Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam tempoh Pendemik Covid-19 ini banyak perkara yang dapat kita belajar, terutamanya berkaitan dengan ekonomi semasa yang sentiasa update, samada di dalam atau luar negara.
Sekiranya anda perasan, dalam tempoh beberapa hari ini harga emas turun menjunam daripada USD1915.25 sehingga terkini USD1763.08.
Bila tengok dalam graf di bawah, dahsyat juga dia punya menjunan. Ni dah tahap terjun tiruk dah ni.
Harga emas turun menjunam daripada USD1915.25 sehingga terkini USD1763.08 |
Siapa yang menyebabkan harga emas turun dalam tempoh beberapa hari ini?
Untuk makluman anda, antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan pergerakan harga emas ialah apabila keluar data ekonomi seperti data pekerjaan, data gaji pekerja, data inflasi, perubahan kadar faedah di US, kekuatan USD.
Sekiranya data-data ekonomi yang keluar "membayangkan" perubahan positif dalam sektor pekerjaan, pemulihan ekonomi US atau perkembangan positif dalam ekonomi, maka umumnya harga emas akan jatuh.
Jika data-data ekonomi berbentuk negatif, contohnya pengangguran meningkat, inflasi naik, interest rate jatuh, USD dollar lemah berbanding matawang lain, maka umumnya harga emas akan meningkat.
Ini kerana pelabur melihat emas sebagai aset selamat ketika situasi tidak menentu.
Namun jika pelabur merasakan ekonomi akan pulih maka mereka akan melaburkan duit ke tempat lain contohnya saham dan bon, menyebabkan harga emas akan jatuh.
Faktor kedua yang boleh menggerakkan harga emas dan seluruh pasaran adalah ucapan daripada orang-orang yang penting dan berkuasa besar di US.
Ada 3 orang yang penting dan berkuasa di US iaitu:
- Presiden US, Joe Biden
- Setiausaha Perbendaharaan US, Janet Yellen
- Pengerusi US Federal Reserve, Jerome Powell
Sekiranya ucapan mereka ini memberi bayangan terhadap situasi ekonomi (semasa atau akan datang) perubahan dasar ekonomi dan dasar kewangan US, maka ia boleh menggerakkan pasaran.
Sekiranya anda dah faham 2 perkara di atas, sekarang kita tengok pula apakah faktor yang menggerakkan harga emas dan juga pasaran saham dalam tempoh beberapa hari ini.
Sidang Media Jerome Powell (Pengerusi US Federal Reserve) Pada 16 Jun 2021 Mempengaruhi Harga Emas Dunia
Jerome Powell, Pengerusi US Federal Reserve telah membuat satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat FOMC |
Pada 16 Jun 2021, Jerome Powell, Pengerusi US Federal Reserve telah membuat satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee).
Komiti FOMC ini bertanggungjawab untuk merumuskan polisi yang bertujuan menstabilkan harga dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi US.
Ucapan Jerome Powell sangat ditunggu-tunggu kerana ia menggambarkan pandangan FOMC terhadap situasi ekonomi semasa US.
Dalam ucapan beliau:
- Pandangan pertama FOMC adalah, mereka meramalkan kadar inflasi naik tinggi pada tahun ini (2021)
- Kedua, FOMC bercadang untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah sekarang iaitu hampir 0% (iaitu 0.25%)
Namun, FOMC memberi bayangan bahawa ada kemungkinan berlaku DUA KALI KENAIKAN kadar faedah pada tahun 2023!
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Fed memberikan gambaran bahawa mereka tidak ada sebarang perancangan untuk menaikkan kadar faedah sehingga tahun 2023.
Bila Jerome Powell membuat kenyataan ini, secara tidak langsung ia merupakan berita yang tidak disangka-sangka oleh pasaran. Keadaan ini telah menyebabkan pasaran saham jatuh dan emas turut jatuh teruk.
Ini disebabkan bila kadar faedah naik, maka pelabur akan cenderung untuk menyimpan duit dalam bank, akaun semasa dan produk-produk kewangan yang berkait rapat dengan kadar faedah.
Jadi pelaburan saham (yang dilihat berisiko tinggi) dan juga emas (yang dilihat tidak memberikan pulangan dalam bentuk interest) akan hilang tarikan.
Itulah yang ditafsirkan oleh pelabur.
Nota : Di Malaysia kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Islam akan cuba sedaya upaya menjauhkan produk kewangan yang berunsurkan riba (faedah) dalam urusan jual beli. Disebabkan itu kita mempunyai pilihan untuk memilih perbankan Islam. Tapi situasi itu adalah berbeza di US, sebab itu merupakan cara mereka untuk membuat keuntungan.
Walau pun kemudiannya Jerome Powell berkata kenaikan kadar faedah ini belum pasti lagi, namun ucapan awal beliau telah menggerakkan pasaran dan menjatuhkan harga emas.
Jadi, itulah kuasa ucapan pengerusi US Fed. Ia boleh menggerakkan pasaran termasuklah emas.
Selain Emas, Harga pasaran Soybean Oil (Produk USA) juga turut jatuh
Sumber : https://ezy.la/LaburFCPO |
Tindakan CR7 mengalihkan botol Coca-cola mempengaruhi harga saham syarikat tersebut selaku penaja rasmi EURO2020 |
Viral : 44 juta unit saham Mpay dimiliki oleh Dr. Azizan Osman, Sumber : Klik Di Sini |
Pada 18 Jun 2021, Macquarie Bank dari Australia telah menghantar Notis Langganan dan Jumlah Pembayaran bagi 10 juta unit saham pada harga RM0.214 sen seunit.
Cuba kira berapa harga saham yang dimilik oleh Dr Azizan Osman dalam syarikat tersebut?
RM0.214 X 44,000,000 = RM9,416,000
RM9.416 juta
Wow! Inilah antara kelebihan memiliki saham-saham syarikat yang stabil dan berpotensi untuk berkembang seperti syarikat MPAY - Managepay Systems Berhad.
Bila harga saham naik, para pemegang saham boleh menikmati keuntungan tersebut.
Jadi, secara rumusannya itulah serba sedikit perkaitan antara ekonomi US, emas, saham, SoyBean Oil dan FCPO
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua…
Info Berkaitan:
- Rekod Harga Emas Paling Tinggi Dalam Tempoh 47 Tahun
- Covid-19 : Alternatif Untuk Lebih 600 Ribu Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40
- Kesan Covid-19 : Harga Rumah Turun 16 Peratus
- RISIKO DALAM PELABURAN SAHAM
- 10 Perbezaan Diantara Saham Dan FCPO
- 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung dan Paling Rugi Pada Bulan Mei 2021
- Kisah Inspirasi : Cara Smart Beli Rumah Lelong Berharga RM30K Tanpa Sebarang Loan
- Ikhtibar : Muda-Muda Lagi Rumah Dah Kena Lelong
- PUTARAN EKONOMI PALING MEMBERI KESAN DALAM TEMPOH PKP
- Touch Up Rumah Menang Lelong RM120K
- Cukup Ke Wang KWSP Tu?