Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Beberapa hari lepas heboh diperkatakan di seluruh dunia termasuk dalam media sosial dan akhbar-akhbar terkemuka di Malaysia tentang tindakan Cristiano Ronaldo (CR7) mengalihkan botol Coca-cola di atas meja semasa berlangsungnya sidang media menyebabkan syarikat tersebut selaku penaja rasmi EURO2020 mengalami kerugian. Betul ke?
|
Tindakan Cristiano Ronaldo (CR7) mengalihkan botol Coca-cola menyebabkan syarikat tersebut selaku penaja rasmi EURO2020 mengalami kerugian. Betul ke? |
|
Betul ke Cristiano Ronaldo (CR7) Menyebabkan Coca-Cola rugi US$4 Bilion??
Persoalannya, adakah perkara tersebut benar?
Atau ada faktor-faktor lain yang menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian sebanyak US$4 Bilion?
Berdasarkan persepsi kebanyakan orang termasuk saya yang hanya melihat pada isu HOT dan statistik kerugian Coca-Cola, kita rasa perkara tersebut benar berdasarkan kepada persepsi.
Tapi secara realitinya hanya diketahui oleh penganalisa-penganalisa ekonomi sahaja termasuk pelabur-pelabur saham.
Pelabur saham syarikat Coca-Cola sudah tentu lebih arif tentang keadaan sebenar ekonomi syarikat pelaburan mereka.
Jom kita lihat keadaan sebenar daripada persepsi seorang pelabur saham.
Persepsi Sebenar Para Pelabur Saham Yang Menyebabkan Coca-Cola rugi US$4 Bilion
Pada ketika ini, harga saham Coca-Cola jatuh. Jadi, sesiapa yang ada memiliki saham syarikat tersebut sudah pasti sedikit terkesan.
Tetapi, untuk pengetahuan anda, Coca-Cola antara syarikat yang memberikan dividen pada setiap suku tahun kepada para pemegang saham syarikat tersebut.
|
Coca-Cola bayar dividen pada setiap suku tahun kepada para pemegang saham syarikat tersebut |
Berdasarkan gambar di atas, Coca-Cola membayar dividen pada setiap suku tahun kepada pemegang saham syarikat tersebut pada nilai sekitar US$0.41 hingga US$0.42 sen per saham.
Dan yang terkini, pada 14 Jun 2021 Syarikat Coca-cola telah mengistiharkan pemberian dividen sebanyak US$0.42 sen per saham.
|
Jumlah Dividen yang akan dibayar oleh syarikat Coca-Cola selepas pengumuman rasmi dibuat pada 14 Jun 2021 ialah sebanyak US$1.81 bilion |
Sehingga artikel ini ditulis, jumlah unit saham bagi syarikat Coca-Cola adalah sebanyak 4,311,680,667 atau 4.31 bilion unit saham.
Setiap unit saham mendapat dividen sebanyak US$0.42.
US$0.42 X 4,311,680,667 = US$1,810,905,880.14
atau bersamaan dengan US$1.81 Bilion.
Wang sebanyak US$1.81 bilion ini dibayar kepada pemegang-pemegang saham menyebabkan penyusutan sejumlah wang dalam akaun syarikat tersebut.
Sekarang ni kita tengok pula ranking syarikat Coca-Cola dalam pasaran saham US yang dikenali sebagai Dow Jones.
Nota : Dow Jones merupakan badan yang bertanggungjawab menguruskan pasaran saham di US, sebagaimana Bursa Saham Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan pasaran saham di Malaysia
|
Coca-cola berada dalam senarai Top 30 prestasi saham terbaik di US |
Berdasarkan carta di atas, Coca-cola berada dalam senarai Top 30 prestasi saham terbaik di US. Berikutan keadaan ekonomi semasa di US, menyebabkan harga kebanyakan saham di US jatuh. Bukan Coca-cola sahaja yang terlibat, kebanyakan saham terlibat.
|
Data Dow Jones membuktikan kebanyakan saham di US jatuh pada ketika ini |
Jadi, kehilangan US$4 Bilion ini bukanlah disebabkan oleh Cristiano Ronaldo (CR7) semata-mata. Tapi ada faktor-faktor lain yang lebih mempengaruhi.
Cumanya, kisah Cristiano Ronaldo (CR7) mengalihkan botol Coca-Cola dari atas meja menjadi satu isu yang diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya media untuk mencari publisiti. Kebetulan pula pada ketika itu menunjukkan statistik Coca-cola mengalami kerugian sebanyak US$4 bilion. Terus sahaja tindakan Cristiano Ronaldo (CR7) dikaitkan dengan keadaan tersebut.
Prestasi Kewangan Syarikat Coca-Cola
|
Keuntungan Syarikat Coca-Cola pada 4 sukuan (Sukuan ke 2 tahun 2020 hingga sukuan pertama tahun 2021) |
Dalam carta di atas menunjukkan keuntungan syarikat Coca-Cola pada 4 sukuan (Dari sukuan ke2 tahun 2020 sehingga sukuan pertama tahun 2021). Kesemua sukuan ini melibatkan keadaan semasa yang kebanyakan syarikat terjejas akibat pendemik Covid 19.
Tetapi berbeza dengan syarikat Coca-cola yang langsung tidak terjejas, malah menunjukkan peningkatan keuntungan pada setiap sukuan.
|
Pendapatan syarikat Coca-Cola selepas cukai pada sukuan tahun pertama ialah US$2.255 Bilion |
Berdasarkan carta di atas menunjukkan Pendapatan syarikat Coca-Cola selepas cukai pada sukuan tahun pertama ialah US$2.255 Bilion. Satu angka yang sangat besar.
Jadi, sememangnya wajar mereka membayar dividen suku pertama tahun 2021 sebanyak US$0.42 persaham, dengan jumlah sebanyak US$1.81 Bilion.
US$2.255 Bilion - US$1.81 Bilion
= US$0.442 Bilion
Baki selepas bayar dividen Untuk suku tahun pertama 2021
|
nilai CASH semasa dan nilai aset semasa yang dimiliki oleh syarikat Coca-Cola |
Dalam carta di atas pula menunjukkan nilai CASH semasa dan nilai aset semasa yang dimiliki oleh syarikat Coca-Cola.
Nilai aset semasa berjumlah US$12.589 Bilion, manaka nilai aset semasa berjumlah US$89.993 Bilion.
|
Kedudukan kewangan syarikat Coca-Cola sangat STRONG memberi keyakinan kepada para pelabur |
|
Rekod dividen yang dibayar oleh syarikat Coca-Cola pada setiap sukuan tahun (termasuk pada hujung tahun 2020) |
Berdasarkan nilai dividen yang telah dibayar oleh syarikat Coca-Cola kepada para pemegang saham telah memberi sepenuh keyakinan kepada para pelabur untuk terus melaburkan wang mereka di syarikat tersebut.
Sekiranya di Malaysia, contoh saham yang ada menyediakan dividen seperti ini ialah DiGi, F&N, DLADY, NESTLE, TENAGA, KLK dan lain-lain.
Harga saham seperti ini biasanya agak mahal. Tapi kelebihannya untuk pelaburan jangka masa panjang iaitu beli dan simpan, kemudian menikmati keuntungan syarikat melalui pembayaran dividen mengikut sukuan tahun/pertengahan tahun/ tahunan.
Kita tengok contoh Coca-cola.
Pemegang-pemegang saham Coca-cola dapat purata dividen pada setiap suku tahun sekitar 0.41 sen atau 0.42 sen
Kalau kita ada 1000 unit saham. Kita dapat dividen tahunan sekitar:
0.41 X 1000 X 4 (setahun ada 4 kali dividen)
US$1,640 setahun.
Tapi harga saham semasa Coca-Cola seunit dalam US$53.75 hingga US$54.62.
Kalau nak beli 1,000 unit perlu ada modal sekurang-kurangnya dalam US$55,000.
Banyak tu!
Walaubagaimanapun, sebelum kita membeli sesuatu saham kena semak dulu samada saham tersebut patuh syariah ataupun tidak.
Sebagai umat islam, kita diwajibkan membeli saham yang patuh syariah.
Sebagai contoh boleh tengok dalam gambar di bawah, yang mana harga saham MPAY pada ketika ini sedang melonjak naik dan pemegang saham terbesar syarikat ini dimiliki oleh Dr Azizan Osman sebanyak 44 juta unit.
|
Viral : 44 juta unit saham Mpay dimiliki oleh Dr. Azizan Osman, Sumber : Klik Di Sini |
Pada 18 Jun 2021, Macquarie Bank dari Australia telah menghantar Notis Langganan dan Jumlah Pembayaran bagi 10 juta unit saham pada harga RM0.214 sen seunit.
Cuba kira berapa harga saham yang dimilik oleh Dr Azizan Osman dalam syarikat tersebut?
RM0.214 X 44,000,000 = RM9,416,000
RM9.416 juta
Inilah antara kelebihan memiliki saham-saham syarikat yang stabil dan berpotensi untuk berkembang seperti syarikat MPAY - Managepay Systems Berhad, Coca-Cola, DiGi, F&N, DLADY, NESTLE, TENAGA, KLK dan lain-lain.
Bila harga saham naik, para pemegang saham juga boleh turut sama menikmati keuntungan tersebut.
Sekiranya nak belajar ilmu pelaburan saham dan FCPO, saya syorkan dapatkan ilmu melalui link berikut:
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua.