Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kali ni saya nak kongsikan satu lagi real Case Study tentang pembelian Rumah Lelong di Ayer Keroh Melaka.
Rumah Teres Corner Lot yang dimenangi oleh salah seorang Student Sifu Rumah Lelong secara Single Bidder di High Court Melaka pada harga rezab RM190 ribu sahaja.
Baca juga kisah jualan rumah-rumah lelong terkini LPPSA pada 28 November yang lalu:
Rumah Teres Corner Lot Di Ayer Keroh Melaka Pada Harga RM190 Ribu |
Dalam membeli rumah lelong ni boleh diumpamakan seperti:
"Tuah Ayam Nampak di kaki, tuah pembida lelong tiada siapa yang tahu"
Menang atau kalah merupakan adat dalam dunia lelongan.
Ada masa boleh menang Single Bid pada harga Reserve Price, tiada persaingan.
Ada masa pula terpaksa bersaing dengan ramai pembida. Sekiranya kita berhadapan dengan situasi ini sangat bahaya! Kalau tak dapat nak kawal emosi, boleh menyebabkan kita mengalami kerugian sekiranya kita terlebih bida sehingga menang pada harga yang melebihi daripada harga pasaran (Market Value).
Alhamdulillah.. Untuk Rumah Teres Corner Lot kali ni di menangi secara Single Bidder sahaja pada harga rezab RM190 ribu.
Market value rumah ini dalam harga RM300 ribu. Waktu beli rumah sahaja dah dapat Untung RM120 ribu dalam tangan (Untung 40% daripada Market Value).
Bila dapat peluang beli rumah murah, Corner Lot pula tu dah tentu boleh manfaatkan baki duit yang ada untuk buat renovation.
Alang-alang nak buat renovation dan pembaikan rumah, terus beliau korek tanah di sebelah rumah untuk buat swimming pool.
ini lah hasil progress renovation yang sedang dilakukan pada ketika ini:
Renovation pada dinding rumah dengan memasang Downlight |
Sudut ini akan jadi lebih menarik bila dah siap nanti |
View Swimming Pool dari luar dan Renovation pada pagar rumah |
Pembaikan kecil dan renovation dalam rumah |
Memang berbaloi dapat beli rumah teres Corner secara Lelong pada harga RM190 ribu. Sekali renovate siap dengan swimming pool mungkin jumlah semua sekali dalam RM300 ribu.
Kos yang hampir sama dengan harga beli rumah teres corner Lot baru di kawasan ini.
Bila rumah ni dah ada swimming pool nanti lengkap dengan kemudahan-kemudahan lain, boleh di sewakan secara harian sebagai sebuah Homestay.
Dekat Ayer Keroh ni merupakan kawasan tumpuan pelancong. Setiap pelancong yang datang ke Melaka sekarang ni "demand" nak cari homestay yang ada swimming pool sebagai pilihan utama.
Bila homestay-homestay yang ada swimming Pool dah "fully booked", baru mereka cari homestay-homestay yang lain sebagai pilihan kedua. Inilah demand orang pergi bercuti bersama keluarga pada zaman sekarang ni. Dah alang-alang pergi bercuti, mereka nakkan kepuasan dan kegembiraan bersama keluarga.
Dapat sesuatu dalam perkongsian pada kali ini?
Sekiranya adan rasakan maklumat yang disampaikan bermanfaat, boleh kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda.
Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang listing rumah lelong dan cara-cara nak beli rumah lelong, anda boleh layari laman web Sifu Rumah lelong menerusi link berikut -> https://ezy.la/RumahLelong
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan:
- Sekitar Berlangsungnya Jualan Rumah Lelong LPPSA Pada 28 November 2020
- Kenapa Keadaan Dalam Rumah Lelong Ni Tak Sama Seperti Yang DiSangka?
- Boleh Dapat Ke Rumah Murah Bawah Harga RM50 Ribu?
- Real Case Studey : Rumah Di Tiara Imperio Residence Bangi Akan Di Lelong Bermula Pada Harga RM144,400
- Sebanyak 257 Buah Hartanah Akan Dilelong Oleh LPPSA Pada 28 November 2020
- Menang Rumah Lelong RM117 Ribu Dan Jadi Homestay Di Cameron Highland Pahang
- Property Di Gold Coast Morib International Resort RM150K Dan Bukit Gambang Resort RM162K
- High End Condo Di Bawah Harga Pasaran (72.86% Lebih Murah Daripada Harga Asal)
- Lambakan Rumah Lelong Dalam Pasaran Semasa...
- Rahsia Kawan Saya Beli 3 Buah rumah Dalam Tempoh Tak Sampai 1 Tahun
- Real Case Study : Beli Rumah Murah 63.32% Di Bawah Harga Pasaran
- Pengajaran kepada kita Akibat Membeli Rumah di Luar Kemampuan...
- Modal Beli Hartanah dan Buat Homestay Di Langkawi Tak sampai RM11 Ribu
- Jutawan Homestay Idola : Untung RM490 Ribu pada 28 Julai 2020
- Contoh Senarai Rumah Yang Akan DiLelong Oleh Pihak LPPSA Pada 15 Ogos 2020
- Peluang Nak Beli Rumah Bawah Harga RM150 Ribu Di KL
- Boleh Beli Banglo Secara Tunai Setiap Bulan dengan Pendapatan Melalui Youtube
- Bermula 1 Oktober 2020 Dah Kena Bayar Semula Semua Pinjaman Bank. Apa Exit Plan Anda?