Reaksi Peniaga Apabila Bazar Ramadhan di Seluruh Negeri Kelantan Di Batalkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Antara isu yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini ialah apabila kerajaan negeri Kelantan mengumumkan Bazar Ramadhan di Seluruh negeri Kelantan Di Batalkan berikutan penularan kes Positive Covid-19 naik mendadak di negeri tersebut.


Bazar Ramadhan di Seluruh negeri kelantan Di Batalkan
Bazar Ramadhan di Seluruh negeri Kelantan Di Batalkan

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin memaklumkan, kemudahan Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan Dan Kuarantin COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar kerajaan negeri demi membendung penularan wabak berkenaan.

Semalam, kes jangkitan harian COVID-19 di Kelantan mencatat 171 kes dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.

Berita TV3 : COVID-19 | Bazar Ramadan & Aidilfitri Dibatal Di Kelantan


Pada masa yang sama, Kelantan juga merekod satu kluster baru iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.


Metro TV : Peniaga bazar Ramadan di Kelantan luah kekecewaan


Seramai 100 peniaga bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad V, di sini, kecewa apabila kerajaan negeri membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan secara drastik di seluruh negeri itu.


Peniaga mendakwa mereka sudah membuat segala persiapan dengan membeli kelengkapan untuk berniaga mulai esok dan kini menanggung kerugian RM5,000 hingga RM10,000 susulan arahan berkenaan.


Peniaga Nor Hidayu Muhamad, yang menjual minuman, kambing bakar dan sotong bakar berkata, dia sudah menghabiskan wang RM10,000 untuk dijadikan modal termasuk membeli bahan mentah.


Namun dia tidak menyangka sebaik menerima berita semalam mengatakan bazar Ramadan di Kelantan tidak dibenarkan beroperasi susulan kes Covid-19 meningkat.


Peniaga Mohd Faisal Yusof, yang menjual roti john berkata, dia kesal dengan tindakan kerajaan negeri apabila membuat keputusan tanpa memikirkan nasib peniaga.


Astro AWANI : Tiada Bazar Ramadan | Sudah beli kelengkapan, peniaga berdepan hutang


Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itu luahan peniaga bazar Ramadan di Kelantan.


Selepas terpaksa menggadai barang kemas dan meminjam untuk membuka perniagaan, mereka kini menanggung hutang pula, apabila kerajaan negeri menarik balik kebenaran berniaga di bazar semalam.


Astro AWANI : Peniaga bazar Ramadan mohon kerajaan Kelantan wujudkan mekanisme online


Peniaga bazar Ramadan di Kelantan buntu selepas penganjuran Bazar Ramadan dibatalkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan.


Golongan Bazar Ramadhan yang terdiri daripada warga emas yang tiada pengalaman berniaga secara online memohon pihak kerajaan supaya membantu mereka menyediakan platform untuk membolehkan mereka berniaga secara online berikutan mereka tidak tahu untuk melaksanakan perkara tersebut.


Marilah kita sama-sama doakan semoga dipermudahkan urusan rakan-rakan kita yang terlibat dalam menjalankan perniagaan Bazar Ramadhan di negeri Kelantan. Semoga Allah S.W.T akan bantu tunjukkan jalan yang terbaik untuk membantu mereka.  

In Shaa Allah... Aamiin..


TOLONG INGATKAN SESAMA KITA


Syukur Alhamdulillah...

Pada tahun ini kita dibenarkan melaksanakan Solat Terawih secara berjemaah di Masjid/Surau Dan Juga Bazar Ramadhan..


Solat Terawih secara berjemaah Dibenarkan dengan mematuhi SOP yang berkuatkuasa dan tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri
Operasi Bazar Ramadan & Idilfitri dibenarkan dengan mematuhi SOP


Tapi, kita harus beringat untuk sama-sama mematuhi SOP supaya tidak ada sebarang kes positive covid19 di kawasan kita..


Jadikan apa yang berlaku di Kelantan sebagai ikhtibar kepada kita semua. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Aamiin


#KitaJagaKita

#KitaMasihBelumMenang


Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) Beli Rumah Lelong (24) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) Ebook Senarai Homestay (3) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Hotel (5) IPOH PERAK (2) Ilmu Kewangan (5) Ilmu hartanah (17) Ilmu pelaburan (7) Ilmu pelaburan saham (3) KWSP (5) LPPSA (15) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) PELABURAN HARTANAH (37) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya homestay (9) Pelaburan (10) Pelaburan Saham (29) Perak (7) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay Melaka (1) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1) Taman Desa Harmoni (1) beli rumah busuk (3) beli rumah pertama (1) ebook percuma (3) ebook rahsia homestay (1) emas (4) hARTANAH (32) harga emas (2) hotel murah (1) ilmu pelaburan hartanah (15) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) lelong (20) pelaburan emas (5) pendapatan pasif (3) rahsia homestay (2) rumah di seri manjung (4) senarai Rumah (2) senarai homestay di Malaysia (8)