Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Memiliki sebuah swimming pool di rumah sendiri atau homestay merupakan impian bagi sesetengah orang. Tapi, untuk membina sebuah swimming pool bukanlah satu perkara yang mudah..
|
Membina Swimming Pool Di rumah kediaman atau homestay |
Sebelum ini ada rakan saya yang telah membina swimming pool di rumah beliau, tapi kualiti Swimming Pool yang dihasilkan tidak memuaskan. Setakat nak buat mandi-manda tu memang bolehlah. Tapi dari segi "Finishing" tidak memenuhi seperti yang diharapkan dan bila nak buat penyelenggaraan terhadap Swimming Pool tersebut nampak agak sukar untuk dilakukan.
Inilah antara perkara yang menakutkan ramai orang sebelum membuat keputusan untuk membina swimming pool di rumah kediaman atau homestay. Maklumlah modal yang nak dikeluarkan untuk membina sebuah swimming pool ini bukan sedikit. Mungkin menelan belanja antara RM30 ribu hingga RM40 ribu bergantung kepada spesifikasi dan keluasan swimming pool.
Apa perasaan anda, bila dah keluar modal sebanyak itu tapi hasilnya sangat tidak memuaskan? Tentu rasa tidak berbaloi dengan modal besar yang telah dikeluarkan.
Contoh Swimming Pool yang pernah saya kunjungi di tempat percutian tapi tidak di selenggara dengan betul
Semasa saya dan isteri mengambil keputusan untuk menjadikan rumah yang kami beli sebagai Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak, sebenarnya saya pernah buat survey dalam group penduduk Seri Iskandar untuk mencari kontraktor yang boleh buat swimming pool untuk homestay kami. |
Pernah bercadang untuk membina swimming Pool di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak |
KONTRAKTOR TAHI KUCING!!
Masa tu adalah hamba Allah ni kata dia kontraktor berdaftar. Pernah menyiapkan bermacam-macam projek pembinaan. Bila dia sebut projek-projek tu macam gempak sahaja bunyinya. Salah satunya termasuk ada pengalaman membina swimming pool. WOW!!
Kebetulan pada masa tu bulan Ramadhan, dan kami bercadang untuk memulakan Homestay pada 1 Syawal. Masalah kami pada masa itu ialah rumah kami ada banyak cermin tingkap dan 3 sliding door. Ada banyak langsir yang perlu di pasang. Langsir yang kami tempah sudah pun siap. Cuma masalahnya ialah kami tiada tangga dan penebuk lubang untuk menggantung langsir-langsir tersebut.
|
Langsir-langsir yang di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak |
Jadi, bila dapat berkenalan dengan seorang "kontraktor" dalam group penduduk Seri Iskandar Perak ni memang bagus sangatlah. Jadi, saya upah beliau untuk menebuk lubang bagi menggantung langsir-langsir ini. Kebetulan dia datang bersama 2 orang pembantu.
|
Langsir-langsir yang di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak |
Sementara menunggu pembantu beliau siapkan kerja, kami bersembang tentang cadangan untuk membina Swimming pool di homestay kami. Sambil-sambil tu saya pantau juga kerja-kerja mereka.
Perkara yang paling mengecewakan saya pada ketika itu ialah, mereka kata skru yang dibekalkan oleh supplier untuk memasang kayu penggantung langsir ni terlalu besar dan panjang. Sedangkan itulah skru yang didatangkan satu set bersama dengan kayu penggantung langsir tersebut.
Lalu mereka tukar dengan skru yang lebih kecil dan lebih pendek. Mereka kata inilah skru standard yang biasa mereka gunakan untuk melekatkan kayu penggantung langsir. Walaupun saya dan isteri rasa tidak puas hati, tapi disebabkan mereka bertiga bersungguh-sungguh mengatakan perkara yang sama, lalu kami akur dengan kehendak mereka.
Selang 2 minggu selepas itu, terdapat langsir di homestay kami yang sudah tercabut. Dan ada beberapa langsir lagi yang menunjukkan tanda-tanda nak tercabut. Dahlah bayar mahal. Tapi hasil kerja langsung tidak memuaskan. Baru bagi kerja pasang langsir sahaja kot! Belum lagi bagi kerja suruh buat swimming pool.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya telah meminta bantuan adik ipar saya tolong selesaikan. Kebetulan dia balik kampung semasa raya. Jadi, dia tukar balik kesemua skru-skru kecil dan pendek tersebut kepada skru-skru besar dan panjang yang didatangkan satu set sebelum ini bersama dengan kayu penggantung langsir. Selesai masalah.
Pengajaran yang kami perolehi pada ketika itu ialah, jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja yang mengaku mereka adalah kontraktor. terutamanya kepada orang yang baru pertama kali kita kenali dan tak tahu latarbelakang mereka.
Jadi, untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali, kami lupakan sahaja hasrat untuk membina swimming pool di homestay tersebut. Lebih baik fikir benda lain yang dapat memberi lebih manfaat. Itu cerita 5 tahun yang lalu.
|
Swimming Pool Yang terdapat di Homestay Kontena Melaka kepunyaan tuan Shafie Bustan |
|
Swimming Pool yang terdapat di Ziyad Stellar Guest House Melaka kepunyaan tuan Fairus Mohd Tabiee |
|
Swimming Pool Yang terdapat di Villa Redan Homestay kepunyaan tuan Shafie Bustan |
|
Bila melihat gambar-gambar homestay berserta swimming Pool kepunyaan mereka, menyebabkan saya turut rasa teruja untuk memiliki swimming pool di homestay sendiri pada satu hari nanti. Lebih tepat lagi di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Tapi, untuk membina swimming pool seperti itu perlu ada rujukan yang boleh dijadikan sebagai panduan. Mujur tuan Fairus Mohd Tabiee ada kongsikan gambar-gambar semasa beliau membina swimming pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka.
|
Gambar-gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka |
|
Gambar-gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka |
|
|
Gambar-gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka |
|
Alhamdulillah.. Melalui gambar-gambar yang dikongsikan secara tidak langsung dapat memberi gambaran kepada kita bagaimana kerja-kerja yang sepatutnya pihak kontraktor lakukan untuk membina swimming pool di rumah kediaman ataupun homestay.
Tidaklah nanti pisang berbuah 2 kali.. Seperti pengalaman saya skru panjang ditukar kepada skru pendek.
Sampai bila-bila pun saya akan ingat pengalaman tersebut.
Saya berharap semoga kami tidak tersalah memilih kontraktor lagi selepas ini untuk apa juga perancangan projek pembangunan homestay kami pada masa akan datang.
Gambar-gambar Swimming Pool di Villa Redan Homestay
Gambar-gambar Swimming Pool di Homestay Kontena Melaka
Gambar-gambar Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Antara masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik swimming pool di rumah kediaman atau homestay ialah:
- Berlaku kebocoran pada sambungan konkrit antara lantai dan dinding
- Berlaku kebocoran pada paip air atau paip pecah
- Air dalam swimming pool cepat keruh/kotor
- Swimming Pool cepat berlumut atau berkulat
- Swimming Pool tidak diselenggara dengan baik
- Risiko terhadap kerosakan pada pam
- dan sebagainya
Alhamdulillah.. Punca-punca terhadap masalah di atas telah dapat dikenalpasti dan diatasi oleh tuan Fairus Mohd Tabiee semasa beliau membina swimming pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka.
Memandangkan info-info tersebut sangat penting dan boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan kepada sesiapa sahaja yang bercadang untuk membina Swimming Pool pada masa akan datang. Jadi, beliau telah mendokumenkan semua langkah-langkah tersebut dalam sebuah ebook. Maka terhasillah Panduan Bina Swimming Pool Di Rumah.
|
Ebook Panduan Bina Swimming Pool Di Rumah Sumber : Klik Di Sini |
Untuk makluman anda, Panduan Bina Swimming Pool di rumah merupakan panduan pertama seumpamanya yang di tulis dalam Bahasa Melayu. Tahniah diucapkan kepada tuan Fairus Mohd Tabiee di atas hasil penulisan ini.
Sebelum ini, tuan Shafie Bustan pernah mengeluarkan ebook tentang Tips Penjagaan Swimming Pool juga ditulis dalam Bahasa Melayu.
|
ebook Tips Penjagaan Swimming Pool |
Dengan adanya kedua-dua panduan berkaitan dengan Swimming Pool yang ditulis dalam bahasa Melayu ini, akan dapat menjadikan kerja-kerja membina dan menjaga swimming pool di rumah sendiri atau homestay lebih mudah. Terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal berkaitan dengan kejuruteraan pembinaan seperti saya.
Sekurang-kurangnya dengan adanya panduan ini akan dapat membantu kita membuat pemantauan terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor.
Ingat! Bukan semua kontraktor bersikap jujur.
Kemungkinan ada kontraktor yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan kita yang tidak tahu proses-proses kerja dengan betul seperti yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi, dengan adanya panduan ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan peratus kebarangkalian untuk kita "ditipu" oleh kontraktor.
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan: