Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam 2 post sebelum ini saya ada kongsikan tentang pengaruh Amerika Syarikat (US) ke atas ekonomi dunia yang melibatkan beberapa perkara seperti minyak, emas, saham, Soy Bean Oil, FCPO dan lain-lain.
Sekiranya anda ketinggalan membaca info-info tersebut, boleh baca di sini:
Merujuk kepada gambar di bawah, pertukaran wang Ringgit Malaysia kepada US Dolar pada 22 Jun 2021 ialah RM4.15 untuk 1 US Dollar. Dan nilai US 1 Dollar berlegar di atas nilai RM4.10 dalam tempoh yang sangat lama dan dilihat semakin meningkat semenjak 12 Jun 2021.
Pertukaran nilai 1 US Dollar (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM), Sumber : Carian Google |
Ini menunjukkan nilai USD sangat kukuh dan beruntung sesiapa yang boleh menghasilkan pendapatan dalam USD dalam tempoh PKP3.0 ini.
Macamana kita nak hasilkan pendapatan dalam USD semasa dalam tempoh PKP3.0 ini. Kita bukan boleh merentas negeri atau negara?
Nak hasilkan pendapatan dalam USD, tak memerlukan kita pergi ke luar negara. Duduk di Malaysia pun boleh hasilkan pendapatan dalam USD.
Berikut pula saya kongsikan 5 Cara Hasilkan Pendapatan Dalam USD Yang Ramai Orang Buat Semasa PKP3.0
5 Cara Hasilkan Pendapatan Dalam USD Yang Ramai Orang Buat Semasa PKP3.0
1) Jual gambar di internet
Hampir setiap hari kita ada mengambil gambar dengan menggunakan smartphone kita.
Sekali ambil gambar bukan sikit! Kadang tu dalam sehari adalah berpuluh-puluh keping gambar.
Tapi sayangnya, kebanyakan gambar-gambar tersebut tersimpan dalam ruang penyimpanan smart phone anda sebagai kenang-kenangan dan sebagai rujukan di kemudian hari.
Tahukah anda, sebahagian daripada gambar-gambar yang terdapat dalam smartphone anda boleh dijual diinternet untuk menghasilkan pendapatan dalam USD?
Sebagai contoh, boleh tengok gambar Limau dan Apple Hijau di bawah..
Gambar Apple hijau dan limau di pasar ChowKit, KL, Malaysia telah berjaya di jual di internet, Sumber : https://www.snap.my |
Gambar Apple hijau dan limau ini diambil di pasar ChowKit, KL, Malaysia. Pemilik gambar ini telah menjual gambar ini diinternet. Hasilnya gambar ini telah dimuat turun (dijual) sebanyak 32 kali dengan hasil jualan yang diperolehi setakat ini sebanyak USD12.37.
Gambar Pemandangan tasik di Istana Budaya, Sumber : https://www.snap.my |
Gambar Pemandangan tasik di Istana Budaya ini diambil semasa sedang berjoging. Pemilik gambar ini telah menjual gambar ini diinternet. Hasilnya gambar ini telah dimuat turun (dijual) sebanyak 18 kali dengan hasil jualan yang diperolehi setakat ini sebanyak USD15.07.
Berikut pula merupakan sebahagian testimoni mereka yang telah berjaya menjual gambar di internet dan menghasilkan pendapatan dalam USD.
|
|
|
Sekiranya dalam telefon anda sekarang ada lebih dari 1,000 keping gambar, ada baiknya anda belajar ilmu jual gambar. Gambar yang diambil dengan menggunakan smartphone pun ada orang yang berminat nak beli dalam USD.
Daripada memberatkan smartphone dan hard disk, baiklah dijual.
Sekiranya anda memerlukan ilmu dalam bidang fotografi, saya syorkan anda mempelajari ilmu tersebut di Saiful Nang Akademi Photoghraphy menerusi laman web berikut:
2) Tulis Blog dan hasilkan pendapatan USD melalui pengiklanan Adsanse
Ini merupakan salah satu pendapatan dalam USD saya sekarang ini seperti yang dapat anda lihat sendiri di blog ini.
Cuba anda perhatikan berapa banyak iklan yang sedang menari-nari di blog saya?
Untuk makluman anda, iklan-iklan tersebut sebahagian besar bukan saya yang letak. Tetapi ianya dimasukkan secara automatik oleh pihak google dalam program pengiklanan mereka iaitu Adsanse.
Saya hanya perlu memohon untuk menyertai program pengiklanan mereka. Kemudian apabila permohonan saya diluluskan, mereka berikan saya satu kod untuk ditanam di blog saya.
Setelah pihak google verify (membuat semakan) kod tersebut telah dipasang di blog saya, mereka akan membekalkan iklan-iklan yang bersesuaian dengan kandungan blog saya.
Nak tahu step by step untuk hasilkan pendapatan dalam USD menerusi pengiklanan Adsanse di blog anda, saya jemput anda untuk membaca ebook bertajuk "Mudahnya 0 Kos Marketing Dengan Blogspot"
Ebook Mudahnya 0 Kos Marketing Dengan Blogspot, Sumber : https://zerokosblogspot.blogspot.com |
Dalam ebook ini ada diterangkan langkah demi langkah untuk menghasilkan blog sendiri, termasuk cara-cara menghasilkan pendapatan melalui blog termasuk salah satunya ialah cara menghasilkan pendapatan dalam USD melalui pengiklanan Adsanse.
3) Buat Video dan Upload di Youtube Untuk Hasilkan Pendapatan dalam USD
Cara yang ke 3 ni saya rasa semua orang dah tahu.
Cara ini dah terlalu femes berikutan ianya telah mendapat liputan akhbar dan media secara meluas.
Namun begitu, masih ramai lagi yang belum berjaya menghasilkan pendapatan dalam USD melalui cara ini.
Di mana silapnya?
Sudah tentulah pada ilmu, tindakan, disiplin diri dan komitmen.
Sekiranya kita berjaya menguasai 4 perkara di atas, In Shaa Allah tak mustahil kita juga boleh berjaya buat duit di Youtube seperti mereka:
- Viral : Kisah Che Nom Jadi Inspirasi Kepada Youtuber Malaysia
- Budak Umur 9 Tahun Jana Pendapatan Hampir RM120 Juta Melalui Platform YouTube Sepanjang Tahun 2020
- Lebih RM4juta Sebulan Melalui Video Bermain Game
- Buat Video tentang kucing
- Buat video tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia
- Buat Video-video masakan
- Bagaimana menghasilkan pendapatan sebanyak USD196K melalui sebuah kek?
Nak hasilkan pendpaatan di Youtube tak semestinya kita perlu menjadi seorang pakar video editing.
Lihat sahaja contoh 2 video yang saya kongsikan di bawah..
Video 20 Tip Kentut ini juga boleh memperolehi banyak view, Sumber : Klik Di Sini |
Video patung ayam kena langgar ini juga boleh memperolehi banyak view, Sumber : Klik Di Sini |
Kedua-dua video di atas nampak simple sahaja kan. Tapi kedua-dua video ini telah ditonton oleh berjuta orang.
Semakin ramai orang yang menonton video tersebut, semakin besarlah pendapatan yang berjaya diperolehi oleh pemilik saluran youtube tersebut.
Nak tahu berapa cara mengira pendapatan yang diperolehi oleh seorang Youtuber? Boleh Baca Di Sini
Semoga bermanfaat.
4) Jual Laman Web atau Blog diinternet
Sekiranya anda mempunyai kepakaran untuk menghasilkan blog atau laman web, anda boleh hasilkan blog atau laman web untuk dijual di intenet. Tetapi sebelum anda menjual sesebuah blog/laman web, terlebih dahulu anda perlu mengetahui kriteria-kriteria untuk menentukan harga bagi sesebuah blog/laman web tersebut.
Namun begitu, tiada penilaian yang tetap bagi menentukan harga sebuah blog/laman web. Setiap orang mempunyai penilaian masing-masing, seperti anda membuat penilaian ke atas sebuah lukisan. Ada orang menilai harga lukisan berbeza bergantung kepada seninya, teknik yang digunakan, bahan-bahan yang digunakan dan sebagainya. Harga blog juga begitu. Harga yang sebenar hanya dapat diketahui selepas selesai urusan jual beli iaitu berapa kesanggupan pembeli untuk membelinya.
Disebabkan itu urusan jual beli blog biasanya dilakukan secara “bidding” atau tawar menawar diantara pembeli dan penjual di laman-laman web tertentu seperti Flippa.com, eBay.com, WebsiteBroker.com dan lain-lain. Pembeli yang sanggup menawarkan harga paling ideal dan dipersetujui oleh penjual akan dapat membeli sesuatu blog/laman web yang diminati.
Contoh laman web yang sedang dijual di laman web Flippa.com |
Sekiranya anda tidak tahu berapakah harga yang patut diletakkan pada blog/laman web anda untuk diiklankan di laman web Flippa.com, eBay.com, WebsiteBroker.com, anda boleh menggunakan alat penilaian yang disediakan oleh sesetengah laman web. Sebagai contoh, boleh gunakan alat penilaian yang terdapat di laman web www.websitebroker.com/valuation.php
Contoh harga bagi blog/laman web yang dilakukan dilakukan menerusi laman web www.websitebroker.com/valuation.php |
Ini pula merupakan contoh real case study seorang rakyat Malaysia yang berjaya menjual blog kepada pembeli dari Amerika Syarikat pada harga USD300 ribu.
Contoh real case study seorang rakyat Malaysia yang berjaya menjual blog kepada pembeli dari Amerika Syarikat pada harga USD300 ribu, Sumber : Klik Di sini |
Berikut pula merupakan contoh senarai blog/laman web yang pernah dijual pada harga yang tinggi:
- PaidContent.org—US$30 juta
- ArsTecnica.com—US$25 juta
- Bankaholic.com—US$15 juta
- Deadline.com—US$15 juta
- Performing.com—US$100,000
- BlogHerald.com—US$70,000
- WpDesigner.com—US$65,000
- JohnCow.com—US$50,000
- Ensight.org—US$15,000
- BlogOhBlog.com—US$10,000
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail lagi, saya syorkan anda Klik Di sini
5) Jual barang-barang dari kedai runcit ke Luar Negara Untuk Hasilkan Pendapatan dalam USD
Sekarang ni ramai rakyat Malaysia mula menjual barang dalam pasaran luar negara, lebih-lebih lagi semenjak ada isu tentang parcel yang sedang hangat diperkatakan oleh peniaga-peniaga di platform Shopee.
Sebagai contoh, boleh tengok pendapatan bisnes kecil-kecilan yang dilakukan oleh puan Dila di pasaran luar negara.
Pendapatan puan Dila pada bulan Mei melalui perniagaan di pasaran luar negara |
HASIL JUALAN PUAN DILA DI EBAY PADA 17, 18 DAN 19 JUN 2021
Berikut pula merupakan hasil jualan puan Dila pada 17, 18 dan 19 Jun 2021
Hasil jualan di Ebay pada 18 dan 19 Jun 2021 |
|
Hasil jualan di Ebay pada 17 dan 18 Jun 2021 |
Puan Dila hanya menjual barang-barang yang terdapat di kedai-kedai runcit dan shopee ke pasaran luar negara secara online. Dapat oder daripada pelanggan, baru dapatkan barang-barang tersebut dari kedai-kedai berhampiran dengan rumah beliau untuk diposkan kepada pelanggan.
Jadikan SpeedMart dan Shopee Sebagai Lubuk Supplier Para Peniaga Online untuk dijual ke luar negara. |
Sebagai contoh, lihat apa yang telah dilakukan oleh brader ini?
Sumber : Klik Di Sini |
Brader ini beli barang dekat Speed Mart, yang dapat menyelesaikan masalah pengguna di luar negara seperti:
- Ada yang sakit belakang
- Ada yang selesema
- Ada yang minum susu
- Ada yang suka repair basikal
Banyak benda daripada kedai-kedai di sekitar rumah anda yang boleh dijual ke luar negara.
Brader ini beli Yoko-yoko kat Speedmart dan jual dekat ebay.
Kalau nak tengok lebih banyak lagi barang-barang tempatan yang ada permintaan di luar negara, Boleh baca di sini
Tengok, berapa dia jual Yoko-yoko tu dekat luar negara?
Sumber : Klik Di Sini |
AUD12.45 bersamaan dengan RM36.00.
Dah terjual 933 unit bersamaan 933 X RM36 = RM33,588
Baru satu produk dah dapat jualan sebanyak itu...
Sebenarnya ada ramai orang kita (golongan B40 dan M40) yang senyap-senyap buat 4-5 angka walaupun secara part time.
Apa yang mereka buat?
- Senaraikan produk yang berpotensi dekat Ebay
- Tunggu order masuk
- Terima bayaran, terus uruskan penghantaran
Nak tahu lebih detail, boleh klik link di bawah
Mereka menjual produk-produk yang mudah didapati di kedai-kedai runcit atau pasaraya di seluruh Malaysia di platform ebay dengan menggunakan matawang USD (US Dollar).
Info Berkaitan:
- Peluang Hasilkan pendapatan 5 Angka Sebulan dengan Bekerja di Singapura
- Kesan Covid-19 : Harga Rumah Turun 16 Peratus
- PUTARAN EKONOMI PALING MEMBERI KESAN DALAM TEMPOH PKP
- 10 Projek Yang Boleh Di Lakukan Semasa MCO3.0
- PKP Penuh 1-14 Jun 2021 : Cara Jual Barang Yang Terdapat Di Kedai Runcit Berhampiran Rumah Anda ke Oversea
- PKP3.0 : Nak Tahu Cara Jual Barang Kedai Runcit Ke Oversea dan Dapat Income Macam Ni?
- PKP3.0 : Cara Hasilkan pendapatan dalam USD lebih pantas dari Youtube
- 3 Pekerjaan Yang Ramai Orang Lakukan Sejak Covid-19 Masuk Ke Malaysia
- Inspirasi : Rekod Jualan Sambal Di Shopee Melebihi RM1 Juta Dalam Tempoh Tak Sampai 4 Bulan.
- Bagaimana Mereka Boleh "Mengembara" Ke Seluruh Dunia Sepenuh Masa Tanpa Terikat Dengan Pekerjaan...
- Inspirasi : Peniaga Ini Dah Capai Jualan Melebihi RM1.6 Juta Di Shopee Sepanjang Tahun 2020
- Peluang Untuk Mendapatkan Keuntungan Melalui Kenaikan Harga Minyak Sawit.
- Harga Emas Jatuh, Harga Minyak Naik, Harga SAHAM???
- Pulangan Pelaburan Tabung Haji, ASB Dan KWSP Pada Tahun 2020
- Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay Dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?