Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Saya tertarik dengan salah satu tajuk berita dalam Akhbar Harian Metro pagi ni iaitu 'Sukar Untuk Halang Harga Rumah Naik'.
"Untuk meramalkan berapa peratus kenaikan harga rumah tahun ini agak sukar kerana ia bergantung kepada banyak faktor antaranya kos bahan binaan, buruh, pematuhan serta inflasi."Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk NK Tong
Harga rumah sebenarnya bergantung juga kepada "supplier" and "demand".... Bekalan dan permintaan. Semakin banyak permintaan yang bersesuaian dengan kehendak pengguna, semakin tinggilah harganya.
Sebab tu harga rumah di setiap kawasan berbeza-beza. Harga sebuah rumah teres satu tingkat berkeluasan 20' X 70' di kawasan Lembah Kelang, Johor Bahru, dan Penang jauh lebih mahal berbanding harga rumah jenis dan keluasan yang sama di negeri Perak, Kedah dan Kelantan.
Ini adalah disebabkan oleh permintaan/keperluan yang tinggi di negeri-negeri atau kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, berbanding negeri-negeri atau kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.
Pada tahun lepas kita ada lebihan sebanyak 30,462 hartanah yang dah siap dan tidak terjual. Kebanyakkan hartanah tidak terjual ini berharga RM500 ribu keatas, unit komersial jenis studio, dan hartanah strata.
Disebabkan harga rumah akan terus naik... Jika kita rasa tak mampu nak beli rumah baru, beli sahaja rumah dari pasaran subsale atau lelong.
Kediaman jenis ini biasanya boleh di beli pada harga 20%-30% lebih murah daripada harga rumah baru.
Nak tahu macamana cara nak beli rumah Subsale dan rumah Lelong?
Boleh baca di pautan di bawah:
- Cara Nak Beli Rumah Lelong -> https://ezy.la/RumahLelong
- Cara Nak Beli Rumah Subsale -> https://ezy.la/RumahSubsale
- Cara Nak beli Tanah Murah -> https://ezy.la/RahsiaTanah
Pilihan sentiasa ada..
Pilihan terletak di tangan kita...
Cuma kita sahaja yang perlu bijak untuk memilih...
Buatlah pilihan yang bijak... Buatlah pilihan yang terbaik...
Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga adalah tanggungjawab kita....
Sebagai seorang ketua keluarga, kita kena berusaha menyediakan keperluan tersebut..
Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekiranya info yang dikongsikan bermanfaat, boleh kongsikan kepada mereka yang memerlukan.
Sekian, terima kasih.
Info Berkaitan:
- 10 Rujukan Berkaitan Dengan Homestay Untuk Owner Homestay Dan Bakal Penyewa Homestay..
- "Jutawan Homestay" ke 6 dalam Senarai 10 Panduan Paling Laris Bulan November 2022
- Senarai Lebih 2000 Homestay Di Malaysia
- Homestay yang ada Swimming Pool menjadi pilihan utama Rakyat Malaysia semenjak dibenarkan merentas negeri....
- Homestay di Ehsan Water Park : Harga Beli Cuma RM39 ribu, kadar sewa RM160 untuk 2 hari 1 malam.
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- Kisah Inspirasi : Cara Smart Beli Rumah Lelong Berharga RM30K Tanpa Sebarang Loan untuk dijadikan sebagai homestay
- Rahsia Beli Tanah dan Jadikan Homestay di Atas Tanah Sendiri