Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Semenjak saya berkongsi info tentang rumah lelong, ramai pembaca blog saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara membeli rumah lelong. Sehinggakan ada yang PM saya, disebabkan mereka menyangka saya salah seorang ejen rumah lelong.
Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca post tersebut, anda boleh membacanya di sini -> Senarai Rumah Yang Akan Dilelong Oleh LPPSA Pada 10 April 2021
Sebenarnya saya hanya seorang penulis blog biasa yang ingin berkongsi cara-cara membeli rumah lelong dengan harapan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Sekiranya anda nak mencari ejen rumah lelong atau mereka yang ada pengalaman dalam selok belok rumah lelong, saya boleh rekemenkan 2 nama setakat ini, iaitu tuan Shafie Bustan dan tuan Fairus Mohd Tabiee.