Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam tempoh PKP ni macam-macam perkara boleh berlaku. Terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Sebelum ini:
- Ada yang kena scam dengan gambar Ustaz dan Ustazah
- Ada yang kena scam dengan penyamar sebagai pengusaha homestay
- Ada yang jadi mangsa ABC Scam
- Ada yang menjadi mangsa SONTOT beramai-ramai..
- Mangsa Terkini : Peniaga Durian Rugi RM173,182 Sertai Pelaburan Tidak Wujud
- dan lain-lain..
Berita sensasi terkini yang dipaparkan pada muka depan akhbar Harian Metro bertarikh 24 Jun 2021, ramai yang menjadi mangsa sindiket penipuan jual beli emas tiruan pula.
Tertarik dengan harga emas yang rendah menyebabkan ramai menjadi mangsa sindiket penipuan jual beli emas tiruan Sumber : Akhbar Harian Metro 24 Jun 2021 |
Sebanyak 24 aduan telah diterima berhubung perkara ini semenjak Januari 2020 sehingga 25 Mei 2021.
Tertarik dengan tawaran harga emas yang rendah mendorong ramai menjadi mangsa sindiket penipuan jual beli emas tiruan terutama menerusi urusniaga dalam talian.
Walaupun sekarang ini sedang hangat diperkatakan tentang Kejatuhan Harga Emas dalam pasaran. Tetapi, harga emas masih lagi munasabah, logik dan tidaklah terlalu murah sampai ke tahap yang agak keterlaluan. Sekiranya anda terlepas membaca info tersebut boleh baca di pautan berikut:
Sindiket penipuan jual beli emas tiruan terpampang di muka hadapan Akhbar Harian Metro bertarikh 24 Jun 2021 |
"Ini bukan emas tulen 916 tetapi 'besi bodoh' yang dicat menyerupai rantai emas padu," menurut mangsa penipuan emas palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 38".
Beliau antara mangsa penipuan emas palsu membabitkan logam tungsten selepas terpengaruh dengan taktik ejen pelaburan emas tidak wujud.
Beliau mula terjebak selepas dipelawa rakan dikenali di Facebook untuk menyertai pelaburan emas didakwa boleh memberikan pulangan keuntungan sehingga 20 peratus sebulan sekitar Ogos tahun lalu.
Demikianlah laporan dari Harian Metro hari ini bagaimana seseorang telah tertipu kerana mengira bahawa dia telah mendapat emas melalui pelaburan sebaliknya hanyalah logam tungsten yang dicat menyerupai emas padu.
Ramai menjadi mangsa 'Besi Bodoh" disadur emas berikutan tawaran emas murah ketika PKP, Sumber : Akhbar Harian Metro bertarikh 24 Jun 2021 |
Sebelum itu, sekitar tahun 2017, pihak polis telah mendedahkan senarai 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terbabit dalam penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM3.8 bilion dengan melibatkan seramai 974,301 individu menjadi mangsa syarikat terbabit.
Sebelum itu lagi, ramai yang menjadi mangsa Sontot emas. Tertipu dengan pembelian emas delay dan kutu emas. Sedih!
Individu yang sangat berkait rapat dengan kes tersebut ialah T** B****** dan beberapa pengusaha emas yang lain.
Kesian! Kawan-kawan saya pun ramai yang telah menjadi mangsa penipuan tersebut. Modus operandi mereka dengan memberikan keuntungan kepada pelabur terawal supaya dapat menjadi testimoni mereka untuk menarik lebih ramai lagi pelabur.
Pelabur yang turut serta kemudiannya terus MELINGKUP!
Emas Tiruan dalam pasaran Malaysia, Sumber : Akhbar Harian Metro bertarikh 24 Jun 2021 |
Dari tahun ke tahun bilangan individu tertipu melalui skim pelaburan yang tidak wujud seperti tidak berkesudahan.
Semoga kita dapat belajar sesuatu daripada pendedahan ini, dan juga beberapa pendedahan yang dikongsikan sebelum ini supaya kita tidak menjadi mangsa yang seterusnya.
Berikut beberapa ciri-ciri penipuan pelaburan yang perlu kita kenalpasti dan berhati-hati:
- Pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa.
- Melabur hanya sekali tetapi mendapat pendapatan pasif seumur hidup.
- Membeli emas tetapi tidak dapat emas.
- Pelaburan yang menjanjikan tempoh pulangan secara tetap.
- Deposit yang dibayar ke akaun peribadi dan bukan akaun syarikat (Melainkan anda kenal secara rapat dengan pihak penjual).
- Organisasi atau pengendali tiada lesen yang sah.
- Pihak yang menjanjikan tiada kerugian atau tiada risiko pelaburan.
- Pelaburan atau perniagaan yang kelihatan seperti terlalu bagus.
Apabila kita ditawarkan dan dijanjikan dengan pulangan seperti yang disenaraikan di atas, lebih baik kita menjauhkan diri.
Paling menyedihkan bila ada yang membuat pinjaman peribadi, menggunakan keseluruhan wang simpanan atau modal perniagaan tetapi akhirnya lesap begitu sahaja.
Penat mereka selama ini mengumpul duit dengan mengharapkan keuntungan yang tinggi daripada pelaburan tersebut sebaliknya duit merea telah lebur.
Jadi, berhati-berhatilah bila kita ditawarkan dengan ciri-ciri pelaburan sedemikian. Biarlah kita lambat kaya tetapi selamat daripada mahu mengejar untung cepat, sebaliknya membawa kepada kesengsaraan.
Tiada pelaburan yang tiada risiko. Jual makanan bermasak di musim PKP pun ada risiko bila makanan tidak habis dijual.
Tulisan ini merupakan peringatan untuk diri saya juga.
Semoga bermanfaat.
Kongsikan juga info ini dengan kenalan anda supaya lebih ramai orang mendapat manfaat melalui perkongsian ini.
Info Berkaitan:
- Nak Refinance Rumah?
- 5 Cara Hasilkan Pendapatan Dalam USD Yang Ramai Orang Buat Semasa PKP3.0
- Betul Ke Cristiano Ronaldo (CR7) Menyebabkan Coca-Cola Rugi US$4 Bilion??
- PKP3.0 : Semoga Rakan-Rakan Pengusaha Homestay Dapat Terus Bersabar
- Covid-19 : Alternatif Untuk Lebih 600 Ribu Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40
- Kesan Covid-19 : Harga Rumah Turun 16 Peratus
- Kisah Inspirasi : Cara Smart Beli Rumah Lelong Berharga RM30K Tanpa Sebarang Loan