Siapa Kata Harga Rumah Tak Akan Turun? Inilah realiti sebenar yang semua orang perlu tahu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pelaburan hartanah pada situasi sekarang dah tak sama dengan pelaburan hartanah 2 tahun sebelum ini. Ini berdasarkan kepada pemerhatian saya dan situasi yang sedang dihadapi oleh ramai pelabur hartanah, sehingga ada rumah-rumah mereka yang dilelong oleh pihak bank.


Siapa Kata Harga Rumah Tak Akan Turun? (Gambar hiasan)

HARGA RUMAH TAK AKAN TURUN?

Ada sahabat saya beli 3 rumah sekali gus 5 tahun lepas. Beli harga RM280k baru-baru ini berjaya jual RM250k sahaja. 'Pulangan' selepas 5 tahun 'melabur dalam hartanah'.

Semua orang fikir beli rumah nak sewakan kembali samada secara harian (homestay) atau secara bulanan (rumah sewa). Ini mindset yang telah ditanam ke dalam minda pelabur-pelabur hartanah melalui pembacaan juga semasa menghadiri seminar pelaburan hartanah. Realitinya sekarang, banyak homestay-homestay tidak beroperasi dan banyak rumah-rumah sewa juga tiada penyewa.

Ini contoh-contoh Homestay yang tiada penyewa. Cuba anggarkan bayaran pinjaman bulanan yang perlu ditanggung oleh pemilik homestay ini:
Satu kawasan perumahan (samada rumah bertanah atau flat) ada 200-500 unit dan pembeli 70% adalah pelabur. Agak-agak perang harga sewa akan berlaku tak?

Sampai ke satu tahap, owner rasa nak jual rumah. ada ramai owner yang juga terdesak nak jual rumah. Pada masa itu, pembeli dah tak kira rumah mana paling cantik dan sempurna. Pembeli akan cari harga rumah mana yang paling murah. Kalau dapat bawah 30% daripada harga pasaran lagi cantik. Pembeli rumah (subsale) yang akan dapat untung. 

Untuk lebih detail, boleh baca perkongsian tuan @agussalimadam menerusi Twitter beliau:

Siapa Kata Harga Rumah Tak Akan Turun?. Sumber : Twitter @agussalimadam

Saya bersetuju dengan apa yang beliau tulis. Pengajarannya di sini ialah jangan gelojoh jadi pelabur hartanah. Apa sahaja pelaburan yang rosakkan kita adalah emosi. Rasa tamak selalunya buat kita akan rugi.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memuhasabah diri kita dan dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada bakal-bakal pembeli rumah. 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga bermanfaat.

Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) Beli Rumah Lelong (24) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) Ebook Senarai Homestay (3) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Hotel (5) IPOH PERAK (2) Ilmu Kewangan (5) Ilmu hartanah (17) Ilmu pelaburan (7) Ilmu pelaburan saham (3) KWSP (5) LPPSA (15) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) PELABURAN HARTANAH (37) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya homestay (9) Pelaburan (10) Pelaburan Saham (29) Perak (7) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay Melaka (1) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1) Taman Desa Harmoni (1) beli rumah busuk (3) beli rumah pertama (1) ebook percuma (3) ebook rahsia homestay (1) emas (4) hARTANAH (32) harga emas (2) hotel murah (1) ilmu pelaburan hartanah (15) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) lelong (20) pelaburan emas (5) pendapatan pasif (3) rahsia homestay (2) rumah di seri manjung (4) senarai Rumah (2) senarai homestay di Malaysia (8)