Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Semua orang cerita untung dalam hartanah. Semua suka dengar benda yang indah, tapi data lelong yang ada diinternet ini menceritakan perkara yang sebalik nya. Mari kita lihat dari sudut yang lain pula.
![]() |
Data rumah Lelong yang menunjukkan kerugian dalam hartanah |
Jom kita tengok real data lelong ini. Lelongan under MBSB. Unit duplex dengan keluasan 710 sqt.
Anda boleh refer detail pada proclamation of sale dibawah ini. Unit ini design ala-ala loft dengan 1 bedroom, 2 bilik air, Duplex. Memang menarik designnya. Unit di cyberjaya ini freehold, owner Siap dapat 2 car park lagi.
![]() |
proclamation of sale rumah lelong di Cyberjaya |
Bila saya tengok history unit ini waktu launching dulu, harga rumah bermula dari RM497k. Senang ingat kita kira RM500k lah kan. Sehingga harga paling mahal RM817,474 untuk saiz yang lebih besar dan kedudukan yang lebih strategik.
Completion date pada sept 2017.
Katakanlah dapat kunci rumah pada tahun 2018. Sudah boleh sewakan, betul tak ?
![]() |
Maklumat Unit ini semasa Lunching |
Untuk loan unit ini berapa harga kita nak letak? Katakan Selling price RM500k ..
Mungkin ada dapat discount early bird, kita angarkan loan rumah ni RM450k.
Katakanlah monthly housing loan ni RM2200 sebulan. Kita tengok pula berapa maintenance fees unit ini?
Tempat ini lengkap dengan swimming pool, gym dan lain-lain kemudahan. Kita tengok pada pool sahaja dah nampak agak mewah, ditambah pula dengan low density.
Tak banyak blok dekat kawasan ini. Cuma ada 2 blok sahaja dan 1 level cuma ada 8 unit sahaja. Dan maintenance feesnya pula adalah RM300 sebulan.
Total sebulan kos yang kita perlu ambil kira adalah loan bank sebanyak RM2200 dan maintenance fees sebanyak RM300, Menjadikan kos bayaran bulanan ke atas unit ini RM2500 sebulan.
![]() |
Tempat ini lengkap dengan swimming pool low Desity |
Mari kita lihat pula iklan-iklan berkaitan dengan rumah sewa di kawasan ini. Kita tengok iklan yang baru seperti dalam gambar dibawah. Iklan sewa disini serendah RM800 sebulan, ada yang RM950 sebulan, malah ada juga yang RM1000 sebulan.
Waktu sekarang ini ramai yang mengeluh nak sewakan apartment 3 bilik pun bawah harga RM1000 sebulan, sebab itu apartment baru bukan apartment lama.
![]() |
Kadar sewa di kawasan ini antara RM800 hingga RM1000 sebulan |
Katakanlah kita ambil sewa unit ini dalam RM1000 sebulan. Berapa banyak negative cashflownya?
Bayar loan dan maintenance sahaja dah RM2500 sebulan. Rumah yang ada boleh disewakan sewa cuma maksimum RM1000 sebulan.
Setiap bulan owner mempunyai negative Cash flow sebanyak RM1500, Banyak tu. Setiap bulan kena top up RM1500 dari poket sendiri. Itu kalau ada penyewa lah, bagaimana pula kalau unit ini kosong tiada penyewa, kena tanggung negarif cashflow sebanyak RM2500 sebulan. Huhuhu..
Berdasarkan situasi semasa sekarang ni dari harga asal rumah RM500k, sekarang ini di lelong dengan harga rezab RM171k sahaja.
Berapa percent jatuh harga tu? lebih 60% jatuh harga.
Ngeri ke tak kalau kita jadi owner rumah tu, Mahu tak dapat tidur malam dibuatnya memikirkan hutang yang perlu dibayar selepas itu.
Untuk makluman dekat kawasan ini ada data unit di sini dilelongkan dengan harga bawah RM200k sahaja. Harga yang lebih mahal daripada itu tiada sesiapa yang berminat.
Andai kata terjual di lelongan awam harga rm200k sekali pun, Owner masih berhutang lagi dengan pihak bank. Katakan baki loan ada RM450k kemudian terjual di lelongan awam RM200k, owner akan menangung baki hutang dengan pihak bank sebanyak RM250k.
Owner Kena bayar baki hutang sebanyak RM250K atau suku juta. Bukan satu jumlah yang sedikit.
Begitulah risiko dalam pelaburan hartanah. Nak beli rumah lelong ke, Nak beli rumah undercon ker, Nak beli rumah subsale ker, kena fahamkan dulu proses dan risikonya.
Buat lah kira-kira, supaya boleh membeli rumah mengikut kemampuan masing masing. Berpijaklah dibumi yang nyata. Walaupun Reality itu memang pahit untuk ditelan, tapi kita perlu tahu dan ambil tahu.
Sempena minggu terakhir bulan merdeka ini, Tuan Shafie Bustan dengan sukacita ingin berikan discount sebanyak 25% bagi setiap karya beliau.
Anda cuma perlu masukkan sahaja promo code dibawah:
PROMO CODE : merdeka25%
Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2021 sahaja.
Semua karya penulisan ada dibawah ini ..
- COMBO RUMAH SUBSALE -> https://ezy.la/RumahSubsale
- COMBO BERANI TRADE -> https://ezy.la/LaburFCPO
- PANDUAN LENGKAP BELI RUMAH LELONG -> https://ezy.la/RumahLelong
- PANDUAN BELI KERETA LELONG -> https://ezy.la/CaraBeliKeretaLelong
- RAHSIA TANAH ANDA -> https://ezy.la/RahsiaTanah
Okay lah.. Selamat membaca.
Semoga bermanfaat.
Tolong share kan jika bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Info Berkaitan:
- PROMOSI MERDEKA DISKAUN 25%
- KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU
- Kereta Lelong Makin Rancak Sekarang - Kereta Mewah Reserve Price Bermula RM0
- Real Case Study : Harga Rumah Turun Dari RM500 Ribu Kepada RM171 Ribu
- Bankrap, Miskin, Tiada Duit : 4 Individu Kongsi Pengalaman Bagaimana Untuk Keluar Daripada Semua Permasalahan Tersebut?
- Kereta Mewah Kena Lelong Harga Murah-Murah
- Senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021
- Rumah Lelong semakin banyak dalam pasaran..
- Rumah Lelong Teres 3 Tingkat Pada 3 Ogos 2021..
- Ikhtibar : Muda-muda lagi rumah dah Kena Lelong
- 19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- PKP 3.0 | Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh
- Covid-19 : Alternatif Untuk Lebih 600 Ribu Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40
- Kesan Covid-19 : Harga Rumah Turun 16 Peratus
- Nak Refinance Rumah?
- Kereta sewa di Langkawi di'Lelong' semurah RM5,000
- Permohonan KWSP I-Citra telah dibuka
- BELAJAR STRATEGI PELABURAN HARTANAH DENGAN RUMAH BUSUK DAN LAIN-LAIN ILMU DAN KEMAHIRAN DI SAAT-SAAT KITA SEDANG STRUGGLE!
- SENARAI 22 LINK PERMOHONAN MORATORIUM 3.0 (TANPA SYARAT)
- Reality Dunia Trading Pada Hari Ini