Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sekarang ni harga minyak sawit melambung naik dan telah berjaya mencapai rekod harga tertinggi dalam sejarah iaitu RM4,652 satu tan.
Sekarang ni harga minyak sawit melambung naik dan telah berjaya mencapai rekod harga tertinggi dalam sejarah iaitu RM4,652 satu tan.
Sumber : SinarHarian.com.my
Menurut kenyataan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali:"Harga tertinggi sebelum ini ialah RM4,548.50 setan yang direkodkan pada 5 Mei (Rabu) lalu manakala harga awalan MSM pada Jumaat pula adalah RM4,753 bagi satu tan."Sumber : SinarHarian.com.my
Di bawah ini merupakan rekod harga tertinggi Minyak Sawit Mentah sejak Mac 2021 sehingga 6 Mei 2021 (Khamis) lalu.
- RM4,247.50 (15 Mac 2021)
- RM4,270.00 (9 April 2021)
- RM4,306.50 (21 April 2021)
- RM4,376.50 (22 April 2021)
- RM4,428.50 (23 April 2021)
- RM4,502.00 (3 Mei 2021)
- RM4,525.50 (4 Mei 2021)
- RM4,548.50 (5 Mei 2021)
- RM4,652.00 (6 Mei 2021)
Menurut Mohd Khairuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus:"Buat pertama kali dalam sejarah juga harga buah tandan segar sawit di ladang melebihi RM1,000 pertan metrik. Moga tersenyumlah para peneroka dan pekebun kecil di kampung”Sumber : SinarHarian.com.my
Berikut pula merupakan sebahagian komen daripada peneroka dan anak-anak peneroka berkaitan dengan kenaikan harga Minyak Sawit mentah.
"Bulan2 peneroka skrg hidup senang. Ayah saya umur 70.. Monthly RM4000 dlm tangan"- Ogy Ayob Mummy Uddin-
"Alhamdulillah.. Saya salah seorang pekebun kecil kelapa sawit.. Ada ketika harga berlegar 250 ke 350 setan.. Agak lama juga.. Ketika ini hampir putus asa apa yg diperolehi.. Tolak kos potong buah, lori, baja, senggara ladang.. Hasilnya agak2 cukup makan.. Dgn harga bts (buah tandan segar) di ladang hari ini 900 setan, syukur sangat2"- Malek Zen-
Betul! Rezeki peneroka sempena perayaan aidilfitri pada tahun ini.
Pekebun kecil yang biasa dapat hasil 4 tan sebulan boleh dapat hasil dalam RM3600.00 berbanding RM1000 hingga RM1400 sebelum ini semasa pada harga RM250 hingga RM350 setan.
Peningkatan harga sehingga 4 kali ganda. Syukur Alhamdulillah..
"ayah saya 77, bulan lepas 10k bersih. Tanam sendiri bukan serah Felda. Bulan sebelumnya 8k"- Yatt Adnan-
Bagi peneroka Felda yang mempunyai tanah seluas 10 ekar, boleh dapat untung bersih sehingga RM10 ribu sebulan.
Semoga para peneroka dan anak peneroka yang terlibat boleh gunakan rezeki pada kali ini dengan sebaiknya. Gunakan wang lebihan tersebut dengan cermat! Guna mengikut keperluan sahaja, yang selebihnya dijadikan sebagai simpanan atau dilaburkan ke platform yang boleh memberikan keuntungan.
Peluang Semua Orang Boleh Mendapat Manfaat Melalui Kesan Kenaikan Harga Minyak sawit
Selain daripada penerokan dan anak peneroka, sebenarnya kita juga boleh mendapat manfaat kesan daripada kenaikan harga minyak sawit ini iaitu dengan cara membuat pelaburan saham dengan membeli saham FCPO (Future Cruide Palm Oil).
Sebagai contoh, boleh tengok dalam carta di bawah:
Sumber : Klik DI Sini
Pelabur saham FCPO (Future Cruide Palm Oil) ini berjaya mendapat keuntungan sebanyak 147 point sehari bersamaan dengan RM3625 sehari (147XRM25) pada ketika rekod keputusan ini diperolehi.
FCPO merupakan Kontrak Niaga Masa Hadapan Minyak Sawit Mentah yang didagangkan oleh BMD (Bursa Malaysia Derivatives) dalam RM (Ringgit Malaysia)
Walaupun tiada duit nak beli tanah tanah dan tiada modal untuk terlibat dalam penanam pokok kelapa sawit, tapi semua orang masih boleh menikmati keuntungan kenaikan harga minyak sawit iaitu melalui pelaburan saham.
Ya! Harga tanah sekarang ni bukan murah kalau tiba-tiba rasa nak beli tanah sebab nak tanam pokok sawit.
Lepas dah beli tanah, nak kena beli anak-anak pokok sawit. Kos Lagi!
Sementara menunggu pokok-pokok sawit membesar sehingga boleh dituai, harga minyak sawit dah berubah-ubah masa tu. Kemungkinan harga minyak sawit dah tak semahal ini.
Jadi, nak mudah dapat untung, beli dan jual sahaja saham-saham berkaitan industri ini iaitu dengan membuat pelaburan saham FCPO (Future Cruide Palm Oil).
Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang cara melabur saham, saya syorkan anda belajar guru-guru tersebut:
1) Dr Zul Izzi Nordin
2) Shafie Bustan
3) Abang Ensem
Mereka bertiga dah lama terlibat dalam bidang pelaburan Saham.
Ilmu-ilmu dan kepakaran mereka telah dapat membantu ramai orang mendapatkan keuntungan melalui pelaburan saham.
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan:
- 3 Pekerjaan Yang Ramai Orang Lakukan Sejak Covid-19 Masuk Ke Malaysia
- Inspirasi : Rekod Jualan Sambal Di Shopee Melebihi RM1 Juta Dalam Tempoh Tak Sampai 4 Bulan.
- Bagaimana Mereka Boleh "Mengembara" Ke Seluruh Dunia Sepenuh Masa Tanpa Terikat Dengan Pekerjaan...
- Inspirasi : Peniaga Ini Dah Capai Jualan Melebihi RM1.6 Juta Di Shopee Sepanjang Tahun 2020
- Peluang Untuk Mendapatkan Keuntungan Melalui Kenaikan Harga Minyak Sawit.
- Harga Emas Jatuh, Harga Minyak Naik, Harga SAHAM???
- Pulangan Pelaburan Tabung Haji, ASB Dan KWSP Pada Tahun 2020
- Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay Dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?
- Kerja Dari Rumah Sebenar yang Boleh Dilaksanakan dalam Tempoh PKP (Fasa 3)
- Lubuk Baru Borong Barang Murah Dari China : Harga Lebih Murah Daripada Taobao, Alibaba, dan 1688
- Panduan Berniaga Shopee dari rumah
- Macamana Nak Beli Rumah Kalau Tak Ada Duit??
- 3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!