Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini jom kita tengok listing rumah lelong yang beralamat di Kuala Lumpur. Ramai orang cari rumah alamat KL sebab nak dekat dengan pusat bandar. Nak senang pergi shopping mall, Mid Valley, KLCC, SOGO dan lain-lain.
Rumah di KL 37% Below Market Value |
Bila tengok alamat KL jer, mestilah harga tinggi. Jarang-jarang ada harga yang macam ni dekat kawasan Kajang atau Bangi. Tapi unit ini sangat menarik perhatian untuk di kongsikan.
Apartment 1 bilik tidur beralamat di Central Residence, Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan keluasan 578sqt, Freehold, Facilities memang lengkap dengan swimming pool, gym dan garden. Maintenance fees nya 25sen per sqt.
Lokasi apartment ni memang okay, 3 minit sahaja kalau nak ke TBS.
PoS Apartment di Central Residence, Sungai Besi, Kuala Lumpur |
Kalau tengok butiran dari pelelong, ini adalah vacant unit. Unit ini siap tak adalah baru sangat. Sudah 3 ke 4 tahun juga kalau tak silap.
Apartment di Central Residence, Sungai Besi, Kuala Lumpur harga RM245 ribu |
Harga lelong untuk apartment ini adalah RM245 ribu, manakala bila kita rujuk data sebelum ini harga launching untuk unit ini bermula daripada RM376 ribu.
harga launching untuk unit ini bermula daripada RM376 ribu |
Menarik tu kan?
Dah turun lebih RM100k ribu. Unit ini pula adalah non bumi lot.
Berdasarkan kepada floor plan yang pihak pelelong berikan, unit merupakan rumah end lot. Privacy Unit dan mempunyai view yang cantik.
Manakala untuk rental pula, anda boleh survey iklan-iklan di luar sana. Tempat ini ada banyak sangat iklan-iklan sewa rumah yang disiarkan. Untuk unit yang 3 bilik sewa tu dalam RM1600 sebulan.
Jadi, Kalau unit yang ada 1 bilik macam ini, dah tentu lebih rendah lagi kadar sewanya.
Okay lah, nanti kita tour tempat lain pula. Nak tengok property yang lebih RM500 ribu tak ??
Dalam pelaburan hartanah, lebih besar nilai pelaburan yang dikeluarkan, lagi besar risikonya.
Untuk unit-unit di KL yang harga RM1 juta, setiap kali lelongan bila tiada pembida.. ...
Pada lelongan yang akan datang harga rezab akan turun sebanyak 10% daripada harga rezab tu.
Contohnya pada lelongan pertama harga rezab RM 1 juta, dan kemudian tiada pembida. Pada lelongan kedua harga rezab bagi rumah ini akan jadi RM900 ribu.
Bayangkan sekali drop dah turun harga sebanyak RM100 ribu. Tak ke banyak tu.
Sekiranya tiada lagi pembida semasa lelongan kedua dijalankan, Untuk lelongan kali ke 3, jatuh lagi harga sebanyak 10%. Harga rumah tu akan jadi RM810 ribu.
Untuk lelongan kali ke 4, jatuh lagi harga sebanyak 10%. Harga rumah tu akan jadi RM729 ribu.
Untuk lelongan kali ke 5 jatuh lagi harga sebanyak 10%. Harga rumah tu akan jadi RM656,100.00
Untuk lelongan kali ke 6 jatuh lagi harga sebanyak 10%. Harga rumah tu akan jadi RM590,490.00... Begitulah seterusnya sehingga ada pembida yang berjaya membeli rumah tersebut.
Sebab tu sekarang ni terdapat banyak rumah lelong yang dijual murah-murah. Keadaan ini berlaku disebabkan rumah tu dah masuk lelong beberepa kali tapi masih belum terjual lagi.
Yang kesian, owner rumah tu lah. Lagi lama rumah tu tak terjual, lebih besar baki hutang yang perlu dibayar kepada pihak bank.
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Sekiranya anda berminat nak membaca lebih banyak real case study tentang rumah lelong ini, boleh dapatkannya menerusi di link dibawah ...
- COMBO RUMAH SUBSALE -> https://ezy.la/RumahSubsale
- COMBO BERANI TRADE -> https://ezy.la/LaburFCPO
- PANDUAN LENGKAP BELI RUMAH LELONG -> https://ezy.la/RumahLelong
- PANDUAN BELI KERETA LELONG -> https://ezy.la/CaraBeliKeretaLelong
- RAHSIA TANAH ANDA -> https://ezy.la/RahsiaTanah
Semoga bermanfaat.
Tolong share kan jika anda rasakan info ini bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Info Berkaitan:
- Owner Muda Lagi Rumah Dah Kena Lelong...
- Homestay Di Ehsan Water Park : Harga Beli Cuma RM39 Ribu, Kadar Sewa RM160 Untuk 2 Hari 1 Malam.
- Rumah Semi D Harga RM178 Ribu
- Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
- Studio Dekat AEON Dijual Pada Harga Lelong RM194 Ribu
- Kerugian Dalam Hartanah
- KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU
- Kereta Lelong Makin Rancak Sekarang - Kereta Mewah Reserve Price Bermula RM0
- Real Case Study : Harga Rumah Turun Dari RM500 Ribu Kepada RM171 Ribu
- Bankrap, Miskin, Tiada Duit : 4 Individu Kongsi Pengalaman Bagaimana Untuk Keluar Daripada Semua Permasalahan Tersebut?
- Kereta Mewah Kena Lelong Harga Murah-Murah
- Senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021
- Rumah Lelong semakin banyak dalam pasaran..
- Rumah Lelong Teres 3 Tingkat Pada 3 Ogos 2021..
- Ikhtibar : Muda-muda lagi rumah dah Kena Lelong
- 19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- PKP 3.0 | Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh