Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Betul ker harga rumah turun ???
Ini antara persoalan yang sering timbul sekarang ini ...
Betul ker harga rumah turun??
Tak kanlah harga rumah boleh jatuh pulak..
Ramai cakap setiap tahun harga rumah naik..
Percaya dengan tidak apa yang kita baca info-info diluar sana. Yang penting bagi saya adalah data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (NAPIC).
Kalau malas nak baca, boleh rujuk dengan kawan-kawan yang terlibat dalam penilaian hartanah. Mereka lebih arif tentang data harga pasaran hartanah semasa. Kalau dengan valuer pun anda tak boleh nak percaya, anda nak percaya dengan siapa lagi?
Saya lebih suka kongsikan info bila ada data. Real data yang boleh anda lihat sendiri. Sebab tu saya suka kongsikan data-data berkaitan dengan lelongan awam. Sebab kita boleh rujuk sendiri harga rezab hartanah yang kena lelong tu di laman-laman web pelelong.
Sebagai contoh, boleh tengok sendiri listing unit lelong yang saya kongsikan di bawah. Ni saya ambil sikit sahaja sebagai contoh dari 1 syarikat pelelong sahaja. Untuk makluman anda, ada berapa banyak syarikat pelelong di Malaysia ni. Setiap syarikat-syarikat tersebut mempunyai listing hartanah lelong mereka sendiri.
Reduce RM153,150 (81%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM34,850 |
Reduce RM111,240 (41%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM158,760 |
Reduce RM119,000 (34%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM231,000 |
Reduce RM179,200 (47%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM200,800 |
Reduce RM111,234 (44%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM138,766 |
Reduce RM3,256,608 (65%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM1,743,392.20 |
Reduce RM515,414 (47%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM584,586 |
Reduce RM1,234,830 (79%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM320,170 |
Reduce RM415,800 (57%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM314,200 |
Cuba tengok info-info yang terdapat dalam gambar-gambar di atas. Harga berkurang beberapa peratus daripada harga pasaran.
- Ada yang 47%
- Ada yang sampai 80%
- Setakat atas 30% tu adalah normal dalam pasaran lelong
Ada hartanah Landed..
Apartment pun ada ...
Yang paling sedih sekali adalah retail lot. Jatuh harga sangat banyak, tapi masih tak ada pembeli.
Ramai orang tak berani nak ambil risiko beli retail lot/shopping lot, sebab masih ramai peniaga yang terpaksa tutup kedai pada ketika ini. Kalau beli nanti, siapa pula yang nak menyewa?
Dah lah bayar bulan mahal. kemudian tiada penyewa.
Ngeri weiii ...
Bila anda nak beli unit-unit yang dah siap macam ini, anda boleh semak dulu berapa market value property tersebut.
Kalau dah Confirm below market value, baru boleh buat kira-kira.
Boleh tengok kos berapa kena keluar?
Kebanyak unit lelong sekarang banyak unit baru. Unit yang tak sampai pun 5 tahun siap, dah kena lelong. Dari segi conditionnya masih cantik lagi.
Kenapa unit unit baru siap ini kena lelong ...
Apa reason dia ??
Dari segi pemerhatian saya, setiap projek perumahan pasti ada golongan yang belum bersedia untuk beli. Mereka membeli sekadar ikut-ikut cakap orang lain.
Orang suruh beli, mereka pun beli. Beli dengan harapan mereka mudah dapat penyewa, bulan-bulan penyewa yang akan tolong bayarkan pinjaman bank untuk mereka.
Secara realitinya, mereka ini sebenarnya tidak mampu untuk bayar loan tersebut. Sekadar membeli disebabkan mereka layak dapat loan dari pihak bank, dengan harapan bila siap unit tersebut boleh dijual dengan keuntungan atau disewakan untuk mendapatkan pendapatan pasif.
Secara generalnya, beli hartanah adalah bagus di usia muda. TAPI jika anda belum bersedia lebih baik jangan beli, takut nanti terjerut leher sendiri. Takut berkesudahan dengan hartanah yang dibeli kena lelong, kemudian kena top up baki loan beratus ribu pula.
Kena faham pelaburan hartanah adalah long term investment. Kena faham tempoh masa yang diperlukan untuk cairkan hartanah ni macam mana. Exit plan macam mana. Nak beli rumah senang sahaja, tapi nak keluar daripada permasalahan tu nanti Macamana?
Walau apa pun, pilihan di tangan anda.
Beli atau tidak, Bersedia atau tidak, segala perbelanjaan anda sendiri yang tahu.
Anda lebih tahu kedudukan kewangan sendiri berbanding orang lain. Buatlah kiraan dengan sebaik-baiknya.
P/s : Sekiranya anda nak beli rumah lelong yang harga murah-murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahLelong
Info Berkaitan:
- Kereta Mewah Kena Lelong Harga Murah-Murah
- Senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021
- Rumah Lelong semakin banyak dalam pasaran..
- Rumah Lelong Teres 3 Tingkat Pada 3 Ogos 2021..
- Ikhtibar : Muda-muda lagi rumah dah Kena Lelong
- 19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- PKP 3.0 | Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh
- Covid-19 : Alternatif Untuk Lebih 600 Ribu Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40
- Kesan Covid-19 : Harga Rumah Turun 16 Peratus
- Nak Refinance Rumah?
- Kereta sewa di Langkawi di'Lelong' semurah RM5,000
- Permohonan KWSP I-Citra telah dibuka
- BELAJAR STRATEGI PELABURAN HARTANAH DENGAN RUMAH BUSUK DAN LAIN-LAIN ILMU DAN KEMAHIRAN DI SAAT-SAAT KITA SEDANG STRUGGLE!
- SENARAI 22 LINK PERMOHONAN MORATORIUM 3.0 (TANPA SYARAT)
- Reality Dunia Trading Pada Hari Ini