Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semenjak PKP dilaksanakan ramai orang tidak boleh merentas negeri atau daerah. Lagikan nak pergi melancong ke luar negara.
Bagi mereka yang dah biasa pergi bercuti ke luar negara samada setahun sekali atau setahun 2 kali, pasti akan rasa terkesan apabila buat kali pertama tidak boleh melawat ke mana-mana negara termasuk menunaikan Haji atau Umrah di tanah suci Mekah.
Apabila sebut tentang Haji dan Umrah di tanah suci Mekah, sebenarnya kehadiran kita ke sana sebagai tetamu Allah S.W.T. Dengan izin Allah S.W.T seseorang boleh sampai ke sana melalui bermacam-macam cara.
Walaupun kita biasa dengar halangan ramai orang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah ialah kerana duit dalam simpanan tabung haji tidak mencukupi.
Tapi pernah tak anda dengar, ada orang miskin yang tiada wang simpanan tiba-tiba dapat menjejakkan kaki ke sana dengan tajaan pihak-pihak tertentu.
Ada pula orang lain tiba-tiba dapat menunaikan umrah selepas memenangi hadiah berupa pakej menunaikan umrah yang dianjurkan oleh syarikat atau persatuan.
Ada orang yang sepatutnya giliran untuk menunaikan haji lambat lagi. Tapi disebabkan emak atau ayah mereka dapat giliran menunaikan haji dan perlukan waris untuk menjaga mereka ketika di sana, dengan Izin Allah S.W.T nama mereka termasuk dalam senarai tersebut.
Tidak mustahil kesemua itu boleh berlaku dengan izin Allah S.W.T., walaupun pada asalnya mungkin kita tidak mempunyai wang ringgit yang mencukupi untuk menampung kos kita ke sana.
Inilah salah satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan dalam post pada kali ini.. Tentang kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya menaiki basikal
Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya menaiki basikal |
Niat asal Ahmad untuk mengembara solo ke Eropah berubah menjadi pengembaraan 'honeymoon' bersama Adilah untuk mengenali hati budi masing-masing menuju Mekah, sebelum menuju ke Eropah.
Adilah nekad mengikut suaminya ke Mekah, dan Ahmad pula nekad meletakkan jawatan sebagai seorang Arkitek, keluar dari rumah sewa, jual kereta dan mulakan pengembaraan.
Kisah Penggembaraan luar biasa mereka pernah mendapat liputan akhbar dan kini diabadikan dalam 2 buah novel bersiri |
Dalam tempoh 15 bulan tersebut, banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Antaranya Ustazah Adilah dimasukkan ke ICU di Pakistan selama 3 hari, Ahmad menerima 5 jahitan di mata semasa di Iran, mereka ditahan tentera bersenjata selama 3 hari di Pakistan, Mereka hampir diculik di Afghanistan dan lain-lain.
Kesemua kisah dan pengalaman tersebut ada diceriatakan dalam novel bersiri bertajuk : Ustazah Basikal Nekad Ke Mekah (Klik Di Sini)
Contoh Pengalaman Mereka Semasa Berada Di Myanmar juga ada diceritakan dalam novel Ustazah Basikal Nekad Ke Mekah (Klik Di Sini) |
Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Di dalam setiap kesusahan, Allah hadirkan "MAGIC" (kuasa Allah) setiap hari kepada mereka.
Diantara "MAGIC" yang Allah S.W.T tunjukkan ialah Ahmad & Ustazah Adilah adalah manusia biasa dan bukan seorang atlet. Tapi dengan izin Allah S.W.T, mereka boleh mengayuh basikal sejauh beribu kilometer merentasi 13 buah negara untuk sampai ke Mekah.
Video Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan menaiki basikal
Kali pertama mendengar kisah pengembaraan mereka, Saya rasa "gila betul diorang nie".
"YA GILA!!"
"Isteri yang tidak pernah berbasikal dibawa keliling dunia untuk sampai ke Mekah. Seorang Ustazah pula tu! Kalau Ustazah Adilah merupakan seorang atlet, mungkin saya masih boleh terima lagi"
Istimewanya, kisah pengembaraan ini ialah tuhan sentiasa bersama mereka. Bila niat mereka betul, Allah S.W.T permudahkan segala urusan mereka.
Dalam tempoh pengembaraan tersebut, telah memberi peluang untuk melihat sendiri setiap keagunggan dan keindahan alam semester ciptaan Allah S.W.T. Pastinya lebih nikmat untuk dihayati dalam setiap kayuhan basikal berbanding sekiranya mereka menaiki kenderaan lain seperti motosikal, kereta, kapal terbang dan sebagainya.
Sekiranya mereka menaiki kenderaan-kenderaan tersebut, mungkin mereka tidak dapat untuk menghayati sepenuhnya pengalaman luar biasa ini sepertimana mereka mengayuh basikal.
Kisah ini secara tidak langsung telah dapat memberi motivasi kepada diri saya dan juga pembaca semua. Ia merupakan sebuah kisah yang dapat memberi inspirasi kasih sayang seorang lelaki kepada isteri dan juga pengorbanan seorang isteri untuk bersama-sama mencapai impian seorang suami.
Nak tahu dengan lebih mendalam tentang kisah perjalanan mereka, boleh klik pada gambar buku di bawah:
Sumber : Klik Di Sini
- Bisnes Travel Terjejas Akibat Covid-19! Apa Yang Beliau Lakukan Untuk Bayar Gaji Pekerja?
- PKP Dilanjutkan Lagi? Pengusaha Homestay Ini Hanya Mampu Menonton Video Homestay Masing-Masing Sebagai Pengubat Rindu
- 3 Jenis PKP Yang Perlu Diberi Perhatian!
- Apa Yang Telah Dilakukan Oleh 3 Pengusaha Homestay Ini Apabila PKP 2.0 Dilanjutkan??...
- PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TELAH MENGGUNAKAN GAMBAR USTAZ-USTAZAH UNTUK MENGABURI MANGSA
- Jika PKP Dilaksanakan Semula Lagi Banyak Perniagaan 'Gulung Tikar" Dan Semakin Ramai Yang Hilang Pekerjaan.
- Bagaimana Mereka Boleh "Mengembara" Ke Seluruh Dunia Sepenuh Masa Tanpa Terikat Dengan Pekerjaan...