Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam post pada kali ini saya ingin kongsikan pandangan seorang Pakar kewangan Dr. Azizul Azli Ahmad berkaitan dengan cara manfaatkan I-Citra dan Moratorium untuk Tujuan MAKANAN dan PERUBATAN sahaja. Ini berdasarkan info yang beliau kongsikan dalam satu slot MHI TV3 yang mana beliau menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.
Dr. Azizul Azli Ahmad dalam slot MHI TV3 berkaitan dengan I-Citra |
MANFAATKAN I CITRA HARI INI.
Sahabat sekalian, saya kongsikan sedikit panduan mengunakan I-Citra sebagai panduan buat kita semua.
Oleh kerana waktu singkat tak semua dapat saya kongsikan buat semua.
1. Kali ini kaedah pengeluaran adalah RM1000 sebulan untuk 5 bulan kedepan. Bermakna talian hayat kita hanya ada 5 bulan kedepan sahaja lagi.
2. Manfaatkan duit ini untuk tujuan MAKANAN dan PERUBATAN keluarga sahaja. Jangan guna untuk tujuan lain.
3. Jika Dana Kecemasan dah kembali kosong, manfaat duit ini untuk penuhkan kembali tabung yang ada.
4. Kita cuma dapat RM1000 sahaja sebulan kini bukan macam dulu sampai RM10,000 jadi belanja betul betul kawan kawan.
Jangan kahwin seorang lagi !
5. "Hutang aku banyak nie, ingat nak guna bayar hutang". Jangan kawan kawan. Saya ulangi jangan.
Ini sahaja cara mudah kita nak dapatkan tunai. Jika ada hutang struktur kembali dengan bank.
Panjangkan tempoh biaya agar ansuran bulanan jadi kecil. Jika itu pilihan yang ada.
6. Dalam keadaan sekarang, jangan hanya BERTAHAN, belajar juga MENYERANG.
Dengan hanya berjimat tapi kita tak usaha jana pendapatan. Kita akan tenggelam dalam perlumbaan Olimpik ini. Belajar menyerang.
7. Jika ada hutang kad kredit, kita harus selesaikan segera. Kadar hutang kad kredit, hutang pajak gadai antara hutang yang kadar setahun antara 15%-18% faedahnya. Tinggi gila!
8. Duit ini bukan untuk tujuan pelaburan, jangan nak sebok melabur dengan harapan akan beri pulangan antara 6-12 bulan.
Percayalah kita akan menyesal nantinya. tak padan dengan nilai duit yang kita ada. Pelaburan datang bersama dengan risikonya.
9. "Boleh tak saya beli emas bang?". fahami bahawa emas adalah pelaburan jangka panjang.
Nilai beza harga emas dari kita beli dan jual, upah simpan tak padan dengan nilai yang kita dapatkan kembali nanti. Simpan dulu impian beli emas kali ini kawan kawan.
10. Simpan duit ini sebaiknya di ASB atau Tabung Haji sahaja jika kita rasa tak terdesak nak guna lagi.
Kekalkan bekerja dan cari rezeki. Kita belum menang dan kita juga belum kalah.
Kawan kawan,
Kemarau ini panjang, jika kita lihat dah setahun kita tidak boleh jana pendapatan disitu.
Mungkin saatnya kita berhijrah kekawasan baru yang beri peluang hidup baru buat kita sekeluarga.
Siapa tahu, perubahan kecil bawa makna besar buat kita.
Jangan pernah putus asa, kita semua menumpang kebaikan dan usia yang dipinjamkan oleh yang Maha Esa.
Dibelakang kita ada keluarga, anak isteri yang bergantung harap pada kita.
Berjuanglah untuk apa yang kita yakini, tanpa berusaha membuktikan apa pun kepada siapa pun;
Tetaplah tenang dan tidak banyak bercakap, sebagaimana orang yang telah memiliki keberanian untuk menentukan takdirnya sendiri.
Sumber : FB Dr Azizul Azli Ahmad
---------------------------------- TAMAT------------------------------------
Jangan gunakan duit I-Citra dan Moratorium untuk tujuan lain kecuali Untuk Tujuan MAKANAN dan PERUBATAN sahaja.
Kalau perlukan duit untuk tujuan pelaburan, perniagaan dan sebagainya sila usahakan dengan cara yang lain seperti buat kerja part time, jalankan perniagaan sebagai ejen dropship, ejen affiliate, jadi youtuber, jadi blogger, menjual makanan secara food delivery dan sebagainya yang tidak perlu mengeluarkan banyak kos.
Berikut merupakan info-info yang mungkin dapat membantu anda untuk menghasilkan pendapatan sampingan secara part time dari rumah tanpa perlu mengusik duit Moratorim dan I-Citra:
- 5 Makanan Yang TERBUKTI Mempunyai Permintaan Tinggi Dalam Bisnes Food Delivery
- Cara jana 4 angka Seminggu Di Shopee
- Cara Buat Duit Melalui Blog
- Cara Buat Duit Di Youtube
- 5 Cara Hasilkan Pendapatan Dalam USD Yang Ramai Orang Buat Semasa PKP3.0
Semoga info yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat.
In Shaa Allah..
Info Berkaitan:
- Permohonan KWSP I-Citra Telah Dibuka
- SENARAI 22 LINK PERMOHONAN ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐.๐ (๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐)
- Covid-19 : Alternatif Untuk Lebih 600 Ribu Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40
- Panduan Berjimat Cermat Semasa PKP
- Cara nak keluar daripada Masalah Hutang
- Reality Dunia Trading Pada Hari Ini
- Para Pengusaha Homestay Boleh Menarik Nafas Lega Dengan Pemberian Moratorium Selama 6 Bulan. Syukur Alhamdulillah..
- Kereta Sewa Di Langkawi Di'Lelong' Semurah RM5,000