Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Roda kehidupan itu bulat. Sekejap kita berada di atas dan sekejap kita berada di bawah. Itu merupakan lumrah dalam kehidupan. Sebab tu kita perlu sentiasa beringat pada waktu susah ataupun senang. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada.
|
Putaran ekonomi paling memberi kesan dalam tempoh PKP |
PENGUSAHA HOMESTAY DAN SEKTOR PELANCONGAN TERJEJAS
Sepanjang kita melalui tempoh PKP bermula PKP Fasa1 pada 18 Mac 2020 sehingga sekarang industri yang sangat terkesan ialah sektor pelancongan. Ianya temasuk mereka yang menyediakan kemudahan hospitaliti seperti Hotel dan Homestay.
|
Contoh Homestay yang terjejas akibat PKP, Sumber : Klik Di Sini |
Berdasarkan teori pelaburan hartanah di atas kertas, kelebihan menjadikan rumah sebagai homestay ialah supaya kita boleh menghasilkan pendapatan secara harian.
1 bulan ada 30 hari bermaksud, pengusaha homestay berpeluang untuk menghasilkan pendapatan sebanyak 30 kali pada setiap bulan. Berbanding sewakan rumah secara bulanan, kita hanya boleh menghasilkan pendapatan sekali sahaja sebulan.
|
Potensi Pendapatan Homestay Vs Rumah Sewa |
Ini cerita lama, sebelum Pendemik Covid19 datang ke Malaysia. Sebelum PKP dilaksanakan di Malaysia.
Bila bermula sahaja PKP1.0 pada 18 Mac 2020, bisnes homestay totally berubah. Daripada sebelum ini ada pengusaha homestay yang boleh dapat antara 20 hingga 25 hari orang sewa sebulan (Baca di sini), sekarang ni nak dapatkan 5 hari orang sewa sebulan pun dah susah dah.
Sekarang ni ramai pemilik-pemilik hartanah yang terjejas sehingga ada yang terpaksa menjual rumah mereka. Malah ada pemilik hartanah yang rumah mereka kena lelong dengan bank pun ada..
Contohnya, boleh baca dalam senarai info-info di bawah:
Disebabkan ramai pemilik rumah yang sebelum ini mempunyai sumber pendapatan yang stabil kini terjejas, menyebabkan banyak rumah kena lelong
Nak baca real case study berkaitan rumah lelong, boleh baca disini -> https://ezy.la/RumahLelong
VIRAL : MINYAK MASAK NAIK HARGA
Minyak masak botol yang tidak bersubsidi menjadi isu hangat di media dan akhbar berikutan harga untuk botol 5kg dijual pada harga RM32.00 dan ada sesetengah pengeluar menjual pada harga yang lebih mahal.
|
Perbezaan Harga Minyak Masak dalam Botol 5kg pada tahun 2019 dan tahun 2021 |
Kenaikan harga minyak masak hampir 2 kali ganda pada tahun 2021 berbanding tahun 2019.
|
Harga Minyak Sawit 5kg lepasi Harga RM32 sebotol, Sumber : Klik Di Sini |
Boleh baca juga info-info lain berkaitan dengan kenaikan harga minyak masak:
Untuk makluman, pihak kerajaan hanya menetapkan harga minyak masak bersubsidi yang dijual dalam pek polibeg 1kg iaitu RM2.50.
Harga minyak sawit mentah ditentukan oleh pasaran dunia, ada turun dan ada masanya naik. Pada masa ini harga di pasaran dunia sudah mencecah lebih RM4300 metrik tan (berbanding sebelum ini hanya sekitar RM2500 metrik tan sahaja), bersamaan lebih kurang RM4.30 per kg sebelum diproses dan dibotolkan. Ini bermakna kos minyak sawit mentah sahaja sebelum dibotolkan sudah melebihi RM21 untuk 5kg. Itu tidak termasuk kos-kos lain seperti pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit.
|
Harga Minyak Sawit Mentah Sepanjang Tahun 2021, Sumber : Klik Di Sini |
Sebenarnya kualiti minyak sawit bersubsidi dalam pek polibeg 1kg adalah sama dengan minyak sawit dalam botol.
Sejak dulu lagi Kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk minyak masak bersubsidi. Untuk 2021 sahaja, sekitar 60,000 tan metrik setiap bulan diperuntukkkan bagi kegunaan rakyat Malaysia. Itu bersamaan dengan 60 juta polibeg 1kg sebulan atau 1.8kg minyak sawit untuk setiap rakyat Malaysia setiap bulan.
Pengguna minyak masak di Malaysia mempunya pelbagai pilihan. Terpulang citarasa dan bajet masing-masing dalam memilih jenis minyak masak, yang penting, utamakan kualiti dan nilai.
-Sumber KKDNK-
ALTERNATIF PELABURAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA TABUNG HAJI DAN ASB
Antara hikmah disebalik Pendemik Covid 19 ialah:
1) Ekonomi kita terjejas
2) Bila ekonomi kita terjejas kita akan cuba keluar daripada zon Selesa
3) Kita cuba untuk berfikir diluar kotak daripada kebiasaan.
4) Kita akan cuba pelajari teknik-teknik terbaik yang telah dilakukan oleh orang lain.
5) Contohnya sebelum ini, kita dah rasa selesa melabur dekat Tabung Haji dan ASB yang setiap tahun dapat pulangan antara 5% hingga 10%.
|
Pulangan Pelaburan ASB dan Tabung Haji Bagi Tahun 2020 |
6) Bertahun-tahun kita meletakkan simpanan kita dalam platform pelaburan yang memberi dividen dan keuntungan setahun sekali sahaja.
7) Bila ekonomi terjejas, dividen ASB turun, dividen tabung haji turun, kita mula mencari ilmu.
8) Baru tahu ada orang melabur dengan mendapatkan keuntungan secara mingguan. Bukan tahunan seperti dalam Tabung Haji dan ASB.
|
Perbandingan Pulangan Pelaburan ASB, Tabung Haji Dan Saham |
9) Pelaburan yang sama. Cuma bezanya keuntungan secara mingguan berbanding tahunan. Seminggu ada 52 minggu. Kita boleh dapat pulangan 52 kali dalam tempoh setahun berbanding sekali dalam setahun. Mana yang lebih baik?
10) Dalam panduan pelaburan Saham yang ditulis oleh Abang Ensem, nak melabur dalam saham tak perlu jadi tamak. Beli beberapa saham (berdasarkan kriteria yang diajar). Kemudian bila saham-saham tersebut telah mencapai keuntungan 6%. Jual! -> https://ezy.la/SahamAbangEnsem
11) Kemudian ulang lagi proses yang sama. Dapat hasil jualan saham, beli lagi kaunter lain mengikut kriteria yang diajar. bila saham-saham tersebut telah mencapai keuntungan 6%. Jual! -> https://ezy.la/SahamAbangEnsem
|
Pelaburan Saham Mingguan selama 52 minggu (setahun) |
12) Ulang lagi proses yang sama pada setiap minggu sehingga cukup 52 minggu (setahun). Rekod stiap transaksi jual beli saham untuk kita melihat hasil pulangannya dalam tempoh setahun. -> https://ezy.la/SahamAbangEnsem
13) Berdasarkan result student-student Abang Ensem semenjak PKP1.0 hingga sekarang. Pulangan melalui pelaburan saham dengan mensasarkan keuntungan 6% seminggu telah memberikan keuntungan melebihi 300% setahun.
14) Mulai sekarang cubalah ikhtiarkan teknik ini dalam salah satu portfolio pelaburan kita. Tak salah pun kalau kita mencuba sesuatu yang lebih baik berbanding sebelum ini.
|
10 Saham patuh syariah Paling Untung Bulan Mei 2021, Sumber : Klik Di Sini |
Sebagai contoh, anda mempunyai modal sebanyak RM10,000.
Kemudian anda membeli 10 saham di atas pada 3 mei 2021 dengan pecahan seperti berikut:
- Sedania Innovator Bhd - RM0.26 X 4000 unit = RM1040.00
- Kumpulan Jetson Bhd - RM0.24 X 4000 unit = RM 960.00
- Privasia Technology Bhd - RM0.15 X 7000 unit = RM1050.00
- Pharmaniaga Bhd - RM3.38 X 300 unit = RM1014.00
- Amcorp Properties Bhd - RM0.51 X 2000 unit = RM1020.00
- Tanco Holdings Bhd - RM0.085 X 11000 unit = RM 935.00
- Y&G Corporation Bhd - RM0.55 X 2000 unit = RM1100.00
- Progressive Impact Corporation Bhd - RM0.135 X 6000 unit = RM810.00
- Saudee Group Bhd - RM0.185 X 5000 unit = RM925.00
- Systech Bhd - RM0.22 X 5000 unit = RM1100.00
-----------------
JUMLAH RM9,954.00
------------------
Kemudian saham-saham ini dijual semula pada 31 Mei 2021. Jom kita lihat berapa keuntungan yang diperolehi.
- Sedania Innovator Bhd - RM1.38 X 4000 unit = RM5520.00
- Kumpulan Jetson Bhd - RM0.58 X 4000 unit = RM2320.00
- Privasia Technology Bhd - RM0.30 X 7000 unit = RM2100.00
- Pharmaniaga Bhd - RM6.57 X 300 unit = RM1971.00
- Amcorp Properties Bhd - RM0.89 X 2000 unit = RM1780.00
- Tanco Holdings Bhd - RM0.145 X 11000 unit = RM1595.00
- Y&G Corporation Bhd - RM0.93 X 2000 unit = RM1860.00
- Progressive Impact Corporation Bhd - RM0.19 X 6000 unit = RM1140.00
- Saudee Group Bhd - RM0.26 X 5000 unit = RM1300.00
- Systech Bhd - RM0.305 X 5000 unit = RM1525.00
-----------------
JUMLAH RM21,111.00
------------------
Berdasarkan contoh di atas, sekiranya semua saham yang kita pilih boleh memberika keuntungan. Dalam masa satu bulan sahaja, kita boleh menggandakan wang kita.
Dalam contoh di atas, dengan modal RM10,000 kita beli 10 kaunter saham dengan peruntukan RM1,000 untuk setiap kaunter saham. Hasilnya dengan modal RM10,000 dapat digandakan jadi RM21,111.00 (Untung 111%) dalam tempoh satu bulan sahaja.
Ini antara kelebihan pelaburan saham berbanding pelabuarn dalam ASB atau Tabung Haji yang mana dividen dan keuntungan cuma dinikmati setahun sekali sahaja.
Sedangkan dalam pelaburan saham, keuntungan boleh dinikmati samada 2 hari sekali, seminggu sekali, sebulan sekali, dan sebagainya bergantung kepada matlamat pelaburan kita.
Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua…
In Shaa Allah...