bantal Hotel Hilton dekat Shopee

Harga "pasaran Malaysia" bantal ini semasa mula-mula keluar dulu sekitar RM25-RM49. Boleh semak dekat sini (klik Di Sini)

Masa tu belum banyak saingan lagi. Rata-rata peniaga di Shopee jual pada harga tersebut.

Harga "pasaran Malaysia" dekat Shopee sekarang dalam RM17.00 sahaja untuk sebuah bantal.



Harga Sebenar Bantal Hotel Hilton ni kalau order secara direct dari negara China melalui laman web 1688.com, dalam RM11 sahaja (16.5 yuan) seunit.

Tambah kos shipping dalam RM7 seunit. Jadi, jumlah keseluruhan kos untuk mendapatkan seunit Bantal Hotel Hilton ini ialah RM18 sahaja.

Sumber : 1688.com

Itu harga untuk pembelian dalam kuantiti yang sedikit. Tapi kalau nak dapat harga yang lebih murah, kenalah beli secara borong. 

Disebabkan sekarang ni dah ramai peniaga-peniaga di Shopee membeli secara borong dari negara China, harga bantal yang dijual dekat Shopee pun dah jadi semakin murah. Jadi, kalau setakat nak beli dalam seunit dua, lebih berbaloi beli dekat Shopee berbanding beli dari China.

Selain Bantal Hotel Hilton ni, ada banyak lagi barang lain yang sesuai untuk dijual di Shopee. Sekiranya anda tak ada modal nak dapatkan stok terlebih dahulu, anda tak perlu risau. Anda boleh mula berniaga di Shopee secara Dropship.

Ada 20,000 jenis barang yang boleh dijual secara Dropship di Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh Baca Di Sini


2) Jadi Ejen Affiliate di Platform Klikjer

Cara yang kedua ialah dengan menjadi ejen affiliate di platform Klikjer.com dan dapat komisyen sehingga 60% atau 70% perjualan.

Setakat ini dah beberapa kali saya pernah menulis artikel tentang Klikjer.com ini. Sekiranya anda berminat nak baca, boleh klik pada pautan-pautan di bawah:

Di Bawah ini merupakan contoh komisyen yang saya perolehi melalui hasil jualan satu unit produk. RM82.50 untuk satu unit produk! Banyak tak?

Sumber : Klikjer.com


Di Laman web Klikjer.com ada banyak produk yang boleh anda promote. 

Daftar secara Percuma -> Dapatkan link affiliate -> Promote link affiliate anda -> Buat Jualan -> Dapat Komisyen

Ramai ejen affiliate Klikjer yang dah berjaya mendapat komisyen. Ada ejen yang pernah dapat komisyen 5 angka sebulan. Ramai ejen yang dah berjaya dapat 3 angka dan 4 angka sebulan.

Jadi, terpulang kepada hasil usaha masing-masing. Nak dapat banyak komisyen, kenalah rajin.


3) Buat Video di Youtube

Buat Video di Youtube terbukti boleh memberikan hasil pendapatan yang lumayan. Sebagai contoh, boleh baca beberapa artikel yang terdapat dalam senarai link di bawah:

Cuma nak buat duit di Youtube tidak mungkin dapat dicapai dalam sekelip mata. Contohnya hari ni kita buat video, esok kita terus dapat duit. Bukan semudah itu kawan. Perlukan masa, komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi.

Sebagai contoh, saya juga telah mula buat beberapa video di youtube. Tapi disebabkan masih belum mencapai syarat yang ditetapkan oleh Youtube, maka sehingga sekarang saya masih belum berjaya menghasilkan sebarang pendapatan.

Walaubagaimanapun, saya terus juga hasilkan video demi video antaranya seperti berikut:
Video Awas Scammer Homestay semakin berleluasa!


Video Koleksi Kereta Lumba Hot Wheels

Video Apa yang saya Beli Di Shopee Sempena Jualan Murah 11.11? (Episod 2)

Video Koleksi Watak Komik One Piece, Dragon Ball, Naruto dan Lego

Video Adam Buat Magic

Video-video yang saya hasilkan kebanyakannya masih lagi berada pada tahap amatur. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Jadi, saya redha sekiranya perlu menunggu lebih lama untuk menghasilkan pendapatan dari Youtube.

Sekurang-kurangnya saya sudah bermula. Anda bila lagi?


4) Laburkan Wang Anda Kepada Diri Sendiri Untuk Meningkatkan Ilmu


Dalam Buku Nota Jutawan, Nota Kewangan tulisan Jutawan Irfan Khairi ada menyatakan dalam Nota 64: "Tempat terbaik dan terhangat dipasaran untuk melabur sebanyak RM1,000, RM5,000, RM10,000 untuk mendapatkan pulangan yang maksimum ialah laburkan pada diri anda sendiri." 


Sumber : Klik Di Sini

"Gunakan wang RM1,000, RM5,000 atau RM10,000 untuk meningkatkan ilmu anda bagi mencari pendapatan yang lebih!" Irfan Khairi

Menurut beliau, dengan wang sebanyak itu sekiranya kita laburkan ke dalam institusi kewangan, kita cuma akan dapat pulangan mungkin dalam 10%-12% sahaja. Tetapi, jika kita gunakan wang tersebut untuk belajar ilmu melabur/bidang perniagaan kita boleh dapat pulangan antara 100%-200%.

Mana yang lebih tinggi keuntungannya?

Sudah tentulah pelaburan ke atas ilmu.

Disebabkan itu pelaburan ke atas ilmu ini sangat penting dalam keadaan negara kita dilanda Pendemic Covid-19 ini. Mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu, In Shaa Allah, masih boleh terus survive dalam situasi ini. 

Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga dapat memberi manfaat.


 

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (32) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (7) ilmu pelaburan hartanah (15) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (20) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (37) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)