Inspirasi : Rekod Jualan Sambal di Shopee melebihi RM1 juta dalam tempoh tak sampai 4 bulan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam post pada kali ini admin nak kongsikan satu kisah yang dapat memberi inspirasi kepada peniaga-peniaga di Shopee.


Kisah tuan Khairul Aming yang pernah gagal sebelum ini, dan kini berjaya menghasilkan jualan melebihi RM1 Juta dengan hanya menjual sambal di Shopee dalam tempoh tak sampai 4 bulan.


Jualan Sambal di Shopee melebihi RM1 juta dalam tempoh lebih 3 bulan
Sambal-sambal yang telah dimasukkan dalam kotak untuk dihantar kepada pelanggan


Siapa sangka beliau berjaya bangkit semula dengan personal branding yang lebih padu dan berjaya menghasilkan jualan yang sangat lumayan. 


Beliau sentiasa improve dari segi pembuatan, packing & penghantaran. Itulah ciri-ciri usahawan yang harus dicontohi dan menjadi inspirasi.


“Selepas 3 bulan lebih Sambal Nyet dijual, alhamdulillah hari ni kita dapat reach sales 1 juta ringgit . I’ve sacrificed a lot to follow this journey, and i wish my dad is still around to see this today."

-Khairul Aming-


Jualan Sambal di Shopee melebihi RM1 juta dalam tempoh lebih 3 bulan
Jualan Sambal di Shopee melebihi RM1 juta dalam tempoh tak sampai 4 bulan


"80% of the revenue ni aku roll balik into the business. Warehouse baru yg 14,000 sqft sudah fully running and now production rate dah naik dari 1,000 botol sehari ke 4,000 botol sehari. InshaAllah we can meet minimum target of 100k bottles per month starting bulan ni"

-Khairul Aming-


Bukan mudah sebenarnya nak mencapai kejayaan sehingga menjadi seorang usahawan berjaya seperti beliau. Tapi tak mustahil sekiranya kita sanggup hadapi apa juga masalah dan cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut.


Jualan Sambal di Shopee melebihi RM1 juta dalam tempoh lebih 3 bulan
Sambal yang dijual dalam balang


Beliau pernah menghadapi masalah dari segi packaging produk sehingga terpaksa membuang 3 ribu botol dalam bulan Februari disebabkan sambal rosak dan basi. Setelah berjaya mengenalpasti permasalahan tersebut, dan terdapat isu di peringkat memasukkan sambal ke dalam botol disebabkan ada seal yang tidak rapat. Alhamdulillah sekarang isu tersebut berjaya diselesaikan selepas mereka menggunakan mesin.


"Dari segi flavor and kepedasan we take note all the comments and cuba improvekan lagi. sekarang sambal di masak lebih lama, especially garlic utk bagi minyak masak infused dgn garlic and bagi lebih aroma. kepedasan juga dinaikkan utk bagi lagi kick.”

- Khairul Aming -


Sumber: @Khairulaming (Twitter)


Semangat keusahawanan yang cekal dan tidak berputus asa seperti yang ditunjukkan oleh tuan Khairul Aming diharap dapat dijadikan sebagai contoh kepada para pembaca blog ini. Terutamanya kepada golongan muda dan kepada mereka yang terkesan sumber pendapatan akibat Covid-19.


Sekiranya anda sedang mencari produk dan rujukan yang sesuai untuk memulakan perniagaan di Shopee, anda boleh klik pada link di bawah:


Sekian sahaja perkongsian admin pada kali ini.

semoga dapat memberi manfaat.


Info Berkaitan: 


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (32) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (7) ilmu pelaburan hartanah (15) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (20) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (37) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)