Pemilik Asal Rumah Lelong Lambat Keluar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam post kali ini saya nak kongsikan satu lagi cerita tentang hartanah lelong. Siapa yang rajin mengikuti kisah Tuan Shafie Bustan sepanjang terlibat dalam urusan rumah lelong sejak tahun 2006, tentu dah pernah baca kisah-kisah atau situasi seperti ini.


Terdapat bermacam-macam ragam manusia yang beliau terpaksa hadapi sepanjang hampir 15 tahun terlibat dalam bidang ini.. 


Keadaan dalam ruang tamu rumah lelong
Keadaan dalam ruang tamu rumah lelong

"Ada yang ok..

Ada yang tak ok.. 

Ada yang mudah urusannya..

Ada juga yang sukar.."

- Tuan Shafie Bustan -


Membeli rumah lelong, hati memang kena kental. Sememangnya boleh dapat harga lebih murah daripada harga pasaran.

Murah 40% pun ada.. 

Tapi kena ingat, proses yang kita perlu hadapi selepas menang rumah tersebut. 


Keadaan dalam dapur rumah lelong
Keadaan dalam dapur rumah lelong


Sebagai contoh dalam gambar yang saya kongsikan ini merupakan rumah lelong yang berjaya dimenangi oleh salah seorang student beliau.. 

Unit apartment medium kos yang mempunyai keluasan 1000 sqt, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan rumah berstatus Freehold.


Harga menang tak sampai RM200k, Tapi harga pasaran rumah ini dalam RM280K. Kiranya dapat untung beli rumah ni dalam 28% daripada harga pasaran. 


Bila beliau pergi berjumpa dengan pemilik asal rumah lelong ini, boleh pulak dia sembang dari tingkap sahaja.


Pemilik asal minta tempoh dalam berbulan juga untuk mengosongkan rumah tersebut.


Lebih kurang 4 bulan baru dia keluar, itupun selepas 3 kali Tuan Shafie Bustan datang ke rumah tersebut.


Keadaan dalam tandas rumah lelong
Keadaan dalam tandas rumah lelong


Bila tengok balik kenapa pemilik asal sayang nak keluar dari rumah ini, memang dia dah buat renovation.

Cantik dia buat ... 

Toilet dah renovate cantik .. 

Dengan kabinet dapur ... 

Plaster syiling .... 

Semua cantik belaka ... 


Itulah sebab dia rasa sayang nak keluar dari rumah tersebut.

Dah habis puluhan ribu di rumah ini waktu renovate dulu.


Sekarang ini student beliau yang menang rumah lelong ini sewakan rumah ini per bilik saja kepada penyewa yang masih bujang.


Sekarang Full house sudah. Laku keras! Semua bilik dah ada pemyewa.

Pemilik baru rumah ini cuma perlu tambah katil dan perabot sebelum sewakan rumah ini. Untung sangat!!



Ini yang best beli rumah lelong.
Untung sewaktu membeli rumah, kemudian ada rezeki siap dapat rumah yang dah lengkap dengan pengubahsuaian dan perabort.


Dapat rumah tinggal cuci kaki, kemudian tambah sedikit mana yang kurang supaya dapat naikkan sedikit sewa rumah untuk memastikan bakal penyewa rasa gembira dan selesa nak tinggal di rumah tersebut.


Berbeza dengan beli rumah baru, masih banyak lagi kos yang perlu dikeluarkan.


Kalau nak tahu dengan lebih detail lagi kelebihan membeli rumah lelong, boleh baca di sini -> https://yup.la/RumahLelong2021


Semoga bermanfaat..


Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) Beli Rumah Lelong (24) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) Ebook Senarai Homestay (3) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Hotel (5) IPOH PERAK (2) Ilmu Kewangan (5) Ilmu hartanah (17) Ilmu pelaburan (7) Ilmu pelaburan saham (3) KWSP (5) LPPSA (15) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) PELABURAN HARTANAH (37) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya homestay (9) Pelaburan (10) Pelaburan Saham (29) Perak (7) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay Melaka (1) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1) Taman Desa Harmoni (1) beli rumah busuk (3) beli rumah pertama (1) ebook percuma (3) ebook rahsia homestay (1) emas (4) hARTANAH (32) harga emas (2) hotel murah (1) ilmu pelaburan hartanah (15) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) lelong (20) pelaburan emas (5) pendapatan pasif (3) rahsia homestay (2) rumah di seri manjung (4) senarai Rumah (2) senarai homestay di Malaysia (8)