Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sejak terlibat dengan Bisnes Homestay ni saya suka baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad dan Tuan Shafie Bustan di Facebook mereka. Terdapat banyak info berkaitan dengan kewangan, hartanah dan juga homestay dikongsikan di platform tersebut.
Sebagai contoh, pada minggu lepas Tuan Shafie Bustan ada kongsikan info tentang sebuah rumah semi D setingkat yang dibeli melalui pasaran Lelong, sekarang dah jadi sebuah homestay yang mempunyai private swimming pool.
DAPAT BELI RUMAH LELONG SEMI D SETINGKAT PADA HARGA LEBIH MURAH DARIPADA HARGA PASARAN DAN KINI DIJADIKAN SEBAGAI HOMESTAY YANG ADA PRIVATE SWIMMING POOL
Semasa bid rumah lelong tu pun beliau yang buat sendiri, dan hasilnya Alhamdulillah beliau berjaya membeli rumah lelong tersebut jauh lebih murah dari harga pasaran.
Lepas dah menang beliau terus buat private pool dekat rumah ini.
Masa tu keadaan rumah lelong ni tak banyak nak kena baiki. Pemilik rumah asal pun ada tinggalkan "free gift". Sebagai tanda berterima kasih, beliau pun ada berjumpa dengan pemilik rumah asal dan bagi "token sikit". Win win situation kata orang jawa.. ;)
Lagipun Rumah ni dah cantik.. Pemilik rumah asal dah renovate banyak. Dah mudahkan banyak kerja beliau untuk jadikan rumah lelong ini sebagai sebuah homestay.
Tinggal nak siapkan swimming Pool sahaja supaya dapat naikkan value di mata pelanggan.. Dan seterusnya dapat menaikkan kadar sewa harian.
..
Dan alhamdulillah ..
Hasilnya seperti yang dapat anda lihat dalam gambar di bawah.. Sekarang D' 8 Homestay Private Pool telah pun beroperasi sepenuhnya.
- Hari biasa - RM588/malam
- Hujung Minggu - RM788/malam
Itu hasil yang diperolehi dalam sebulan sekiranya homestay ini menerima customer pada hujung minggu sahaja (8 malam).
Jadi, katakanlah average 5 malam sebulan, boleh dapat hasil tambahan lagi sebanyak RM588 X 5 malam = RM2940 sebulan.
RM6304 + RM2940 = RM9244 sebulan
Jadilah kan.. Berbanding rumah sewa biasa..
Rumah semi D macam ni kalau dekat kawasan ni boleh disewakan paling tinggi pun RM1500 sebulan. Itu pun belum tentu lagi orang nak.. Orang akan cuba juga cari rumah sewa yang lebih murah..
Berdasarkan screenshort Whatssap di atas, Rumah ini dibeli pada harga RM118K sahaja.
Pada asalnya rumah nak jual rumah ini pada harga RM140k.
Atas budi bicara, Puan Nita berjaya beli rumah pada harga RM118k sahaja.
Ansuran bulanan sekitar RM500 biasa jika harga sebegini.
Puan Nita keluarkan sedikit modal untuk cantikkan rumah ini dan tambah swimming Pool.
Kemudian boleh juga membeli kelengkapan rumah seperti perabot dan peralatan elektrik, serta sedikit dekorasi untuk menceriakan rumah ini.
Beliau jadikan rumah ini sebagai Homestay private Swimming Pool dengan nama Laman Mahinun.
Kadar sewa Laman Mahinun ini pada hujung minggu RM450/malam dan pada hari biasa RM400/malam
Kadar sewa Laman Mahinun pada hujung minggu dan pada hari biasa.
Sumber : Klik Di Sini
Sebulan biasanya 10 hari sahaja orang menginap katanya. Itu sahaja dah beri pulangan berganda-ganda.
RM3600 + RM800 = RM4400 sebulan
Bayar pinjaman rumah RM500 sebulan....
Tolak dengan pinjaman untuk buat loan renovate rumah, bil api, bil elektrik, bil air dan sebagainya.
Saya kira, masih ada berbaki dalam RM2000 sebulan.
- Cara Nak Beli Rumah Lelong -> https://ezy.la/RumahLelong
- Cara Nak Beli Rumah Subsale -> https://ezy.la/RumahSubsale
- Cara Nak beli Tanah Murah -> https://ezy.la/RahsiaTanah
- Panduan Swimming Pool -> bit.ly/SwimmingPool
- Panduan Homestay -> bit.ly/Homestay
Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekiranya info yang dikongsikan bermanfaat, boleh kongsikan kepada mereka yang memerlukan.
Sekian, terima kasih.
Info Berkaitan:
- 10 Rujukan Berkaitan Dengan Homestay Untuk Owner Homestay Dan Bakal Penyewa Homestay..
- "Jutawan Homestay" ke 6 dalam Senarai 10 Panduan Paling Laris Bulan November 2022
- Senarai Lebih 2000 Homestay Di Malaysia
- Homestay yang ada Swimming Pool menjadi pilihan utama Rakyat Malaysia semenjak dibenarkan merentas negeri....
- Homestay di Ehsan Water Park : Harga Beli Cuma RM39 ribu, kadar sewa RM160 untuk 2 hari 1 malam.
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- Kisah Inspirasi : Cara Smart Beli Rumah Lelong Berharga RM30K Tanpa Sebarang Loan untuk dijadikan sebagai homestay
- Rahsia Beli Tanah dan Jadikan Homestay di Atas Tanah Sendiri