Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru balik daripada menemani ayah Saya menghadiri mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad (KPK) kali ke 39/22...
Ayah Saya merupakan ahli biasa (orang kampung) dengan nombor keahliaan 245 daripada 280 orang ahli...
Ini baru pertama kali Saya temankan ayah saya hadiri mesyuarat KPK ini...
Dan Baru pertama kali juga saya melihat penyata akaun Dan info-info tentang Koperasi (KPK) ini..
Terkejut bila melihat Jumlah tanah yang dimiliki oleh Koperasi ini sebanyak 2527 ekar.. 😲..
- Lokasi A - 2014 ekar
- Lokasi B - 95 ekar
- Lokasi C - 19 ekar
- Lokasi D - 63 ekar
- Lokasi E - 142 ekar
- Lokasi F - 13 ekar
- Lokasi G - 4 ekar
- Lokasi H - 177 ekar
JUMLAH 2527 ekar.
Sebahagian besar tanah-tanah tersebut diusahakan dengan penanaman kelapa sawit.
Dalam mesyuarat tadi diumumkan pemberian dividen tahunan bagi tahun ini ialah 35%
Fuh.. tingginya..
Kalau kita ada saham Koperasi RM10,000, kita boleh dapat dividen tahunan RM3,500.
Dalam hati saya berkata...
"Patutlah Koperasi ini boleh bagi macam-macam kepada ahli
- Duit Raya Haji RM1000 setiap ahli
- Pemberian Tautan Kasih Ramadhan RM1,000 setiap ahli
- Duit Raya puasa RM1000 setiap ahli.
- Elaun Kehadiran mesyuarat Agung RM1000 untuk setiap ahli..
- sebelum-sebelum ini (sebelum Covid19) ada trip melancong untuk setiap ahli
- Sumbangan untuk anak ahli pergi sambung belajar
- Sumbangan untuk anak-anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran
- Dan lain-lain pemberian lagi
Rupa-rupanya Koperasi ni bukan sebarangan koperasi... "
Sayangnya koperasi ini tidak membuka keahlian baru...
Keahlian koperasi yang ada cuma 280 orang itu sahaja dari dulu sehingga sekarang.
Ahli yang dah ada kebanyakannya dah berumur.. termasuk ayah Saya yang dah berumur 78 tahun...
Ayah Saya join Koperasi ni (KPK) semasa dia Masih bujang lagi...
Masa tu dia cuma perlu bayar RM10 sahaja untuk jadi ahli..
Walaupun cuma bayar RM10, tapi ramai orang kampung takut nak join..
Takut kena tipu...
Dalam kampung ayah saya, cuma ada 4 orang sahaja yang berani join jadi ahli Koperasi ni (termasuklah ayah saya)..
Masa tu ayah Saya kata...
"Kena tipu pun tak apa lah...Kalau rugi pun RM10 sahaja.."
Untuk menyedapkan hati beliau disebabkan kebanyakan orang kampung semua tak nak join jadi ahli..
Siapa sangka... Koperasi yang dulunya kecil...
Lahir dari kampung... Boleh berikan pulangan yang besar macam ni..
Kalah ASB..
Kalah Tabung Haji...
Kalau saya jadi orang kampung yang tak join masa tu...
Tentu dalam hati saya akan berkata..
"Kalau lah aku tahu dulu... Dengan modal RM10, hari ini membolehkan aku dapat RM4000 percuma pada setiap tahun..."
..
Masa meeting tadi..
Ada jumpa generasi ke 3 kepada ahli asal..
(ahli asal atuknya dah meninggal... Di gantikan dengan ayahnya... Ayahnya pun dah meninggal.. jadi sekarang dia mewarisi Saham Koperasi atuknya)..
..
Sama-samalah Kita doakan semoga orang yang menguruskan Koperasi seperti ini benar-benar komited, jujur, Dan amanah.. Supaya Koperasi ini dapat terus bertahan Dan memberi manfaat kepada generasi-generasi yang Seterusnya...
Nota : Rekod harga tertinggi pasaran Minyak Sawit Mentah ialah RM8,076.50 pada 2 Mac 2022.. sehingga menyebabkan harga Minyak Masak dalam pasaran melambung Naik sehingga 2 kali ganda...
Rekod Harga Pasaran Minyak Sawit Mentah Tertinggi Dalam Sejarah |
Sumber : Klik DI Sini
Sekiranya perlukan bahan rujukan yang lain berkaitan dengan pelaburan saham dan FCPO, anda boleh rujuk kepada 3 orang sifu di bawah:
1) Dr Zul Izzi Nordin
2) Shafie Bustan
3) Abang Ensem
Mereka bertiga dah lama terlibat dalam bidang pelaburan Saham.
Ilmu-ilmu dan kepakaran mereka telah dapat membantu ramai orang mendapatkan keuntungan melalui pelaburan saham.
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan:
- Daily Chart FCPO
- PKP Penuh 1-14 Jun 2021 : Cara Jual Barang Yang Terdapat Di Kedai Runcit Berhampiran Rumah Anda Ke Oversea
- PKP3.0 : Nak Tahu Cara Jual Barang Kedai Runcit Ke Oversea Dan Dapat Income Macam Ni?
- PKP3.0 : Cara Hasilkan Pendapatan Dalam USD Lebih Pantas Dari Youtube
- Peneroka, Anak Peneroka Bersyukur Dengan Kenaikan Harga Minyak Sawit Ke Paras Tertinggi Dalam Sejarah
- 3 Pekerjaan Yang Ramai Orang Lakukan Sejak Covid-19 Masuk Ke Malaysia
- Inspirasi : Rekod Jualan Sambal Di Shopee Melebihi RM1 Juta Dalam Tempoh Tak Sampai 4 Bulan.
- Bagaimana Mereka Boleh "Mengembara" Ke Seluruh Dunia Sepenuh Masa Tanpa Terikat Dengan Pekerjaan...
- Inspirasi : Peniaga Ini Dah Capai Jualan Melebihi RM1.6 Juta Di Shopee Sepanjang Tahun 2020
- Peluang Untuk Mendapatkan Keuntungan Melalui Kenaikan Harga Minyak Sawit.
- Harga Emas Jatuh, Harga Minyak Naik, Harga SAHAM???
- Pulangan Pelaburan Tabung Haji, ASB Dan KWSP Pada Tahun 2020
- Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay Dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?
- Kerja Dari Rumah Sebenar yang Boleh Dilaksanakan dalam Tempoh PKP (Fasa 3)
- Lubuk Baru Borong Barang Murah Dari China : Harga Lebih Murah Daripada Taobao, Alibaba, dan 1688
- Panduan Berniaga Shopee dari rumah
- Macamana Nak Beli Rumah Kalau Tak Ada Duit??
- 3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!